Tuesday, December 30, 2025

Aku Disini Masih Berharap


Assalamualaikum, Hello Coconuts ~

Cuya skrol album dalam phone, macam takde gambar yang sesuai untuk upload. Sejak dua menjak ni, tak rajin Cuya nak tangkap gambar.

Gambar masakan Cuya masak pon Cuya terlupa nak tangkap. Mungkin bukan kebiasaan Cuya untuk tangkap gambar.

__________________________________________

Terkadang hidup ni terasa sunyi, seolah ada yang kosong. Banyak pengharapan dan doa yang Cuya langitkan pada Allah. Hati kecil ni meronta-ronta untuk mencapai impian yang terbuku di dada.

Terasa ingin meluahkan semua benda yang tersemat di jiwa. Luahkan pada manusia, manusia endah tak endah. Lalu hanya pada Allah saja Cuya mampu luahkan semua.

Apa sebenarnya yang buat Cuya rasa tak cukup eh? Sebab tengok hidup orang lain ke? Kang orang cakap kita tak bersyukur. Tapi normal lah kalau seorang manusia nak itu ini. Semua orang ada impian yang nak dicapai.

Namun tak semua impian mampu digapai.
Cuya harap dengan ujian yang Cuya hadapi di dunia ini akan menjadi asbab untuk peroleh syurga tertinggi di akhirat kelak.

Kalau disuruh sabar, Cuya dah lama bersabar. Tapi kesakitan itu selalu menyerang fikiran dan perasaan. Kadang terfikir gak, orang lain dia tak ikut perintah agama tapi kemain mudah lagi urusan kerjaya, jodoh dan rezeki.

Agak Allah bagi istiraj ke kepada orang macam tu? Orang tu cuma dapat dunia, akhiratnya tidak?

Yelah, dunia ni ibarat bangkai kambing yang busuk. Takdelah indah mana. Dunia tempat diuji. Sentiasa ada ujian untuk setiap yang bernama hamba.

Moga Allah tidak membebankan aku dengan ujian yang berat dan mengeluarkan aku dari segala kesulitan. Aamin ya Rabb...



16 comments:

  1. Allah tak uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya itu.. Allah tau Cuya kuat sbb tu Dia uji Cuya mcm tu...
    buat apa yg Cuya suka, yg buat Cuya happy..
    caiyok caiyok..moga tahun baru ni much more better than before...hugs!!

    ReplyDelete
  2. InshaAllah. Semoga dipermudahkan urusan Cuya. Masa akan tiba tepat pada waktunya. Kak Naniey pernah rasa macam Cuya rasa. Sometimes tertanya tanya kenapa, lagi pula bila bandingkan dengan orang. Tapi normal je sebab kita manusia. But selalu ingatkan dan bersyukur sebab ada orang yang lagi teruk ujian dari yang kita lalui sekarang. . Happy happy selalu Cuya .. SMILEEEEEEEE 😁 🫂.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. Betul, kena selalu tengok orang lain yg diuji lagi teruk daripada kita supaya kita lahir rasa syukur. Alhamdulilah 🫂🤗

      Delete
  3. Tak tahu akak nak cakap camana. Tapi akak juga pernah rasa macam tu. Penuhilah masa yang ada dengan mengaji dan istighfar. Ada tu, bahagia untuk Cuya, Insya-Allah. Hugss untuk Cuya dari jauh. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah kak.. Aamin ya Rabb. Allah dah sediakan hadiah untuk Cuya cuma taktahu bila dan bagaimana ia dikirim. Hehe
      🫂 Thank you ~

      Delete
  4. Berdamai dgn takdir.. insya Allah ada rezeki cuya nnt.. jgn putus doa k.. think positive always

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah Aamin ya Rabb.
      Terima kasih kak...

      Delete
  5. cuya kena cari hobby yg boleh buat cuya bz dan tak byk masa utk pikir psl hal2 remeh...MZ zmn2 single, memang bz dgn keje (zmn tu MZ keje bank, balik 6 pm everyday), then 8 pm, MZ join gym laaa...weekend plak MZ balik rumah kakak (kat shah alam) sbb tak nak rasa sunyi...zmn2 tu, ada lah boyfren tp on off, jap ada jap tak de...last2 kawin umur 28 tu pun tak bercinta sgt pun..kenal jan, july dh kawin...errr terkomen pnjg plakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hobby ada gak tapi tak berapa ekstrem hehe
      Memang kena cari benda untuk sibukkan diri selain kerja hakiki

      Delete
  6. Moga baik2 ajer ya Cuya. Sedih pula ayat Cuya ni. Moga baik2 ajer ya. Dulu masa tak kahwin lagi kat KN tu orang dok tanya kenapa tak kahwin lagi?. Kat sana kahwin awal kot. Nasib baik jumpa gang sebaya yang single jugak. Dia la ke mana gi sama2 masa kerja. Lepas tu teringat masa kerja kat L***, disebabkan single ada yang nak kenen dengan adik dia tapi ayat dia yang terasa kelakar....'tapi adik akak gemuk la'. Dia yang cakap ya. Benda2 ni naturally dia akan datang. Memang tak fikir apa pun masa tu. Lepas tu nak dijadikan cerita bila masa yang allah tentukan dah tiba zasss mac kenal, jun tunang, bulan 12 kahwin tapi sebelum tu pernah menangis teruk sebab kawan yang akak baik sangat kat KN tu nak kahwin. Dia kahwin bulan 1 kalau tak silap...pastu tup tup tahun yang sama bulan Mac akak jumpa pulak suami akak sekarang. Pastu fikir balik buat penat je menangis bagai nak rak. Time tu rendah diri la kan sebab macam rasa down sangat. Kawan baik pun dah taken. Tapi....bila masa itu datang....terus je...pastu buat semua orang terkejut. Diri sendiri pun terkejut eh betul ke hari ni nak kahwin ni?....

    Cakap memang senang tapi nak menghadapinya memang pernah juga rasa dulu. Akak doakan yang terbaik buat Cuya ya....Aamiin. Moga hari Cuya akan tiba tak lama lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak sharing. Bestie Cuya pon rata2 dah kahwin. Memang ikutkan dah sesuai sangat untuk giliran Cuya pula, tapi Allah lagi tahu apa yang terbaik untuk Cuya. Kadang2 tu rasa kosong bukan sebab takde partner, tapi jiwa tu yg dahagakan sesuatu seolah2 tercari benda, mungkin mencari cinta Tuhan. Hehe Aamin ya Rabb

      Delete
  7. biasalah kita manusia kan, kadang2 ada terdetik rasa cemburu tgok life orang lain. semoga Allah permudahkan segala urusan kita selepas ni

    ReplyDelete
  8. Semoga cuya akan menemukan apa yg dicari. Terkadang btuh waktu utk tahu apa tujuan yg Allah inginkan pada kita. Yg penting, Cuya tetap ikhlas dengan semua cobaan, Krn Allah tak mungkin ini melampaui kemampuan kita. Insyaallah nanti Cuya akan dptkan yg terbaik 🤗🤗

    ReplyDelete

Followers