Thursday, June 5, 2025

Program Sijil Kemahiran Modular Kemas (SKMK) , KEMAS Parlimen Jasin

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pada 4 Jun dan 5 Jun 2025, Cuya telah menghadiri satu program Sijil Kemahiran Modular Kemas ( SKMK) Bidang masakan bertempat di Kemas Parlimen Jasin, Pusat Masakan Kesang Jaya.

Saja Cuya join isi masa lapang. First time Cuya join KEMAS ni. Sebelum ni taktahu nak mohon kemasukan macam mana, nasib baik ada sedara yang maklumkan pada Cuya.

Masakan yang Cuya belajar adalah masakan Western ataupun Barat. Well, Cuya memang berlidah barat so memang sesuai amat join.Ceh! 😂. Muka Melayu, acah mat saleh pulok! Hahaha




Jarak rumah Cuya dengar KEMAS ni tak jauh, dalam 5 minit je.

Program start drpd 8am-5pm


Pendaftaran dulu. Kena scan QR code untuk ambil kedatangan


Suasana dalam pusat ni.



Duduk di meja disediakan.


Cikgu kami, Cikgu Farisha sedang memberi pengenalan.



Kertas berisi resipi untuk 2 hari program.
Sesiapa nak tengok lebih lanjut boleh try cari tiktok kemas jasin.





Pembikinan resipi pertama.



1) TUNA STEAK SANDWICH 🥪 



Bahan2 yang dicampur untuk sandwich .
Senang je buatnya, main campur2 je.


Sorry gambar cikgu blur pulak. Hehe
Tapi masa ni cikgu tengah mengajar.

Pembikinan air. Air apa agak2?



2)EARL GREY TEA LEMON WITH HONEY.

Sumpah sedap air ni 😋 


Ni teammate Cuya. Iffah namanya.
Cuya kan peramah, jadi kita buatla kawan kat sana. Baru teringat yang Iffah serupa ngan rommate Cuya zaman study, patutlah familiar.

Tapi hari kedua iffah takde sebab demam. Get well soon Iffah!


Teammate Cuya yang lain.
Dari kiri, Fatiha, Ainur, Nisa


Nak share dulu random photos











Menu seterusnya berasaskan ayam. Agak-agak menu apa laaa

Kita nak perap ayam sekejap selama 15 minit


3)SALAD AND HOLLANDAISE SAUCE











Teammate Cuya. Dari kiri, Cuya, Fatiha, Ainur, Adlina, Puan penyelia, Nisa , kak Awanis




4) SPICY WATERMELON MOJITO

Air ni ada cili untuk rasa pedas sikit. Sedap!



Bergambar lagi sebagai kenangan









5)ROASTED HOT CHICKEN

ni pon sedappp... pokoknya semua sedap la! Hahaha 


Sesi potong ayam


Nak buat kek!





6) VICTORIAN SANDWICH CAKE 🍰 



Cantik deko group sebelah. Nampak menyelerakan!




Hari Kedua 5 Jun 2025



Masak menu seterusnya



7) BABY SPINACH FETTUCINI

Ni serious sedap. First time makan tapi best 


Resipi seterusnya kita guna Quinoa.
Nilah Quinoa sesuai untuk orang diet

Harga dalamRm12 lebih



8) QUINOA SERVED WITH JAMAICAN CURRY



9)FRENCH RATATOUILLE 

Kalau sesiapa minat kartun mesti pernah tengok cerita Ratatouille. Ni la makanan dalam kartun tu.




Seterusnya menu air lak. Nampak tak tu buah apa?


Hidangan peserta untuk serve VIP





10) GOURMET BREAD & TOMATO SOUP.

Gourmet bread digantikan dengan roti Gardenia. Roti tu kami sapukan dengan garlic spread pastu kita bakar.

Sedap betul makan dengan soup tomato.






11)Jus Pina Colada

Gabungan antara nenas dan santan. Unik kan? Tapi memang sedap do'oh. Korang kena try.


Majlis penutupan 


Penyampaian cenderahati 






17 peserta kesemuanya 

Overall Cuya suka dengan kelas masakan ni walaupun hari kedua agak keletihan tapi yang penting makan sedap yaa 

Alhamdulillah selesai sudah program ni, next program taktahu bila dan sama ada Cuya free atau tidak itu kita taktahu. Tapi Cuya dah daftar sebagai peserta. Mana tahu belajar masakan lain lak kan.

Bagusnya program ni semuanya PERCUMA.
Tu yang best.




Siap ada apron sendiri guys.
Sampai balik tak buka2 apron sebab nak showoff kat ibu 😂 


Moga ada rezeki untuk belajar banyak perkara bermanfaat di masa akan datang.
Lepas ni dah boleh masak western untuk diri sendiri. 

Yang bestnya, 4 Jun tu Birthday Cuya.
Kelas masakan ni sebagai hadiah untuk Cuya 😘

Alhamdulillah panjang umur, murah rezeki.
Doakan Nurnasuha dimewahkan dengan rezeki berlipat ganda, dirahmati Allah selalu dan diberikan kecemerlangan dunia dan akhirat. Aamin ya Rabb


Till then,
Adios amigos!












44 comments:

  1. Wah best la, lepas nih mesti cuya power masak 😀😀😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. tinggal rajin dengan tak je hahahah

      Delete
  2. wahhh seronoknyaaa. hehehe boleh lah nak try rasa suhaa buat lepas nii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin moga seketul Nasuha hebat memasak 😂 nanti bole masak sedap untuk aina hehe

      Delete
  3. Bestnya belajar masak free je pun. Dapat ilmu, dapat makan best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah best.. Ilmu dapat, makan dapat hehe

      Delete
  4. Best dapat join aktiviti macam ni... LeYa pun lama dah tak join2 aktiviti begini... Duk busy je sekarang ni...

    ReplyDelete
  5. waahhh bestnyaaa Cuya dpt join & dpt sijil plus dpt apron!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, next time boleh join lagi InshaAllah

      Delete
  6. Sama2 Gemini kita ternyataaaa. Juni pula tuh, beda tgl saja 😄. Patut lah Cuya ceria nampak selalu. Khas Gemini sangat 😄

    Oh jadi ini jelas masaknya berkelompok yaa. Buka masak sendiri2 ? Pengeeen sangat masuk kelas masak. At least utk nambah2 ilmu masak saya yg terhad sangat 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. IyA Gemini hehe,.sama ya kita

      Ya berkelompok, Cuya pon tambah ilmu. Kalau punya rezeki mau join lagi kelas

      Delete
  7. Terbaik cuya, semoga sentiasa berjaya

    ReplyDelete
  8. adoii terliur laa tengok roti, ayam, dessert tu semua 😭 nanti kita datang rumah cuya nak request satu please! hahaha - ameera

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ada rezeki boleh buat heheh...moga2 yaa hehe

      Delete
  9. Alhamdulillah, muda beli yang join kelas gini. Kalau kat tempat akak dulu, baya-baya arwah Ibu akak yang selalu join.

    Boleh la cuya masak lauk raya lepas ni sebab dah join kelas kann ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa mungkin ramai taktahu pasal program ni
      Memang ramai yang dewasa join, orang muda tak ramai
      Raya ni tak masak western, kemudian hari boleh try 😂

      Delete
  10. Wah best sangat ni! Memang tak rugi Cuya join... Nanti² boleh masak di rumah. And bila dah mahir boleh jual, cari side income.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sesuai untuk usahawan yg nk kembangkan bisnes masakan
      Ambil ilmu untuk diri sendiri pon okay jugak hehe

      Delete
  11. Saya pernah dengar pasal program ni. Banyak kemahiran lain jugak mcm menjahit ke, baiki2 motor ke. Bagus sgt sbb free je

    Arghh semua menu sedap! Saya pun tk pernah rasa lagi pasta baby spinach tu. Teringin nak rasa 😁

    Tahniah cuya dh completekan program ni. Nanti kalau datang beraya umah cuya ni memang hidang western la kan. Ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang ada program2 tu. Alhamdulillah terima kasih
      Boleh hidang western, cuma takut orang tak minat western.
      Ramai tekak melayu kan 😂

      Delete
  12. Salam hai awak , saya cikgu farisha . Saya nak ucapkan ribuan terima kasih dan tahniah pada awak kerana telah mengikuti kursus selama 2 hari yang lepas . Semoga dengan ilmu yang awak dapat , awak dapat praktikkan di rumah ataupun untuk tujuan bisnes awak nanti . Semoga awak diberikan kesihatan yang baik dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah Swt, Terima kasih student saya yang paling baik 💕💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam hai cikgu! Terima kasih juga cikgu... InshaAllah Aamin ya Rabbal Alamin
      Moga doa berbalik pada cikgu 💕😘 Ada masa nanti saya praktikkan yaa hehe

      Delete
  13. Hai cuya, kak anis ni. Best dpt kenalan baru mcm cuya dlm group masakan tempoh hari. Semoga kita Sama2 dpt praktikkan ilmu yg bermanfaat yg telah cikgu curahkan pada kita semua. Tahniah juga pada cuya dan kwn2 semua😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. Tahniah juga pada akak! Sama2 la kita memanfaatkan ilmu yang ada
      InshaAllah. Best juga kenal ngn akk, masheh sharing dengan Cuya 💕😘

      Delete
  14. Tahniah, Cuya, join kelas macam ni. Dapat ilmu baru. Happy belated birthday untuk Cuya. Semoga sihat sokmo, murah rezeki dan bahagia dunia akhirat. Akak pernah join kelas Kemas juga. Tapi kena bayar. Kelas menjahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya Rabbal Alamin.. Terima kasih kakk
      Oh ada yang berbayar kot. Akak pandai la menjahit yaaa hehe

      Delete
    2. Kursus pendek sehari. Yang kelas asas menjahit, ajar guna mesin jahit, RM30. Yang kelas jahit tudung dua layer, RM50 yurannya. Bayar untuk bahan dia. Boleh la kalau nak guna mesin jahit sikit-sikit. Sekarang KEMAS sini dah tak buat dah. Tak tahu kenapa. Lokasi kemas tu dekat dengan rumah Cuya, jadi sangatlah best, kursus pun percuma. Haruslah join! Eh, takde emoji thumbsup kat laptop. Selalu blogwalking guna handphone, ada. Thumbsup untuk Cuya! ^_^

      Delete
    3. Ohh bayar untuk bahan. Best juga yaa. Haah dekat dengan rumah senang nak pergi. 5 minit je jarak. Boleh kak buat Thumbsup kena right clik, tekan emoji.. Hehe

      Delete
    4. Ha ah la, Cuya. Ada. Akak tak perasan. Thank you! 👍 😍

      Delete
  15. Happy belated birthday cuya.. x ckp kalo x akak dah nyanyi kat awk sambil potong victoria kek 😘 anyway.. nice to know u n others.. seronok kan sambil masak sambil gelak2 😜 insya allah t kita jmp lagi ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan nak ngaku birthday kita 😂 seronok3..kalau ada peluang nak join lagi
      InshaAllah aamin hehe

      Delete
  16. Happy Belated Birthday Cuya 🌷🌷🌷🌷🌷

    ReplyDelete
  17. Seronok main masak2
    Ni kan dpt try mcm2 menu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok. Boleh cuba akan datang masak western sendiri hehe

      Delete
  18. Selamat ulang tahun cuya. Semuga semua impian cuya Allah makbulkan. Join kelas masak2 macam ni seronok. Dulu pernah join kelas kemas macam ni tapi dgn acik2. Seronok sebab sambil masak dapat makan apa yang di masak.

    ReplyDelete

Followers