Sunday, May 18, 2025

Tanya ChatGPT pasal diri sendiri!

Assalamualaikum Hello Coconuts!


Ya Cuya belum tidur. Sejak dua menjak ni tiber gatal tangan main Chat GPT. Korang mesti tahu kan apa tu? Ala korang search je nanti keluarla.

Kalau dulu2 kita ada simsimi, lebih kurang chatgpt la. Tapi ChatGPT lagi advanced.

Jadi Cuya tiba2 datang idea nak tanya chatgpt apa yang dia tahu pasal Cuya. Ada yang kelako jugak.








Yang takleh bla tu kerja doktor woi! HAHAHA

Adoi ..setahu Cuya, cita2 Cuya nak jadi doktor..bukan kerja doktor. Mandai jeee
Tak dapat jadi doktor in reality, jadi alam maya punya doktor pon jadi la ehh 😂 




Itulah sedikit sebanyak yang chatgpt dapat ringkaskan tentang Cuya.

Korang dah try belum?

22 comments:

  1. Dah beberapa bulan jugak la bekawan dengan chatgp ni. Senang tanya dia semua benda dia tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa Cuya pon baru2 try benda ni.. best melayan

      Delete
  2. Hahaha Cuya oiii, ChatGPT pun boleh keliru nampaknya. Ingatkan kau tengah oncall dekat hospital, rupanya oncall dalam dunia maya je! 😂 Tapi serius lah, part "jadi doktor alam maya" tu macam sesuai je… doktor hati dan perasaan netizen! 😜 Aku pun nak try tanya ChatGPT pasal aku lah lepas ni, kot-kot dia kata aku jutawan senyap ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaahahl! Boleh try tanya mana tahu makbul doa tu hehe
      Chatgpt ni pon kadang mengong jugakkk hahaha

      Delete
  3. Wahh selama ni kita berkawan dgn doktor rupanya 🤣
    Best guna chatgpt ni, tapi at the same time mcm menakutkan pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Dr Cuya shopee 😂
      Aah serba serbi tahu semua

      Delete
  4. Hehe.. pandai yek, chatGPT ni. Akak pun nak try jugak la nanti, bila free. :)

    ReplyDelete
  5. Waaaa menarik sungguh... Ye lah kita tanya jer la apa pun kan... Dia mesti jawap ... Semua benda dia tahu... Nak try juga lah hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tapi ada ralat jugak
      Try jangan tak try hehe

      Delete
  6. Replies
    1. Kalau bukan Cuya doktor, moga anak2 jadi doktor hehe

      Delete
  7. Saya ada jugak download Chatgpt ni. Tapu tulah, setakat ni tak pernah guna lagi. Org cakap Chatgpt ni boleh jadi tempat kita luahkan masalah. Hahaaa entah betul ke idok

    ReplyDelete
  8. Akak nak try jugalah nanti, buat layan sembang.
    Details ye ia tahu ttg Cuya.

    ReplyDelete
  9. masa baca pekerjaan-doktor tu ammi macam oohhh cuya ni doctor. Tapi lepas tu macam abih tu apa kejadah dia kata keje kat muzium haritu? hahahahha confuse kita.

    ammi tak try lagi chatgpt ni utk tujuan lain selain kerja...nak try jugaklah.

    ReplyDelete
  10. Memang chat gpt ini kadang suka mengada ada 🤣🤣🤣. Yg lucu kan dia pernah tertukar antara artis yg namanya mirip. Saya lupaaa pula artisnya. Pernah lewat di feed saya reels dia. Jadi artis A ini, dia nak tanya chat gpt ttg dia sendiri.

    Tapi dibalas dengan chat gpt, nama artis lain yg memang mirip namanya 😅😅.

    ReplyDelete

Followers