Monday, May 12, 2025

Selalu Ralat Bila Komen Guna Handphone

Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥 

Cuya ni sejak dua menjak rajin blogging pakai phone je. Malas nak buka laptop sebab lembab betul. Laptop lama kan.

Tapi pakai hp pon jadi masalah, lagi-lagi bab nak reply komen dan komen di blog orang. Tiap kali Cuya nak reply komen di blog, mesti jadi RALAT. 

Jadi Cuya sampai cuba clear kan storage phone. Sebab once Cuya dah clear, baru boleh komen. Tapi kadang tu tak boleh juga.

Sebenarnya Cuya taktahu apa punca blogger jadi macam ni. Sampai Cuya nak komen blog orang lain pon selalu jadi ralat. Tu yang malas nak blogwalking, asyik alami masalah yang sama je.

Ada tak sini yang alami masalah yang sama? Ada solusi tak?

13 comments:

  1. sama la dengan zaty. sometimes blogger suka buat hal bila zaty guna dekat phone.

    ReplyDelete
  2. Ish...kalau kak Linda selalu ralat bila guna PC...tu yg BW guna phone je...terbalik lak kita

    ReplyDelete
  3. sama dgn sy cuya... kalau guna mobile tak dapat... nak komen guna laptop baru okay

    ReplyDelete
  4. Akak jarang blogwalking guna handphone, kecuali bila travelling.
    Akak ada app Feedly. Kat app tu, akak save semua blog yang akak follow. Melalui Feedly je, kita tahu jika ada update terbaru di blog orang, senang nak singgah blog kawan-kawan dan tinggalkan komen.

    ReplyDelete
  5. Akk bw & blogging guna phone je Cuya. Alhamdulillah so far takde masalah kecuali hari tu la masa Blogger.com sendiri yg problem.

    ReplyDelete
  6. saya tidak dapat hendak membantu kerana tidak gemar membaca atau bw dgn hp.
    rasa tak puas. maafkan saya.

    ReplyDelete
  7. so far i komen2 guna hp ok lagi, hrp2 tak ralat laa sbb storage my google mail dh penuh (dpt notice dari gmail)

    ReplyDelete
  8. Betul ada kala ada je limitation nak berblog di hp.

    ReplyDelete
  9. Kalau sy lagi suka komen guna fon sebab laju. Bila guna laptop, masyaAllah rasa naik darah plak nak tunggu habis loading tu. Memang nipis betul rasa kesabaran ni. Mungkin sbb line tenet dah tenat kot.

    ReplyDelete
  10. Mungkin setting diphone juga cuya. Ammi pernah buat entry pasal itu…nanti ammi cari blk ye kot2 membantu

    ReplyDelete
  11. Cuya try ni tgk : https://www.sheilaarshad.com/2023/08/kenapa-tidak-boleh-komen-di-blog.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengok tapi setting tu ad yg tkde dlm phone Cuya

      Delete
  12. Masalah tu keluar hanya jika BW ke blog yg pakai blogspot kah? Kalo BW ke blog yg wordpress sama juga eror?

    ReplyDelete

Followers