Wednesday, May 28, 2025

Berdamai Dengan Takdir dan Photodumps

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pernah tak korang sebagai seorang yang uruskan rumahtangga rasa penat sangat. Contoh tengok pinggan menimbun dalam sinki rasa macam " haishh ada pinggan lagi nak basuh?"

Bila tengok baju menimbun pon ad perasaan macam tu.

Ada masa Cuya macam tu la rasa, penat kena buat rutin yang sama. Mungkin surirumah lain pon merasa benda yang sama.

Tapi, bila Cuya nak settlekan rutin tu Cuya cakap la pada diri, " Aku buat kerana Allah". Lepastu baru Cuya boleh buat kerja tu dengan senang hati. Cuya cuba berdamai dengan takdir, mungkin inilah ketentuan Allah untuk Cuya bersedia mendirikan rumahtangga satu hari nanti.

Bukan senang kan nak berdamai dengan takdir, tapi boleh diusahakan bukan? Semoga semua orang yang uruskan rumahtangga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Aamin ya rabb


Photodumps harini:


Harini sedara ibu singgah rumah dia bagi kain batik lepas. Alhamdulillah 


Pastu minum kopi radix kunyit hitam
Sementara stok masih ada


Singgah pasar malam Rabu di Taman Maju Jasin. Ibu pesan beli buah epal dengan anggur.

Epal 7 biji Rm10
Anggur sebekas Rm13


Selfie bersama ayah yang berpaling wajah

Muka ku disinari Cahaya Keimanan dan ketakwaan 🤣🤣



Singgah beli nasi kerabu, tiber je teringin


Teh ais Rm5


Dari haritu asyik beli takoyaki je. Favourite
Rm10 10 biji



Nasi kerabu Rm9



Malam tugas melipat baju.
Baju ayah paling banyak sebab ayah akan tukar2 baju pergi masjid

Duduk bertiga tapi baju macam 10 orang punya baju 😂. Tu yang Cuya duk cakap berdamai dengan takdir.

Moga Allah reda dengan apa yang Cuya buat untuk ibu dan ayah.
Ya Allah permudahkanlah urusanku dunia dan akhirat, berikan aku kecemerlangan buat ku dalam urusan dunia dan akhirat. Aamin



Till then,
Adios amigos!






25 comments:

  1. Akak pun beli takoyaki & teh ais lunch tadi.

    ReplyDelete
  2. Cuya anak yg baik. InsyaAllah dipermudahkan urusan bertemu jodoh, nampak dah tu ciri2 isteri misali hehe 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin ya rabb
      Hahaha hanya mampu mengaminkan doa

      Delete
  3. Kenapa ayah berpaling wajah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan dia pandang ke tempt lain masa Cuya tangkap gambar

      Delete
  4. Kami duduk berdua je pun, banyak baju basuh hari-hari. Yelah, set baju siang lain, set baju malam lain. Memang terasa lelah buat kerja rumah, tak pernah habis. Rehat sekejap, nanti sambung lagi.

    InsyaAllah ganjaran hebat menanti Cuya yang rajin berbakti pada ibu bapa.

    ReplyDelete
  5. Akak tumpang aminkan doa Cuya. Amin, YRA. Akak baca blog Cuya, ada rasa sejuk hati. Sebab akak masa baya Cuya, takde pemikiran macam Cuya. Belum kawin, tak buat pun kerja rumah. Cuya anak yang baik, Insya-Allah, dapat pahala bila niat kerana Allah.🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin... Cuya takdela rajin, tapi buat apa yg mampu je

      Delete
  6. Insyaallah ada ganjaran utk Cuya mudahkan urusan ibu ayah.

    Dalam rumah ammi sinki tak pernah penuh sbb konsep ammi “sendiri makan sendiri basuh, walaupun suami sendiri”. Tp selalu je jumpa cawan minum merata aishhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya rabb aBagus ada habit cmtu dpat ringankan beban emak hehe

      Delete
  7. Dpt duduk ngan ibu bapa, berkhidmat for them...itu pun rezeki. x semua Org dpt peluang tu..
    MA always berdamai dgn takdir....byk mana keja pun buat mana yg mampu for that day.... X larat sambung esok. Unless betul2 urgent la kan...kena push jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, alhamdulillah rezeki Cuya bersama ibu ayah
      Selagi mampu, buat la mana yg boleh kan

      Delete
  8. kira latihan utk cuya jd housewife yg cemerlang later2!! i ni hari2 lipat kain baju hehehe tp i buat time sempat ie biasanya bangun pagi2 sblm subuh, sempat jer lipat2 kain dlm bakul tu terus susun dlm almari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aamin ya rabb
      Anggap sebagai latihan ya
      Cari masa terluang utk settlekn kerja rumah kan

      Delete
  9. Kk linda sama ngan ammi...memang paksa anak 4 basuh pinggan,cawan sendiri...ehhh..penat lah ibu nak buat semua kerja...nie pun rasenya dah banyak kerja yang ibu tolong buatkan.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kadang mmg kena paksa anak2 rajinkan diri
      Cuya pon tkde rajin mana
      Asal bole je

      Delete
  10. Cuya dpt dduk jaga mak ayah itu satu bonus hehehe.. Cuya beli lah yg benda lipat kain baju tu best jadi seronok nak lipat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda apa tu? Tools supaya mudah lipat eh hahaha

      Delete
  11. Aamiiin...terima kasih Cuya doakan. Semoga Cuya bertemu jodoh yang membahagiakan. Dah biasa buat kerja rumah, nanti tak kekok dah. Inilah masanya nak spend masa dan berbakti pada ibu ayah.

    Yang menimbun tu jarang berlaku. Amalkan konsep lepas makan basuh terus jangan tinggal-tinggal. Kain lepas kering terus lipat. Lega sikit kerja terus settle.

    Rindu Taman Maju, Dulu pernah sekolah SMK Jasin sebelum tukar nama sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin ya rabb.. Terima kasih kak. Cuya hargai doa tu.

      Tula kadang2 nimbun lepas dah makan, tapi terus basuh.
      Oh akak orang Jasin ke?
      Sempat ya sekolah situ

      Delete
  12. Yanh penting kita kena rajin. Kalau terasa malas, cuba cakap dengan hati, 'aku perlu rajin'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa kena didik diri supaya rajin... Malas yg perlu dirajinkan hehe

      Delete
  13. Aaamiiin. Besar lagi pahala nya saat menjaga orangtua kita. ❤️. Semoga cuya diberikan kekuatan dan rezeki lancar dengan ikhlas menjaga.

    Pasti pernah lah merasa jenuh dengan tugas harian. Tapi saya pun akan coba ingat, di luar sana lebih banyak yg tak bisa kerja, tak ada tempat tinggal, jadi kalo kita ada itu semua, coba ikhlas dan bersyukur saja

    ReplyDelete

Followers