Monday, October 12, 2020

Hadiah Top Komentar daripada Blogger Fieza Sani dah sampai!

 


Vector Pop Art Surprised Housewife With Suprise, Woman, Pop Art, Beautiful PNG and Vector

Asslamualaikum,Hello Coconuts!
Uish banyak tul suprise harini ya,semua datang serentak.Masha Allah!

Harini Cuya dapat hadiah daripada kak Fieza Sani
Haritu Cuya menang top komentar.Cuya memang rajin komen dekat blog orang,kadang2 Cuya spam komen dekat blog orang. Dah macam satu kewajipan.Siapa sangka kerajinan komen ini membawa hasil yang tak dijangka.

Masa unboxing hadiah ni pon Cuya buat video dah pos di status Ws.  Hehe....yalah,nak acah2 youtuber..tapi jadi Whatsaper..LOL lain maciam bunyi dia..hahhaha

So ,tanpa melengahkan masa,mari tengok hadiah apa Cuya dapat..




Dapat lopak dengan foot patch!!!

Korang tahu tak lopak tu apa? Hehe..mesti tak tahu...Okay,kalau orang Melaka sebut 'lopak', bukan la lopak air...tapi Lopak= Pencil Case. Unik kan? hahahahha So,harini korang belajar benda baru la ya..heheh

Hadiah foot patch tu memang tak disangkakan.Cuya tak pernah dapat hadiah begitu,rasa macam unik sangat. Jadi Cuya nak bagi ibu dengan ayah pakai.

Thanks kak Fieza untuk hadiah menarik ni! insha Allah Cuya akan terus beri komen dekat blog akk dan juga blog orang lain.Tapi tulah,Cuya dah start kelas.Nanti free2 Cuya akan datang bertandang.
\
Jom lawat kak FIEZA SANI

Misi x MAP (Motivasi Alihan Pelajar)



30138212. sx318

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Cuya kembali dengan review komik yang baru.Kalini masih komik MISI tapi tajuk lain lak.Cuya ni memang gemar baca komik karya Nazry Salam dan Afiq Salam. Favourite teroks!

Baiklah..secara ringkasnya ini adalah komik Motivasi yang mengajar pelajar cara untuk belajar dengan lebih efektif.Banyak tips belajar yang dikongsikan dalam komik ni. Panduan yang diberi sangat bermanfaat dan boleh memberi pelajar hala tuju dalam mempelajari sesuatu perkara.

Apabila komik  motivasi bestseller bergabung dengan buku motivasi bestseller,maka berganda motivasi yang kita dapat!


Cuya sangat sarankan ibu bapa atau pelajar membeli buku ni.Sangat padat dengan motivasi dan tips-tips yang bakal mengubah cara pembelajaran seorang pelajar.


p.s-Harini Cuya baru sahaja borong komik Misi daripada Shopee, tunggu Cuya pos ya. >_0




Aku Dapat Suprise Box daripada Kasihku Amani



Assalamualaikum,Hello Coconuts! Harini pak posto asyik datang je rumah.Macam banyak nau barang Cuya beli.HAHAHA....Nasib baik kelas pagi tadi batal.Huru hara tau! Sebab platform kitaorang guna macam sesak dan takleh masuk.

Okay,tu bukan perkara utama Cuya nak cite.Harini Cuya terima parcel daripada kak Sha (http://kasihkuamani.blogspot.com/) .

Sebelum ni Cuya exchange suprise box dengan kak Sha.Nak tahu Cuya hantar apa? Jom baca





Jeng jeng jeng..Parcel dia bau wangi wei..hahaha Cuya rasa macam bau dari minyak wangi Mekah pulak! xD

Cuya lupa nak tangkap gambar masa buka kotak,sebab Cuya sibuk buat video unboxing.
Video tu Cuya cuma share di status WS..ngeh3


Tadaa!!

Barang yang Cuya dapat

💜Novel Sihir Orang Minyak ( Cuya merupakan dropship pertama penulis Khairul Naim satu ketika dahulu dan Cuya dapat banyak buku dia.Kebetulan buku yang ni Cuya belum ada )

💜Buku Rahsia Chandeliar (Dapat dua buku!)

💜Buku finacial ( I really need thissss!!!) Cuya memang nak sangat buku camni, Alhamdulilah dapat >_<

💜Lotion (Wangi! Bau rose )

💜Shampoo dan Hair Treatment (Wah lepas ni makin cantik la rambut ku.Kekekeke)

💜Coklat Beryls Tiramisu (Sedap!)

💜Sepit (Bole la guna untuk deko)

💜 Pin tudung(Tambah lagi pin kite)

💜Shawl (Pink! Warna ferevet! )

💜Bookmarks (Yeay, dibuat sendiri oleh kak Sha)




Terima kasih Kak Sha!! Moga dimurahkan rezeki dan diberi kejayaan di dunia dan akhirat :)   <3


Hadiah Top Komentar DuniaShida dah Sampai!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini merupakan hari pertama semester 3 bermula.Kejap lagi kul 2 ada kelas lagi,sempat kot Cuya taip sikit2.Laju sikit Cuya!!

So,macam tajuk , Cuya dah dapat hadiah daripada Kak Shida (http://www.duniashida.com/)



Tada!!

Mask dan mask extension~
Yeayy..Alhamdulilah rezeki2.
Terima kasih Kak Shida! <3


Lepas ni Cuya akan lebih semangat untuk komen blog-blog lain. Kekkeke

ps-Harini banyak parcel yang sampa,nasib baik kelas pagi takde dan batal.Hehehe

Jom lawat kak shida dan bagi dia love sikit..Hehehe



Sunday, October 11, 2020

Misi 4 Flat X



40028408

Assalamualaikum dan Hello Coconuts!

Disebabkan Cuya asyik jumpa blog yang selalu review buku,jadi Cuya mengambil keputusan untuk tulis sedikit review tentang komik yang Cuya baca.

Misi 4 Flat X adalah rentetan daripada buku Misi yang lain.Memang bersiri tetapi buku ini boleh sahaja dibaca secara individu ,maknanya baca satu buku pun okay sahaja 


Dalam buku ni dimulakan dengan persoalan,kenapa kita mengejar keputusan yang baik,yakni 4 Flat?

Adakah sekadar untuk menunjuk2 pada orang lain atau pun satu kepuasan buat diri?Buku ni membuat Cuya berfikir kenapa Cuya sibuk nak kejar result yang terbaik. Yalah, Cuya sedar semua orang seakan bersaing untuk menjadi yang terbaik. Cuya pun mahu berada diatas.

Buku ni overall cerita pasal Mat, seorang pelajar yang pakar dalam matematik.Dari kecil lagi dia dah didedahkan ilmu matematik.Biliknya penuh dengan sifir dan nombor.Ayah Mat kata "Matematik ni takdir Mat", walaupun kita sebenarnya tak boleh tentukan takdir sesuka hati.Takdir yang sebenar datang daripada yang Esa.

Ada lah konflik yang muncul dalam komik ni tapi tidak lah terlalu berat.Tapi ceritanya agak sedih di hujung. Ada bahagia, dan ada duka.

Cuya sebenarnya dah pernah baca komik ni,tapi Cuya baca lagi untuk cabaran membaca bulan ni. Cuya tak pernah bosan dengan komik Misi karya Nazry Salam dan Afiq Salam. Mereka berdua dah macam idola Cuya sejak dulu lagi..hehehe

Cuya bagi 5 bintang!

Followers