Tuesday, August 11, 2020

Aku Dapat RM50 e-wallet lagi?

Assalamualaikum ,Hello My Coconuts! (kelapa-kelapa saya 😂)

How are you doing? Good? Alhamdulillah...Bagaimana dengan hari-hari PKPP anda? Semuanya baik2 belaka? Alhamdulilah juga...hehehe..

Semua dah tebus RM50 daripada e-wallet? Aik..banyak pula soalan Cuya.Kekeke 
Kalau dah tebus baguslah.Korang kongsi la sikit dengan Cuya,beli barang apa? Nak tahu Cuya beli apa,jom tengok SINI 

Kalini Cuya nak kongsikan, macam mana Cuya boleh dapatkan lagi RM50 e-wallet. Hahhhhhh
Ni rahsia kita-kita je ehh....Sumpah tak tipu,Cuya dapat lagi RM50!

Cuya guna Touch N Go e-wallet.
Caranya sangat mudah..Cuya daftar mysejahtera (wajib) dan download touch n go e-wallet.
Lepas dah download, Cuya login dua2 dan tebus RM50 e-Penjana.Dalam masa 3 jam je Cuya dah dapat RM50 tu.

Sebabnya....Cuya daftarkan untuk Ayah.KAHKAHKAH 
Dan semalam Cuya daftar kan juga untuk Ibu....Dua2 insan ni kena paksa dengan Cuya...HAHAHAHA

Lepas Cuya dah daftarkan untuk ayah semua ni, Cuya cakap kat ayah Cuya.. 
"Ayah..RM30 ayah amik, RM20 bagi Nasuha.Kay Deal eh?"😂 Pandai Cuya pau ayah sendiri..LOL.

Tapi dengan Ibu Cuya tak berani nak pau..serammm...kekekke

BTW,pendaftaran Touch n Go dan permohonan e-penjana dibuat di fon Cuya sebab senang Cuya ada internet.Ibu ngan ayah tak guna internet sebab kat umah ada wifi. 

Begitulah cerita macam mana Cuya dapat RM50. Maaflah kalau korang tertipu dengan post Cuya kalini. Heheh..

Baik geng, sampai sini saja. Adios Amigos!




9 comments:

  1. "Tung ah" bak kata muda mudi sekarang haha

    ReplyDelete
  2. atie dah claim!
    dah dapat tapi masih belom guna..
    untung ibu ayah share hehehe !!
    tapi xleh transfer kan e-wallet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole transfer..tpi kena transfer ke shopee dulu..bru ke bank..amik mse

      Delete
  3. pandai pandai....anak ayah juga yang paw...bukan org lain pun...hehehe....

    ReplyDelete
  4. saya dah dapat dan guna untuk grab..

    boleh la untuk bantu mereka sikit-sikit

    ReplyDelete