Wednesday, August 12, 2020

Baca Buku Cara Lama atau Virtual?


Assalamualaikum,Hello Coconuts. Kembali bertemu dengan saya aka Cuya.
Mari dekat-dekat...mari rapat-rapat.....Eh..macam nak menjual lak.Hehe

Harini tiba-tiba terasa nak kongsi pendapat sendiri tentang topik harini (malam ni) memandangkan Cuya suka membaca. Menurut korang, yang mana satu korang suka buat.Baca buku cara lama, iaitu buku yang boleh dipegang dan diselak, atau buku virtual dimana kita hanya baca melalu online menggunakan teknologi seperti telefon bimbit dan laptop.

Bagi Cuya, masih suka cara lama daripada virtual.Sebab baca buku cara lama banyak faedah.Mari Cuya kongsikan.

1) Tidak perlukan pautan internet

Buku yang boleh dipegang dan diselak tidak perlukan pautan internet. Jika internet kita bermasalah,kita masih boleh baca walau dimanapun kita berada.

2) Mengekalkan nostalgia lama

Orang dulu-dulu kan membaca dan menulis di buku.Dengan cara beli buku dan baca, kita akan ingat cara lama orang dulu-dulu menghargai buku di tangan. Orang kata lebih authentic la..

3)Buku boleh highlightkan isi penting dengan lebih cepat

Bila kita baca buku,kita terus boleh higlightkan kata-kata atau inspirasi yang kita mahu sebagai rujukan di masa akan datang.Semuanya boleh dilakukan dengan cepat dengan hanya menggunakan pen,pensel atau bahan lain.

4) Buku senang dijaga berbanding Buku virtual mudah hilang datanya.

Buku virtual ni bukan sahaja susah nak diakses, malah terkadang datanya boleh hilang begitu sahaja tanpa boleh dijejaki.Sebagai contoh kita simpan data buku virtual dalam laptop.Tiba-tiba laptop rosak dan terpaksa format.Kan dah hilang semua buku virtual.  Kalau buku virtual yang menggunakan internet juga bukan semua buku terkini ada dalam tu kan...

5)Tak perlu sakit mata baca buku virtual

Sesetengah orang bila hadap screen fon atau laptop lama-lama akan menyebabkan pening.Bukan sahaja itu, silap-silap boleh naik power rabun..dah satu hal...


Okay,ni semua pendapat Cuya.Kalau korang ada pendapat sendiri,boleh lah kongsi2 sekali ya.

Wan An  (gudnite) ,  Adios amigos! 

11 comments:

  1. trueeee!!! buku always the best

    ReplyDelete
  2. Saya dua2 boleh, tapi masih fav buku fizikal. SUka simpan buat koleksi di rak buku :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes...buku fizikal favourite saya jugaaa..heheh

      Delete
  3. Masih langgan majalah RD n beli akhbar di kedai buku biarpun buleh je baca on9.

    ReplyDelete
  4. dulu suka buku virtual tapi sekarang dah banyak beli ebook je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana2 pon boleh..asalkan kita selesa kan..hee

      Delete
  5. i still preferred physical books. hehe

    ReplyDelete
  6. Saya prefer buku fizikal. Cuma sejak pkp adalah beli ebook sebab delivery lambat bila beli barang online dan ramai penulis tak dapat cetak buku baru. Main concern tentang ebook ni Internet untuk download file dan juga storage.

    ReplyDelete
  7. Kalau akak, buku fizikal okay dan buku virtual pun okay.. Dua-dua suka.. Sebab ada masanya tak bawa buku fizikal tapi ada buku virtual untuk dibaca..
    Storage buku virtual ini ada banyak alternatif.. selain laptop atau hard disk boleh je simpan secara maya dalam email, atau google play book..

    ReplyDelete