Followers

Thursday, January 30, 2020

Perler Beads Phone Case Design DIY


Assalamualaikum,Hello Coconuts!
Harini Cuya rajin sikit,sebab nak buat  DIY daripada perler beads.
Bagi sesiapa yang tak tahu apa itu perler beads, sebenarnya itu adalah manik2 yang diperbuat daripada plastik dan digunakan untuk crafting.

Perler beads boleh digunakan untuk membuat macam-macam seperti keychain,stand phone,kotak hiasan dan pelbagai.

Jadi,mari kita tengok bahan apa yang diperlukan untuk perler beads.

Perler Beads (Semestinya)
Pegboards
Ironing paper /Baking paper
Tweezer
Phone Case Kosong
Gam Uhu/Hot Glue Gun

Ni dia..perler beads yang warna warni,ada banyak lagi tapi belum isi dalam organizer..
hehe


Tweezer dan ironing paper.
tweezer digunakan untuk susun

Ni design yang Cuya buat.Cuya susun atas pegboard
Kenapa ada lubang?Hah..tengok gambar bawah ni pulak.

Tudiaaa...siap!
Ni hasil selepas dah iron,berlapik kan ironing paper.
Bahagian belakang dia dah cair,yang ni gambar depan.

Then Cuya lekat je dengan Gam Uhu.

Cuya sengaja taknak cairkan bahagian depan sebab nak texture macam tu.
Phone case Cuya unik sikit,yang besi warna kelabu tu untuk stand kan fon.
Cuya beli fon case ni tahun lepas dekat Jonker Walk.Rm10 selepas mintak tawar.
Ngeh3..


Yeay,tak payah susah2 beli fon case lain,design je yang baru guna perler beads.

Kalau korang berminat dengan perler beads boleh beli dengan PerlerKiddi ig beliau.Bahan-bahan ni lengkap Cuya beli dengan Perler Kid. Kalau nak order perlerart,accessories atau sebarang pertanyaan boleh lah hubungi Perler Kid

Whatsapp | Message | Call
+6.012.285.35.61.

Nah,atas ni no dia tau.berminat terus ws!

Seronok tau ada beads gini.Kalau nak tengok apa Cuya buat dengan perler beads ni,boleh klik link di bawah!


Cuya dah lama beli perler beads ni.Dah bertahun dah...cuma lama tak main sebab busy.Ni ada free time buat la.Hehe





Bloglist Segment 2020



EVENT DATE: 29 JANUARY 2020 - 5 FEBRUARY 2020

Segmen menarik sudah tersedia,
mari kita join sama,
ada rezeki ada hendaknya,
Hanya klik gambar di atas sana!

Jom semua join segmen ni,kita merapatkan ukhwah blogger semalaysia.Hehehe




Tuesday, January 28, 2020

Lukisan Potret


Assalamualaikum,Hello Bananas!

Harini Cuya nak share lukisan potret yang Cuya masa sekolah menengah.Huish..dah beberapa tahun berlalu!Tapi Cuya simpan gambar...bila tengok lukisan ni,baru sedar...dah lama Cuya tak melukis..haish..tangan ni mesti dah kaku.Uhuk!



Tak silap Cuya,ni first time Cuya lukis potret untuk kelas seni.Hehe.

Bole lah daripada takde kan 😂


Ni pula lukis muka sendiri.Mata nak galak je!Kekeke


Lepas tu Cuya takde lukis potret sapa2 pon..hehe..
Malas yang amat tu.🙊🙊

Cuya tengok youtube,orang duk lukis2...tiber datang rasa rindu nak lukis.Nanti Cuya nak cari watercolour lah..boleh conteng2...hehehe


Monday, January 27, 2020

Puisi Rambang

Assalamualaikum,Hello Bananas!
Semalam Cuya susah nak tidur,so Cuya tulis lah puisi rambang dekat status Ws.Sekadar tulisan suka suka...hehe






French Braid Bracelet



Disebabkan Cuya memang bosan,kembali dengan projek Jom Asah Kreativiti Diri! 😂😂

Cuya nak buat French Braid Bracelet menggunakan getah.Ni bukan getah dapur yang warna oren tu tau.Ni getah rambut yang warna warni tu.Heeee

Bahan2 yang diperlukan adalah:

Set Fashion Loom
-Loom tools
-Rubber
-S clip


Nak mudah,beli je Kit untuk Loom Band.Dalam ni semua ada.Ada macam2 brand.
Cuya beli kit ni dekat Tesco.Ada juga kit kecik2 di Family Store tertentu.Nak senang beli online.

 Ni bahan2 dia..


Proses membuat gelang.Boleh tengok tutorial di youtube kalau nak buat.


Tada!Siap sudah satu gelang French Braid.


Ni gelang lain yang Cuya buat.Ada banyak jenis gelang boleh buat.
Nak belajar,youtube kan hado..😁

Cuya dah lama tak buat ni,Cuya beli bahan ni masa zaman Poli.Zaman suka membuang masa .kekeke..Korang nak cuba bole beli bahan2 di Shopee atau Lazada atau mana2 platform yang menjual bahan Loom.

Felt ID Card Holder



Assalamualaikum,Hello Bananas!
Harini Cuya takde kerja sebab bosan.Jadi nak jahit2 sikit.Adalah dimaklumkan bahawa Cuya memang tak pandai menjahit,belasah jahit Cuya pro! Kekekeke...

Tak pandai jahit tak bermakna tak boleh jahit.Bolehkan jela yaaaa...hehehe

So bahan2 kita perlukan adalah:

Kain felt
Gunting
Benang
Jarum
Pensel

Okay Cuya dah potong felt  dan saya tahu  BURUKS!
Kekeke

Ada saya kisah? =P




Tada!!Hasil hiasan dah touch up yang mana buruk.kekekeke

Cuya takkan tunjukkan cara Cuya jahit semua ni.Korang pandai2 la eh..
HAHAHA



SIAP!

Terima Kasih kerna sudi membaca entri ni.Bagaimana?Suka?Benci?Nak gelak?
Komen di bawah ya..LOL.😂😂





Habis sudah Semester Satu !



Assalamualaikum dan Hello Bananas!
Beberapa bulan lepas,Cuya busy dengan kuliah sempena semester satu dalam bidang Bachelor of Tourism Management .Seronok dapat jumpa kawan baru,dapat belajar benda baru dan benda lama of course.Sebab Cuya dulu diploma in Tourism Management juga.

Well, i am having a great time in the course i have chosen. Heeeeee~
Jom tengok gambar Cuya and classmates beserta gambar lect pada hujung semester sebelum final dijalankan.



Bersama Dr Zuhairah Binti Hasan (Marketing)


Bersama ahli group MKT bersempena projek green product yang dinamakan
BOTD (Bag of the Day) .

Bersama Dr.NurAzree Bin Mahmud (Management)

Bersama Madam Norfadhilah Binti Mohd Akhuan (Hospitality)


Bersama Madam Chew Sze-Siong (Principle Of Tourism)


Bersama  Laoshi Azim (Mandarin)
Mandarin bukan kelas yang diambil untuk satu kelas.Cuya pilih mandarin atas dasar minat Cuya pada bahasa Mandarin.Hehe..



Overall,Cuya boleh cakap yang Cuya enjoy dengan environment baru.Alhamdulilah,kawan-kawan kelas semua sporting dan baik.Tapi Cuya rasa bahang belajar ni jauh berbeza dengan Politeknik dulu.Kalau dulu masa poli,Cuya tak kisah sangat dengan pointer.Bila dah masuk U ni,herm..tengok semua orang gigih belajar,Cuya pon kena tempias.

Tapi itu adalah satu perkara yang positif bagi Cuya.Sebab Cuya lebih bersemangat untuk  belajar dan bersaing secara sihat.Al maklum lah..kita ni bekas pelajar tourism,Cuya dapat rasakan mesti pensyarah semua expect yang kita ni lagi perform daripada pelajar lain.

Cuya tak tahu lah ni semua anggapan Cuya sahaja atau memang realitinya macam tu?Herm..

Apa-apa pon Cuya harap Cuya perform result first semester ni..insha Allah.Doakan saya ya!








Sunday, January 26, 2020

Secangkir Kasih Buatmu



Ingin sekali kumenulis bait-bait kata,
yang penuh  dengan makna cinta,
mengukir kisah kita berdua,
namun,
cinta kita tidak berputik,
apatah lagi berbunga.

aku hanya bisa mengingatimu dari kejauhan,
menutup ketat perasaan,
menjadikan semua hanya kenangan,
yang indah dalam kehidupan.

Secangkir kasih yang aku hulurkan,
Tidakpun kamu balaskan,
Tetapi aku harapkan,
Andai satu saat aku hulurkan tangan,
Akan jua kau gapaikan.



Lama sudah tak tulis puisi...
ala sesekali kan,nak asah minda.Ceh!

Poems and Random Thoughts


💓Takdir
💓Mimpi Jadi Realiti
💓Bolehkah Aku Menangis?
💓Buatmu Bernama Cinta
💓Secangkir Kasih Buatmu
💓Puisi Rambang
💓Biar Aku Menangis
💓Mendekatikumu Dalam Doaku
💓Teman, Bawaku ke Syurga?
💓Kerna Tuhan Itu Punya Rencana

Creative Thingy

PERLER BEADS
💓Perler Beads

One Day Trip in Melaka Vlog



Assamualaikum, dan Hello Bananas!

Ni buat kali berapa punya entri dah harini..heheheh Just short one kay.
Sem lepas,iaitu tahun hujung tahun lalu Cuya dan rakan seperjuang telah membuat vlog sempena subjek Hospitality.Dah jadi part of tourism industry ni,memang tak sah kalau tak berjalan.Lagi-lagi Melaka ni tempat pelancongan,lagila!HAHA.

Jom semua,tengok video blog Cuya dan rakan-rakan.Jangan lupa komen,share dan subsribe!
Yang paling penting,muka Cuya ada dalam ni,, ngeh3...



Cuya semestinya enjoy kalau bab-bab makan2 ni.Hehehe...
Bab jalan pon Cuya suka..jadi tourism ni merupakan bidang yang kena dengan jiwa. >_<




Upside Down House Melaka



Asslamualaikum dan Hello Bananas!

Disebabkan Cuya memang dah terlalu lama tak buat entri terbaru,jadi cuti sem ni Cuya nak up cerita-cerita yang terjadi sepanjang pembelajaran Cuya di Universiti.
So,Cuya ada subject Principle Of Tourism ,jadi Cuya dan rakan-rakan seperjuang kena cari satu tempat menarik di Melaka untuk event Mahkota  Parade.

Okay,ni cerita beberapa bulan tau korang,event dah lepas dah pon...jadi jangan cari kami.Kekeke..
Jadi,Cuya dan ahli group pilih Upside Down House Melaka sebagai salah satu tempat tarikan yang akan dijadikan booth di MP.(Orang melaka panggil Mahkota Parade ,MP. heeeee)

Jadi,dibawah adalah kami punya FAM trip ke Upside Down House Melaka.FAM trip atau familiarization trip adalah trip percuma yang diberi kepada kita memandangkan kita akan mempromosikan tempat mereka.

Jom tengok gambar di bawah!











Bila sampai sini,semua benda serba terbalik!Hehe.Banyak lagi gambar kita boleh ambil.
Kalau kita nak suruh pekerja tangkapkan gambar pon boleh.Actually tempat macam ni memang fokus untuk dapatkan gambar yang menarik.Sesuai untuk orang yang inginkan kelainan .Bole je buat gambar Wedding kat sini kan..hehehe

Harga?
Harga dia dalam Rm20+ untuk dewasa.Sorry,Cuya lupa lak harga sebenar dia.Adudu
Walaupun harga dia agak pricey,tapi pergi sesekali  pun apa salahnya kan?Kita tak cuba tak tahu..heheh

So,kalau datang Melaka,jangan lupa singgah sini ya!
Bagi mereka yang suka sangat tangkap gambar dan jadikan kenangan,anda dialu-alukan untuk datang ke Upside Down House Melaka.Hah moh ler kitewwwww!



Saturday, January 25, 2020

White BBQ Crunch KFC, Sedap ke?


Assalamualaikum, Hello Bananas!

Harini,parent Cuya pergi kenduri aqiqah di Alor Gajah,jadi tinggallah Cuya berdua dengan abang.
Bila ibu balik,dia tanya dah makan belum?Of course la Cuya cakap belum,and time tu juga Cuya nak keluar dengan abang.

Abang tanya nak makan apa.KFC? Eh...Cuya kasi on satu kali!


Sampai je KFC,Cuya nampak  menu terkini KFC,so tanpa membuang masa (ceh!), Cuya pilih menu terbaru tu.Apa lagi kalau bukan,......WHITE BBQ CRUNCH


Image result for white bbq kfc




Rasa dia?Sedap!Macam BBQ chicken la..nama pon BBQ..kekeke..
Tak pedas pon walaupun warna dia merah gitu kannn..
Korang cuba la!


Cuya beli 2 pcs combo hanya RM15.90.
Nyum!


Cuya makan coselaw macam makan nasiii kauuuuu XD
Maklumlah mmang favourite! Hehehe

So,apa tunggu lagi geng...silalah try.Ngeh3  :3

BEEHA MENCARI BLOGLIST BARU





TAG