Followers

Friday, June 28, 2024

Video Tiktok Aku Masuk FYP besar ! ( Lagu Aku Orang Melaka)

Hello Coconuts!

Hari Selasa haritu Cuya saja post lagu Aku Orang Melaka yang Cuya miming daripada video tiktok Cuya pos sebelum ni. Dah post tu, tiba-tiba notifikasi Tiktok Cuya mendadak naik tanpa henti.

Lahhh Video Cuya naik FYP Besar untuk pertama kalinya! Wow.... tak ku sangkaa






@nacuyaa

ok ok Aku Orang Melaka trend. Haritu trending lagu aku orang Johor, bila trend Aku Orang Melaka ni? Kita miming jela lagu kita, takde orang nak buat template tiktok 😂 Nak tengok lirik sila view video yang sebelum ni 😊#laguakuorangmelaka #akuorangmelaka #trendingakuorangmelaka #orangmelaka #oghangmelaka #akuorangmelakatrending #visitmelaka2024 #kemanakitani #melakaler

♬ original sound - nacuyaa - nacuyaa




Video ni la yang FYP besar tu. Ingatkan dah stop dah fyp, rupanya sampai ke harini masih FYP. Kelakar la... dah lah Cuya miming sambil pakai uniform kerja! kahkahkah  Nasib baik takde yang bertanya Cuya pakai baju apa tu? Hehe 


Selalu berangan, bilalah nak FYP kan... Alhamdulilah dapat jugak merasa FYP notifikasi tak henti-henti naik. Eheheh... Sampaikan kawan-kawan kita yang lain tak pernah tahu tiktok kita pon dah terjumpa titkok kita. Aiseyh man...

Mana taknya, ramai repost video ni. Lepastu, ramai jugak request lagu daripada negeri lain. Setakat ni Cuya cuma dah buat lagu Melaka dan Perak je. Tu pon hentam sajalah labu.. hehhehe

Ada tak video Cuya nyanyi ni FYP kat Tiktok korang? Hah ce komenn sikit.... mana tahu keluar kat korang. Eheks..



Thursday, June 20, 2024

Photo Dump ( Campakan Gambar)

Assalamualaikum Hello Coconuts!

Sudah lama tidak bersiaran disini. Anda kembali bersama saya dalam rancangan Gambar Apa Nak Dicampak tu? HAHAHA 🤣 

Sebab jenis malas nak menaip panjang sebab kita update dalam fon saja, so kita campak gambar ya disini.

Kata -kata yang elok diguna pakai zaman sekarang demi kesihatan mental.



Kerabu maggi dekat kedai Kelantan area Jasin. Mantoppp favourite ni
Nama Cuya dekat sistem komputer di tempat kerja. Comel jee Nashuha 😂

Abang Aeril staff tempat Cuya kerja sedang melakukan pembersihan rumah

Abang Cuya belikan air cooler untuk ibu. Tong sampah pon dia belikan. Hahaha

Dah lama kerja baru first time selfie dengan patung lilin Messi

Kita dah start buat live kat tiktok dengan geng mekap for the first time. Beranikan diri juga la untuk live.

Makeup look bersama Barbie Pallete


Makeup look with Catwoman Pallete.

Semua pallete of course daripada KEVIN AND COCO!

Boleh terjumpa kawan ibu yang dah berzaman tak jumpa. Sumpah terkejut. Rezeki juga laa
Makeup look bersama Witch Halloween Pallete K&C

Cuya look banyak taram je.. asal boleh hehe

 
Dapat hadiah birthday kek daripada Busu

Busu dengan makngah beri hadiah makanan sempena birthday 4 June
 haritu
Selfie dengan Farha staf kerja sebab tak pernah selfie sekali. Dia pon dah nak pindah 


Cuya dan mimik muka berpisah tiada

Guna Monster Party Pallete KEVIN AND COCO 


.
Buat air matcha daripada serbuk abang beli kat TikTok. Sedap!

Farha share biskut. Masheh Farha!


Beli burger Marrybrown set bajet.
Sedap!

Shopping kasut kat Mydin.


Beli pin Rm15 promo untuk dua kotak. Baru first day pakai pin, dah tercabut. Apala Mydin ni.

Selfie nak pergi rumah abang

Selfie dalam kereta

D
Dapat durian daripada busu. Yeayy 
Tahun ni ada banyak durian kat dusun Aki.
Al fatihah untuk Aki dan Makwan.


Makngah bagi sushi. My favourite!


Makeup paling berani avatar biru. Hentam jela 
With Blue Cat Pallete


Makeup look with Couple Set Pallete 


Teh golok dengan green tea daripada kedai Kelantan. Padu toqqqqq


Dahh tu je kot... Nanti ada lagi post lagi.. 
Papai!


Oh Ibu...

Waktu malam biasanya aku akan urut kaki ibu.
Itu dah menjadi kebiasaan dari dulu lagi.
Tapi taktahu kenapa malam ni perasaan dia lain.

Sambil aku urut kaki ibu tiba- tiba bergenang air mata tak semena.
Melihat keadaan ibu yang telah dimamah usia buat aku terfikir,

 'Sampai bila agaknya ibu akan ada?'
'Apa akan jadi bila ibu takde nanti?'

Dan saat itu aku bersyukur kerana Tuhan masih beri kesempatan pada aku untuk hidup bersama ibu. Dalam diam aku berdoa, moga-moga ada asbab untuk aku ke syurga bila aku disisi ibu.

Sensitif pula aku malam ni, sebak tiba-tiba. Mungkin kerana aku pun dah dewasa, banyak fikir ke depan. Tapi kau jangan cerita kat ibu ya part aku nangis tu? Malulah aku... Hehe