Followers

Thursday, January 25, 2024

Malaysia Heritage Studios Melaka : My Second Home

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pada 17 haribulan Januari 2024, Cuya mulakan hari sebagai salah seorang pekerja di Malaysia Heritage Studios (MHS) . Kalau bagi yang taktahu MHS ni dulu nama lama dia Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park. Tapi buat masa terpisah menjadi MHS , dan satu lagi syarikat Mini ASEAN.

Kawasan yang dipenuhi dengan rumah tradisional Malaysia dah diambil oleh syarikat We Grow, dan telah membuat renovasi kepada bahagian dalam dan luar rumah.

 Boleh baca:  

Memori Intern di Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park



dan juga :

I'm Coming Home : Malaysia Heritage Studios Melaka



So citenya, masa hari pertama kerja tu Cuya dapat kerja di bahagian Cashier Souvenir Shop. So memang dah siap la pakai uniform kerja. Nak tengok tak?


Pagi2 dah sampai dengan baju serba hitam dari hujung kepala sampai hujung kaki.


Ni la uniform MHS. Ibu gelakkan Cuya sebab dia kata Cuya gemuk!  Apa boleh buat, kita jenis berisi. Takpe, tetaplah kondifennnnn. XD

Yang skirt dia Cuya silap pakai tu.. heehe

Baju ni design batik, nampak macam kain daripada Sarawak gitu. Bagi lelaki yang pakai uniform ni kami gelar HULUBALANG. Untuk perempuan pula HULUWATI.



Kita selfi duluannn


Dah kemudian next day tukar eyeshadow warna hijau kuning. 


Sejenis bawa satu eyeshadow boleh main tukar2 warna. Maklumla takde kerja. HAHAH


Selfie lagi!


Sebelah Cuya staff sana.Abang Aeril. Dia selalu layan borak dengan Cuya. Macam-macam cerita dikongsikan. Masheh bang sebab layan Cuya.. <3

Masa ni Cuya jaga bahagian Entrance.


Abang Aeril ni juga pernah menjadi penari disini.


Masheh ibu ayah sebab hari-hari bekalkan sarapan dan beli untuk Cuya.



Makeup simple. Cantik tak? heheh
@nacuyaa

Kita mengaji jap sementara tunggu customer

♬ original sound - nacuyaa - nacuyaa



Ni masa Cuya jaga tiket counter. Masa ni memang takde orang, tiba2 je Cuya buat video ni.
Eh lepas buat video ni, tiba2 datang trip satu bas. Terkejut den!

Cuya memang takde kerja , memang buat 'kerja' sendiri. HAHAHA
Yang kuban-kuban. ( bukan-bukan)




Akk kita sorang ni terhibur sebab adik dia masuk air XD










Tuesday, January 23, 2024

PEMENANG GIVEAWAY SAMPUL RAYA RARE 2024

Assalamualaikum, Hello Rakyat Coconuts Beta!

Alhamdulilah, telah tamat Giveaway Sampul Raya Rare 2024 yang dianjurkan oleh beta. Beta berasa sangat berbangga dengan rakyat coconuts kerana telah dengan rela hati menyertai dan memeriahkan lagi suasana giveaway ini. Tahniah THE COCONUTS!

Dengan ini, beta berbesar hati untuk mengumumkan nama pejuang coconuts yang telah memenangi cabutan bertuah daripada The Kelapa Kingdom. Pasti kalian berdebarkan?

Marilah kita tengok gambar proses cabutan bertuah.



Beta telah pon print nama peserta. 57 peserta! Wahh ramai sungguh !


Beta telah gigih memotong kecil setiap nama cabutan bertuah



Kemudian, sejurus Beta dah selesai melipat kertas nama cabutan, beta pergi menghadap Bonda Permaisuri.

Dengan lafaz bismillah,
inilah pemenang yang selayaknya menerima hadiah.

Rezeki yang memang Allah dah tetapkan pada dia, tertulis untuk dia.

Sesungguhnya inilah rezeki yang Allah beri tiada habis-habisnya......






.




.







.




.


..






.
.
..

.
..
.
.
.

..
.

.
.
.
.
.

.
.
.
...

.
.
.
.
.
.
.
..
.

.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Hadiah pertama dicabut oleh Bonda





Hadiah kedua & ketiga dicabut oleh beta

Tahniah kepada pemenang!


Pemenang boleh hantar details seperti bawah ke ws Cuya +60135800776


Nama:
Hadiah yang ke:
Link blog:
Alamat:
No tel:


Buat yang tak menang, jangan sedih. Doakan Cuya dimurahkan rezeki sederas sungai yang mengalir, akan datang boleh kongsi rezeki lagi.InsyaAllah!


Terima kasih rakyat Coconuts beta.Kalian adalah makhluk Tuhan paling seksi  hebat dan supportive!










Review KEVIN & COCO palletes

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Esok Cuya cuti, so bolehlah dengan riangnya menaip malam ni. Esok nak pergi klinik sebab ada bisul pulak dekat mata ni. Takut juga bernanah kan. Btw, malam ni last tau untuk sesiapa yang nak join giveaway Cuya. 

Persoalannya bila pengumuman pemenang? Hehehehe... suspen tak? Mesti ramai yang tak sabar kan. Jangan risau, Cuya akan umumkan dalam masa terdekat . Nanti lepas dah cabutan, Cuya terus umum kay? Korang jangan lupa semak link peserta . Sesiapa yang dah follow social media Cuya tapi Cuya tak tanda, tolong beritahu. Takut Cuya tak perasan. 

Rugilah kalau tak beritahu, mana tahu boleh dapat lebih daripada satu cabutan nama.


Okay, jom kita teruskan agenda entri harini dengan review makeup KEVIN & COCO Cuya!


Tudiaa sampai 2 box besar Cuya beli. Sakit belakang juga la Cuya unboxing sebab bubble wrap tebal nau! Betul2 secure




Cantik kan packaging dia? Lawooo gilerr


Lip Gloss twin sister. Yang ni nanti Cuya nak bagi kawan ofismate. Pandai-pandai la diorang pilih nanti

Lipgloss Halloween  Vampire Girl . Cantik betul! Luar dalam packaging cun!

Lagi2 Cuya lak suka tema halloween.. hehe
Sebenarnya Cuya tak ingat Cuya amik lip gloss apa, sib baik dapat yang ni. Hhahha

Baby Girl Pallete . Ni dapat free. Seller bagi ni sebab Cuya request nak eyeshadow glitter.


Lip Gloss  Halloween Night Elves. Yang ni Cuya belum buka lagi, so Cuya screenshot daripada website official KEVIN & COCO.
Lip gloss ni sesuai kalau ada makeup yang bertema. Saja Cuya beli mana tahu nak buat look yang lain daripada lain untuk content ke kan...




Couple Makeup Set. Packaging dia antara punca kenapa Cuya nak set ni. Warna dia cantik sangat!
Ada satu warna pecah, tapi Cuya dah beritahu seller.


Ada ke yang tanya, beli banyak-banyak ni buat apa?
Sebab suka la beli. Tak suka mana nak beli HAHAHHA

Cuya memang minat sangat makeups. Obses? Bolehlahhh...not too much. Ni beli pon sebab memang kita sejenis pakai makeup. Mana tahu boleh jadi MUA. Ceh!


Total pembelian :

RM158.10


Nak buat macam mana kak, ni adik punya hobi. Orang ada hobi ni memang banyak pakai duit. kekekke


Ada tak yang minat makeup kat sini? :)





Monday, January 22, 2024

1 HARI LAGI GIVEAWAY TAMAT! CEPAT JOIN!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Cuya dah kurang update di blog sebab dah start kerja, jadi balik dah penat. Balik selalu buka titkok sebab nak tengok LIVE je. ( Psssst...nk shopping XD). Entri harini adalah bertujuan untuk ingatkan korang yang masih belum join GA Cuya.

Mana tahu kalau korang join last minute ada rezeki korang kan? Hah moh ler join!!


Nanti Cuya free Cuya update pasal kerja ya >_0


Saturday, January 20, 2024

LAGI 4 HARI GIVEAWAY TAMAT!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Nampaknya kita sudah hampir ke penghujung giveaway. Korang dah join belum?

Kalau belum, silalah join!







Tamat 23 Januari tepat jam 12 malam.


JOM KORANG!


Thursday, January 18, 2024

Transition Tiktok Idea #Part 1

@nacuyaa

Just me having fun doing transition #makeuptransition #trendingtransition #transition

♬ That's What I Like - kirsten


Sejak dua menjak ni dah rajin buat video transition kat tiktok. Hehe  Lagi2 makeup punya transition.


Dah join giveaway Cuya belum ni???



Tuesday, January 16, 2024

Review Kevin & Coco Eyeshadows ( Monster Party)

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Sejak dua menjak ni rajin tengok live dekat tiktok penjual makeup Kevin & Coco. Semua pallete dia cantik gilosss... Kita ni pulak minat makeup kan. Dulu selalu bermimpi nak beli makeup banyak-banyak konon nak jadi MUA ( Makeup Artist) tapi tula....berangan jela dulu ya. Banyak skills kena asah lagi.

Sebab  Cuya rajin join live, Cuya rajin window shopping dalam tu. Cuya akan tanya banyak soalan dalam live sebab nak tengok2 apa yang best. Biasalah, perempuan kan. Rambang mata kita youuu.. Hahahah

Tanya punya tanya, dapat juga yang berkenan di hati.



Comel, macam buku kanak2...
Cuya kan kanak2 riang XD



Isi dalam dia double cute!
Memang terserlah keanak-anakkan Cuya! HAHAHA

tapi perempuan mana yang tak suka benda cute?

Sampai cousin Cuya pon ingat Cuya beli mainan XD




Warna dalam pallete biru


Warna eyeshadow dalam pallete purple



Highlighter dalam pallete pink 


Warna dalam pallete kuning


Rasanya setiap pallete mempunyai tema ikut warna pallete. Cantikk gilosss




Lepastu dapat free lip gloss sebab seller ingat Cuya first time beli. Alhamdulilah rezeki. hehehhe


Selain kumpul buku, eyeshadow adalah favourite Cuya untuk kumpul. Sebab colourful!
hahhahahhaha



Nota kaki: Esok hari Cuya dah start first day kerja! Alhamdulilah. Ada kekosongan di tempat intern lama Cuya yang sudah berwajah baru tu.

I will be part of Malaysia Heritage Studios! Syukurrr

Wish me luck guys!


JOM JOIN GA CUYA!









Monday, January 15, 2024

Officemates Outing!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Akhirnya planning untuk girls day out feat Faris ( Officemate Cuya di Mini Asean) menjadi juga!
Saban hari masa kerja dulu asyik tanya, " Bila nak girls day out?". Padahal hari-hari Cuya dengan geng perempuan duk girls day out manjanggggg

Maka kami kotakan kata-kata dengan keluar bersama harini! Pada awalnya kami  planning samada nak pegi jalan-jalan muzium atau nonton wayang. Sebab takut harini hujan, maka kami pon pergi tengok wayang di Dataran Pahlawan Melaka ( DP). 

Disebabkan Cuya takde transport, jadi kenalah naik bas untuk ke sana. Jadi sebelum jam 8 pagi Cuya dah pergi stesen bas Jasin dihantar oleh ayah. Dah berzaman tak naik bas. Tunggu punya tunggu, 8 lebih bas pon sampai. Terkejar-kejar Cuya!

Tiket bas dari Jasin ke Melaka Sentral RM4 mat! Perghhh..dulu dalam 50 sen ke RM1 je . Haiyaaaa...Manyak mahal. Bila dah sampai Melaka Sentral dalam jam 9.20 am, Cuya tunggu Syaza untuk jemput Cuya. Tudiaaa macam Permaisuri nak dijemput bagai. Hehehe

Nak dekat kul 11 lebih juga la baru gerak dari Melaka Sentral ke Mahkota Parade (parking kereta kt MP, wayang di DP) . Faris memang dah sampai awal. Extra punctual! Hehe

So, kami pon decide nak tengok cerita Pendekar Awang: Darah Indera Gajah (2024).

Yang kelakarnya ada kami berempat ja dalam panggung!




Yang kanan tu sekali jelmaan XD


Baru masuk wayang ibu dah sibuk call Cuya. Inilah jadi bila jadi anak bongsu XD



Call tetap call,
selfie is wajib!



Gambar tak ready pon pos ya!




Iklan wayang





Beli Popcorn + Air set large ( RM18)

Cuya makan sorang2 je sebab jenis suka kunyah.. hehe


Tak sangkalak cawan dia sebesar alam! HAHAHA


Antara scene movie


Syaza tengah nonton korea dalam kegelapan. Dah bosan sangat agaknya


Herm..cerita dia ada banyak nasihat, tapi tak berapa umph..Tak bape best la


















Perasan tak Cuya pakai seluar putih?


Pagi tadi ada pakcik tu dari Terengganu tanya " Misi ke? (nurse)"

"Eh tak lah pakcik...mak saya yang nurse, saya pakai seluar dia. xD "

Dulu pon orang tanya Cuya ni nurse ke sebab pakai seluar ibu. Hahahha





Pastu semua girls pergi makan dekat Johnny tapi Faris takde sebab ada hal. Tak sempatlah sembang


Antara menu dia



Cuya beli Bihun Tomyam.
Memang pekat dan berperisa betul. Dan juga pedas tapi sedap!



Pastu singgah kedai, ternampak organizer, jadi belilah. Sebab meja solek Cuya penuh.. hehe


Dalam 4.50 pm Syaza dah hantarkan Cuya gi Melaka Sentral, tapi Cuya terlepas bas jam 5 ptg.

Tunggu punya tunggu, tiba2 Cuya terserempak dengan orang kampung Cuya yang nak balik rumah juga , Cik Ujie.

Anak cik Ujie sarankan naik Grab. Time tu juga Cuya download Grab, Alhamdulillah dapat.
Bayaran balik Rm40 guys.. bahagi dua orang, sorang Rm20. Melayang duit guweee...huhu


Tapi takpela, daripada Cuya kena tunggu bas 6.30 petg, pastu sampai rumah time magrib.. hahhh.. lagi susah


Apapon thanks officemate Cuya.. Syaza, Amirah dan Faris sebab sudi spend time dengan Cuya.

Insyaallah ada rezeki jumpa lagi!


Dah join giveaway Cuya tak?