Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Masih ingat ke entri Cuya pergi training di TH Hotel di Kelana Jaya? Alhamdulilah Cuya dah masuk kerja pada 5 Sept 2023. Tapiiii.... Kerja Cuya tu seperti lari scope daripada apa yang dijanjikan. Jadi, disebabkan Cuya rasa Cuya tak boleh teruskan, Cuya telah lalui proses penukaran ke syarikat yang baru.
Rabu, 13 Sept 2023
Cuya dah masuk ke company baru yang memang sesuai dengan job scope dijanjikan. Kerja Cuya juga fleksibel. Cuya boleh buat kerja sambil lepak dimana-mana Cuya suka. Jadi, kadangkala Cuya akan pergi lepak cafe sambil on laptop dan menghirup kopi ais yang dipesan. Pegawai Cuya cakap, Cuya boleh duduk dimana-mana asalkan kerja tetap jalan. Memang Syurga betul kerja macam ni. Hehe
Cuya kerja kat mana? Dekat tourist attraction di Melaka. Buat sementara waktu ni Cuya belum boleh nak kongsikan, sebab Cuya memang jenis tak suka share selagi belum confirm sepenuhnya samada Cuya akan kekal disini, sebab perlukan approval daripada employer Cuya untuk bertukar company.
First outfit kerja ofis
Singgah makan Marry Brown dekat dengan ofis . Jalan kaki je gi sini
Second outfit, baju batik sebab hari Khamis. Pernah tak korang jumpa perempuan pakai kemeja batik?
Jarang sekali kan.. Sekarang korang dah jumpa 😂 Baju kemeja ni memang ditempah khas untuk Cuya, jadi kemeja perempuan la.
First time try Stuart's Coffee
Cuya order Ice Stuart's Little Latte ( Rm14.80). Asalkan kopi semua sedap bagi Cuya. Hehe
Outfit day 3, kena pakai pant suit sebab nak pergi event.
Day 3 masih di Stuart's Coffee
Cuya order Chocolate Caramel Frappe ( RM16.80) . Kalini try minuman coklat dia pulak. Sedap ajerr
Day 3, pergi event untuk Tahun Melawat Melaka 2024.
Maskot rasmi Tahun Melawat Melaka.
Cuya muka excited gitu.. Eheks
Dengan slogan tahun melawat Melaka 2024
MANA LAGI? MELAKA LER....
Dapat makan petang free.
Dapat berjumpa dengan pengurus kanan Tourism Melaka, tempat Cuya intern semasa diploma.
Puan Asmaliana.
Outfit kerja untuk harini (Hari Malaysia). Semangat kan Cuya? Maklumlah, Cuya hanya boleh pakai baju ni semasa Merdeka dan Hari Malaysia saja 😂
Aura dia pakai baju ni lain macam, Cuya nampak outstanding sampai ada orang yang tegur Cuya semasa Cuya beli burger.
"Lawa baju awak...sempena Hari Malaysia ya?"
Cuya mengiyakan sambil senyum kambing. Hahahha
Harini kita try Chocolate Belgium lak.
Cuya dah macam customer tetap lak. Kopak duit nanti. HAHAHA
Tu jela gambar yang Cuya ambil. Cadangnya nak selfie setiap hari untuk outfit. Tengoklah selama mana boleh konsisten macam uncle Gedek. Hehe
Okay, till then.
Adios amigos!