Followers

Monday, July 31, 2023

Thursday, July 27, 2023

Aku Dilahirkan Pelik and That's Okay! ;)





Ig story Cuya yang menjadikan platform menulis.
Tak cukup blog, IG pon kita menulis juga 😂





Ibu Cuya pernah cakap, dulu dia pernah belajar tentang statement yang menyatakan semua orang dekat dunia ni ada kepelikannya yang tersendiri. Sama ada dia sedar atau tak je.

Adakah korang juga pelik (unik) macam Cuya? 😁



Terima Hadiah Daripada Blogger Shikin Razali

Assalamualaikum, Hello Coconuts.

17 Julai yang lalu, Cuya secara tidak sengaja menonton video youtube yang kak Shikin post berkenaan pemenang top komentar. Cuya saja je nak tengok tanpa ketahui siapakah top komentarnya.

Sekali tengok ada nama Cuya. Yang kelakarnya Cuya yang terpilih sebagai pemenang. Tula orang kata rezeki yang tidak dijangkakan. Alhamdulilah hadiah dah selamat sampai harini.




Macam dapat hadiah daripada kekasih pulak gayanya. Dahlah comel dan cantik.Pink kaler!
Macam tahu-tahu aje warna kegemaran Cuya.

Terima kasih kak Shikin! Moga Allah merahmati akak sekeluarga, sentiasa dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Aamin...

Lepas ni bolehlah Cuya melaram dengan purse baru. Eheks!






Wednesday, July 26, 2023

Mengimbau Memori Sekolah : Cuya Si Perigi Cari Timba


Assalamualaikum , Hello Coconuts!

Belum menulis entri Cuya dah tergelak dengan tajuk entri kalini. Entah kenapa bila Cuya mainkan lagu cintan cintun di Youtube, tiba-tiba teringat kisah lama semasa di bangku sekolah. Macam yang tertulis di tajuk utama, ya seketul Cuya pernah menjadi si perigi cari timba. HAHAHA

Disebabkan zaman sekolah pon dah berlalu, tak salah sekiranya Cuya berkongsi cerita. Alaa...sebagai kenangan melambangkan Cuya juga pernah jadi bodoh dek kerana cinta monyet. Kikiki

Kisahnya bermula  begini.....

Cuya berada di tingkatan 4 semasa kejadian ni berlaku.

Pagi tu, kami semua sedang ada perhimpunan di sekolah. Disebabkan Cuya kebosanan, Cuya pergi lah usha budak-budak kelas lain. Sedang ralit memerhati orang, Cuya pandanglah junior Cuya. Saja je pandang, bukan ada niat apapon.

Kebetulan pulak,pandangan Cuya bertemu dengan pandangan salah seorang junior Cuya. Cuya pandang dia, dia pandang Cuya untuk beberapa saat. Lepastu Cuya kalihkan pandangan Cuya daripada dia. Cuya mula memandang ke hadapan.

Lepas beberapa minit, Cuya sengaja pusing belakang untuk memandang dia, ehhh dia pandang kita lagi.
Maka kantoilah Cuya usha dia 😆 Jadi Cuya pon sorokkan diri di balik kawan-kawan Cuya yang lain. Masa perhimpunan sudah tamat, junior Cuya tu dah nak berjalan kembali ke kelas, tapi dia seolah-olah mencari  Cuya and dia pandang Cuya lagi!

Maka, sejak itu bermulalah episod saling pandang antara satu sama lain setiap kali terserempak.

Betullah orang kata, dari mata turun ke hati. Eheks!

Dipendekkan cerita, Cuya make the first move.

Masa semua orang dah balik dari sekolah, Cuya senyap-senyap pergi kelas dia dan selitkan nota bawah meja dia.


Gambar ni diambil oleh dia sendiri selepas kitaorg dh habis skola tk silap. Masa ni mengimbau cerita dulu2 la.. XD Tak sangka kertas macam ni pon dia simpan lagi!


Lepas dia dah dapat no Cuya, dia mesej la Cuya. Memang dia tahu Cuya bagi dia surat ni walaupon Cuya suruh dia teka sendiri.

Mesejnya berbunyi,

" Assalamualaikum. Ni Nurnasuha Mohd Fadzil ke? " 

Lebih kurang la bunyi mesej tu. Hahahah

Maka bermula la kisah-kisah sweet kitaorang.


Memandangkan Cuya suka melukis, bila Cuya jumpa dia Cuya sengaja bagi nota kecil bersama lukisan comel. Kadang-kadang Cuya selit bawah meja dia. Aishh kelakar bila mengingatkan kegigihan seketul Cuya bila dilamun cinta! Dasar cinta monyet! 😂

Dan kebetulan dia pon seorang yang berbakat dalam melukis. Dia pon balas juga nota kecil bersama lukisan. Sweet bersemut tak?


Percaya atau tidak, Cuya masih simpan nota-nota kecil dia. Nostalgia betul. ahahahaha





Cuya simpan segala kenangan, sepertimana dia juga simpan apa2 yang Cuya bagi. ( sekarang ni Cuya tk pasti dia simpan lagi ke tak. Hehe)

Tapi kisah kami setakat gitu jelah....tak mampu pergi jauh.  Hanya menjadi kenangan yang kelakar.
Entah bila kitaorang last contact, Cuya pon malas nak ganggu dia. Mungkin dia pon dah bahagia.
Tapi takpe, sekurang-kurangnya dia pernah menjadi kenangan indah dalam hidup Cuya.

Kami tak pernah ada gambar yang sememangnya disengajakan untuk tangkap bersama. Tapi ada satu gambar yang secara curi-curi ditangkap oleh junior Cuya guna kamera Cuya.



Masa ni kitaorang tak sweet2 lagi dah. Cuya sekadar berborak biasa je, walaupun hakikatnya masa ni Cuya masih menaruh harapan pada dia. Hahahhaha


Tapi dia ni memang hensem la Cuya boleh cakap.Walaupun kulit die hitam manis, features muka dia memang cantik. Hidung dahlah mancung. Badan berketak. HAHAHAHA Bongoklah seketul Cuya, macam ni rupanya taste kau! Hehe takdelah gurau je, taste Cuya tak menentu.

Cuya rasa sampai sekarang pon mungkin hensem juga, entahlah Cuya dah lama tak jumpa dia. Moga dia sihat belaka.

Dulu dialah yang selalu baca blog Cuya yang lagi satu, tapi Cuya dah privatekan.

Dulu-dulu ada masa Cuya call dia sesekali. Dia pon call Cuya. Tapi semua tu dah berlalu, benda dah lama move on. Agak-agak kalau dia terbaca entri ni apalah reaksi dia ya?


Terima kasih sebab pernah jadi sebahagian daripada kenangan yang Cuya ada. Arigato gozaimase!
Semuanya kini menjadi kenangan yang lucu untuk dikisahkan dalam penulisan Cuya.

P.s-Korang macam mana? Pernah ada kisah cinta monyet tak? Hehe





Bersangka Baik Dengan Tuhan


Throwback status WS Cuya.
Mungkin tengah sedih masa tu agaknya.

Monday, July 24, 2023

Menang Giveaway Gempakstarz Untuk Kali ke (?)



Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Sebenarnya cerita menang giveaway Gempakstarz dah lama berlalu. Cuma Cuya sahaja tak share. Cuya rajin juga join giveaway Gempakstarz. Maklumlah, suka sangat komik keluaran syarikat ni .

Contest post bergambar dengan koleksi komik.
Tak sangka menang 🤣
Mungkin diorang tertarik dengan senyuman Cuya yang melebar dalam gambar tu. HAHA

Dapatlah hadiah yang atas tu.
Alhamdulillah
Ada buku nota,poster, kad


Ni menang Contest share quotes daripada buku.
Dapat buku healing, novel dengan sticker.


Ni pula menang Live Gempakstarz. Ada soal jawab.
Dapat merchandise Gempakstarz. Sticker keychain dengan fail.


Semua ni contest Gempakstarz. Seronok join, sebab menang.LOL
Member cakap Cuya jenis bertuah tapi bagi Cuya semua ni datang dengan usaha.
Kalau Cuya tak usaha mesti tak dapat.

Jadi teruskan berusaha dalam kehidupan!
Kelak kejayaan menanti.



Adios Amigos!







Sebelah Sayapku



Sayang...

Ingin sekali ku mendekatimu,
Melihat raut wajahmu yang menenangkan,
Memandang dalam matamu,
Mengucup lembut pipimu,
Dan berbisik lembut ke telingamu,
Sayang..kau bukan pencuri hatiku,
Bukan jantung hatiku,
Bukan juga pengarang jantungku,
tapi kau sebelah sayap yang terbang bersama ku sampai ke syurga.


Kek Tapak Kuda By Azra Perisa Matcha Crunchy

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Jumaat lepas sahabat baik Cuya, dak Huda ni dia promot satu kek kat Cuya ni. Memandangkan Cuya pon dah lama tak membeli kek, so why not kan? Cuya pon pilihlah perisa Matcha Crunchy. Katanya hampir sold out perisa ni.




Kalau nak potong, cari pisau yang memang tajam kalau tak jadi macam dalam gambar, terhancur pulak.Hehe. Kawan Cuya kata sedap kalau dimakan setelah keluar daripada freezer. Ehhh memang sedap wak!

Terasa manis sebab ada Nutella yang banyak. Tak kedekut! Matcha dia pulak memang crunchy macam biskut. Kek dia pula lembut je...

Pokoknya Cuya bagi 10 bintang! Tapi tak boleh makan selalu, gemuk nanti daku! Hahaha . Ibu Cuya walaupuin dia kata manis, tapi dia tetap makan. Kalau ayah memang suka sebab dia sweet tooth macam Cuya. Like father like daughter gitu




Tak menyesal lah beli. Sesekali kan makan, sedap juga. Kenapa dipanggil tapak kuda? Bila dipotong memang nampak macam tapak kuda. Siapa yang taktahu macam mana rupa tapak kuda, silalah Google. Hehe

Cuya tak pasti mana korang boleh order kek ni, mungkin boleh Google atau cari di Tiktok.

Nyesal kalau tak cuba!

Sunday, July 23, 2023

Komik Adab Kanak-kanak ( Adab Masuk Tandas)

Assalamualaikum, Hello Coconuts! Seperti di entri yang sebelum ni, Cuya ada share komik yang Cuya dan kawan-kawan reka bersama. Jadi Cuya sharekan episod kedua.

Untuk pengetahuan semua, nama watak-watak ni adalah nama Cuya dan kawan-kawan sekumpulan Cuya sendiri.

Nak tengok episod pertama klik sini ->  Komik Adab Kanak-Kanak (Adab Masuk Rumah)










To be continueee...

Stay tuned!




Friday, July 21, 2023

Komik Adab Kanak-Kanak (Adab Masuk Rumah)

Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Masa Cuya semester 5 degree di UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Cuya ada satu subjek ni namanya Islamic Tourism. Masa tu kitaorang satu kumpulan memang kekeringan idea untuk subjek ni. Sebab kami kena inovasi produk muslim. Tapi semua cadangan kami dan pelajar lain banyak ditolak. Pening gila masa tu.

Last-last Cuya cakap jela nak buat komik islamik walaupun Cuya macam yakin tak yakin je. Walaupun Cuya tak berapa pandai melukis, tapi Cuya tawakal jela. Lecturer kami pon terima dengan cadangan kami.
Walaupun kami bersyukur sebab akhirnya diterima, tapi pada masa yang sama takut.

Namun begitu, kami berjaya juga cipta komik islamik tapi untuk kanak-kanak. Jadi lukisannya bodoh-bodoh je. Jangan kecam ya korang, walaupun Cuya boleh melukis tapi Cuya tak practise hari-hari.

Cuya ingat lagi kawan Cuya cakap komik Cuya boleh beli dekat Ecoshop je. HAHAHAHA..Kejam seyh mamat tu. Cuya sembelih juga kawan Cuya ni. Nasib baik member.  Takpe, sekurang-kurangnya kami usaha, orang lain  lagilah tak boleh melukis..nak ngata orang konon. hehehe

Jangan expect komik ni macam dekat pasaran tau. Ni komik kanak2 level 0.1..bukan level 1 tau! HAHAHA Memang komik bodoh-bodoh, janji lulus je!















Ni episod pertama. Adab masuk rumah. Nanti next episod Cuya share next post la ya! Lukisan asas memang dilukis Cuya sendiri, asal boleh jela. Tangan Cuya ni kan kaku , al maklumlah dah lama tak practise melukis. Hehe. Janji adalah!

First time seumur hidup lukis komik untuk assignment. Sebelum ni lukis suka-suka je dalam buku. Kononnya pensyarah nak publish, tapi Cuya rasa tak patut publish sebab terlalu simple. Masa tak cukup nak buat yang terbaik! 

Alhamdulilah, result kami baik saja. Takdelah boom gitu. Hahaha


Jumpa korang next entry.
Adios amigos!



Sunday, July 16, 2023

Review Buku Letters From My Heart Vol II




Assalamualaikum, Hello coconuts!

Cuya baru sahaja selesai membaca buku Letters From My Heart Vol II daripada influencer kegemaran Cuya iaitu Aisyah dan Abang Alif. Sebelum ni Cuya ada review buku yang pertama, Letters From My Heart . Korang boleh la klik link kalau nak baca.

Berbeza antara Vol I dan Vol II adalah dari segi tema pengisian buku ini.

Vol I - General
Vol II- Persahabatan, percintaan dan perpisahan.

Vol II lebih menyentuh hati Cuya sebab tersangat kena dengan situasi Cuya. Cuya putus cinta dan kehilangan kawan. Cuya sangkakan kehilangan kawan tidak akan sakit, namun ianya jadi lebih teruk selepas membaca buku ini. Lagi sakit kehilangan kawan daripada kehilangan kekasih.

Lagi-lagi bila Cuya membaca buku sambil mainkan lagu piano yang sedih di youtube. Tiba-tiba sahaja air mata jatuh menyembah bumi. Aaahhh sudahh. Nasib baik Cuya masih mampu mengawal emosi dan tidak mengeluarkan esakan tangisan. Kalau tidak malu didengari ibu. Nak nangis pon kena pandai cover tau!

Orang kata, kalau kita membaca atau mendengar apa-apa sahaja yang berkait rapat dengan kita, kita akan jadi lebih emosional. Ibarat kita tengah sedih, kita dengar lagu galau yang mendayu-dayu. Lagi sedih! 







Sebahagian kata-kata dalam buku ini.

Kata-kata dia nampak simple tapi kalau kena pada situasi memang sakit terasa dalam di sanubari. Bagai dihiris pisau belati! Dia sedih tetapi pada masa yang sama dia memberi motivasi yang tinggi pada Cuya untuk move on daripada masa lampau. Ada juga terselit ayat daripada al-Quran.

Kita nak sedih, sedih juga. Tapi janganlah lama-lama. Cukup sekadar untuk melepaskan dan melegakan hati kita. Manusia mana yang tidak merasakan kehilangan dalam hidup? Semua orang merasakannya. Lainlah kalau kita memang hidup sendiri dan tidak mempunyai kawan atau tak pernah ada pengalaman bercinta. Mungkin dia kehilangan perasaan barangkali.

Apa-apa pon buku Vol II ini juga bahasa Inggerisnya mudah, malah lebih mudah daripada Vol I. Kalau di Vol I Cuya berjaya mencari 31 kosa kata bahasa Inggeris yang baharu, di Vol II hanya ada 8 je kosa kata yang baru pada Cuya. Bagi Cuya, orang yang ada asas bahasa Inggeris  boleh fahami dengan tersangatlah mudah.

Dictionary Cuya untuk buku Letters From My Heart Vol II

Alhamdulilah, Cuya puas hati dengan buku ni. Berbaloi-baloi la untuk seketul Cuya baca. Baca buku ni sekejap je dah habis pembacaannya. Lagi-lagi kalau orang dah biasa baca laju, ayat pulak pendek-pendek.

Cakap banyak pon tak guna, korang kalau nak tahu lebih lanjut kena baca tau. Beli je kat Tiktok bila Hijanah buat live. Murah dan berbaloi. Kalau taknak beli time live pon takpe, beli je sementara stok masih ada.


Sekian sahaja review Cuya. Nantikan next review! (Kalau ada masa la...eheks )
Adios amigos!