Followers

Thursday, November 30, 2023

Menghitung Hari Terakhirku

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Rasanya lama Cuya tak update perkembangan terkini Cuya di tempat kerja Cuya. Tup tup dah nak habis dah tempoh On Job Training Cuya selama 3 bulan. Minggu depan adalah minggu terakhir Cuya sebagai pekerja sana. Perasaan? Hermm.... Sedih ada, gembira pon ada. Campur baur la.

Sedih sebab lepasni susah nak jumpa ofismate Cuya. Mira, Syaza and Faris. Tak lupa juga pada staff lain yang banyak tolong Cuya. Kak Jes, abang Epul, abang Fauzi ,Che Man dan juga Zaidi. Yang paling penting pegawai Cuya, Kak Aina. Kalau kak Aina tak approve Cuya masuk kerja, Cuya tak merasa semua ni.


So harini Cuya nak share gambar Cuya selfie dengan ofismate Cuya. Tapi Faris takde,sebab dia jarang suka bergambar, lagi-lagi budak perempuan je jenis huhahuha. Marilah kita enjoy gambar kami!
@nacuyaa

So pinky today ☺️ #outfittransition #outfitstransitions #ootdtransition #ootdfashion #ootd

♬ original sound - Unreal Margot Robbie


Sebelum tu kita tiktok duluan. Buat transition gitchuu..
heheheh


Ni baju yang Cuya beli di tiktok. Baru first time pakai. Terang gila kan warna? dia macam...
IT'S SOOO CUYAAAAA

@nacuyaa

Favourite lollipop 🍭 #povs #lelakiberkacamata #sukalelakiberkacamata #pointofviews #povperempuan #povkacamata

♬ original sound - Nacuyaa - Nacuyaa


Sempatlah buat tiktok time rehat, kemahen!


Peace no warrrr


Love Arm satu kali!

Selfie tanpa Syaza , Syaza lagi sakit di rumah. Barangkali sedang nonton korea di Tab nya.

Nak lawan? Lai lai!

I love the vibe in this photo. Nampak happening!

Main cak-cak di balik pokok.


Ikut gaya posing Dma Islam yang viral kat tiktok. elaport port...

Posing gaya Alpha

Baru nak ada gambar proper, si mira ni spoil kan lak.. hahahha


Nak lompat tapi timing tak kena lak. Cis. Maka jadi lah posing gini heheh


Cuya suka gambar ni, sebab nampak bonding bagus antara kami.. Ceh!








Ada dah geng trio.

Alpha pose. Hahaha


Peace no war modified

Love arms

Masing-masing semua pakai baju lain-lain. Sorang memang formal, sorang macam nak gi sukan, sorang gaya casual.


Posing 0.5 ! Selalu posing gaya ni trending la dekat tiktok sume. Orang muda mungkin tahu la kot.

Inilah dia trio yang buat kerja sama-sama, kena marah sama-sama, berpeluh , lepak, datang lambat, rehat awal...sume sama-sama. HAHAHHA

Cuya dan mulut nganga berpisah tiada.



Harini takdelah nak wish perpisahan ke apa, tu wish kemudian la ehh
Kita share gambar happy2 jela. Tak mo nangis-nangis ya. Hehe








@nacuyaa

Nak satu bole? 🤭🍭 #povsmalaysia #povs #povsperempuan #povslelaki #povskelakar

♬ original sound - XVX - XVX


Masih lagi POV ..memang taste Cuya gini. Jangan kecam ehh HAHHAH 


Time mood rajin nak bertiktok, baru ler rajin nak buat video bagai..Kalau malas, malas juga.. Hahah



Tuesday, November 28, 2023

November 2023 Giveaway









Di bawah ini merupakan syarat penyertaan : 

1. Wajib follow blog ini. Blog mesti open bukan private sepanjang giveaway ini berlangsung.
2. Post gambar poster di atas di blog korang dan backlink kan kepada entri ini.
4. Pilih 1 sahaja design 1g emas Public Gold klik di sini. Tuliskan mengapa korang pilih design itu. Design yang korang pilih inilah yang akan menjadi hadiah giveaway ini.
5. Letak link entri penyertaan korang pada ruangan komen di bawah.





4. Pilih 1 sahaja design 1g emas Public Gold klik di sini. Tuliskan mengapa korang pilih design itu. Design yang korang pilih inilah yang akan menjadi hadiah giveaway ini.








Pilihan gold pelbagai rupa,
sehingga diri rambang mata,
Antara gold ini semua,
Durian yang paling mempersona


Kalau ditanyakan kenapa,
jawapannya mudah saja,
durian kegemaran saya,
malah kegemaran keluarga.

Durian penuh nostalgia,
Mengingatkan pada atuk nenek tercinta,
Makan durian penuh gaya,
Perut kenyang hati gembira

Raja segala buah itulah durian,
warna dan bau menawan,
baby you're number one,
bikin hati tertawan.

Atuk punya kebun di kampung,
Kebunnya penuh dengan durian,
Banyak durian yang terapung,
akhirnya jatuh menjadi makanan.

Cuya pon bukanlah pengumpul emas,
emas yang Cuya ada pon diwarisi daripada ibu

Al-fatihah untuk aki dan makwan 💗💗💗





















Monday, November 27, 2023

Nieyl Mencari Bloglist Baru


Syarat-syaratnya :


1.       Follow blog seindahcerita Follow Instagram @nieylanadia 

2.      Blog yang aktif dan rajin tinggalkan komen

3.     Buat entri bertajuk Nieyl Mencari Bloglist Baru

4.     Jangan lupa buat entry di Blog Masing-masing

5.     Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini okay
















Bila Kau Terpaling Arab

@nacuyaa

Terpaling Arab 😂😂 #arabiannights #arabiannightstrend #arabiannightschallenge #arabiannight

♬ original sound - Nacuyaa - Nacuyaa



Terlebih ramuan arab ni. HAHAHHA

Ada macam tengah mengaji tak? kikiki

Muka main peranan ya... hahaha

Trend ni asik lalu fyp Cuya, jadi Cuya pon cuba jela XD 

Saturday, November 25, 2023

Suprise Konvo!




Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Cerita konvo ni memang tak habis ya, masih tak boleh move on. Rasa macam mimpi dan Cuya masih tidur lagi.

Dan Cuya terima a few surprises daripada orang sekeliling. Gonna save here supaya ingat sampai bila-bila.







Ada orang tu sweet sangat bagi kita hadiah konvo. Memang tak jangka. Tahu-tahu je dia cakap macam ni. Haish lemah kitaa...  

Dah lama berkawan, jumpa pon tidak. Padahal satu kampung. Kelakar tak? HAHA
    Dia pulak ada no bank kita, suka dia je transfer ke kita. Semoga Allah merahmati awak selalu, dan dikurniakan syurga Allah tertinggi. Aamin 



Jadi Cuya beli lah Loaded Potato Bowl Marrybrown sebab suka sangat yang ni.Sedap!


Pastu beli puding buah kastard. Sedap gila! Semua ni beli dekat tempat kerja Cuya je




"Happy Graduation Day Cuya 💓 muah xoxo"

Pastu dapat kejutan kek keju daripada ofismate. Ya Allah terharu gila. Tak sangka diorang celebrate.
Sweet betul diorang ni, unexpectable betul! 

Masheh guys, Cuya love you!




Cuya potong pakai parang je guys..HAHAHA
Tu sebenarnya fon case baru Cuya. Macam parang betulkan?
Memang seharian jadi bahan lawak antara kitaorg kat ofis. Hahahha


Cuya beli casing ni sebab unik dan kelakar. Hahah




Dapat suprise box daripada Cikgu Amirah. Cikgu Amirah ni cikgu Cuya masa Cuya form 2 .Sekali tu je dia mengajar Cuya lepastu pindah tak silap Cuya.

Ceritanya Cuya contact balik cikgu sebab Cuya terbaca posting di blog cikgu . Tapi Cuya tak tag lah blog cikgu atas permintaan beliau sendiri,

Beberapa hari lepas Cuya ada jawab teka-teki cikgu di blog beliau, Cuya teka muka cikgu masa kecil. Tak sangkalak tekaan Cuya tepat. Sekali cikgu contact Cuya di Tiktok menyatakan Cuya dapat hadiah.

Bila sampai hadiah dia, suprise la...hadiah sempena konvo.


Alhamdulilah dapat telekung, cantik sangattt.. Dapat beserta tasbih



Tak sangka dapat telekung, sebab baru-baru ni memang Cuya nak cari telekung. Duk cari kat Tiktok bagai..

Allah tahu apa yang hambanya mahu, lalu datang rezeki yang tak dijangka. Alhamdulilah
Terima kasih Cikgu!

Moga Allah pelihara cikgu walau dimana pon cikgu berada dan sentiada dirahmati Allah di dunia dan akhirat. Saya sayang cikgu! 💖



Suprise bouquet crochet buatan tangan sahabat Cuya Aimi.
Satu-satunya classmate yang bagi bouquet. Haish mana tak sayanggg

Masa kelas online memang kerap kitaorang contact. Gosip2. Hahahha
Dulu zaman belajar, Cuya ajak dia keluar...dia jugak yang teman walaupun dia malas dan tak suka nak jalan. HAHAH

Moga Allah beri kecemerlangan dunia akhirat buat sahabat baik saya Aimi Najihah..May Allah bless you always!

Cuya sayang Aimi! eheks









Ayah tengah on call guna parang Cuya sebab coverage line dia bagus dan penggunaan antena yang padu.

HAHAHAHAH

Berdekah Cuya dengan ibu gelak tengok gambar ni. 😂😂😂😂



Cuya selalu doa supaya dikelilingi orang baik, ternyata Allah telahpon memakbulkannya.

Terima kasih semua sebab ada bersama Cuya, 💗💗💗