Asyik-asyik
cuti kat luar negara or negeri je. Bila kita nak bercuti kat tempat yang dekat
ngan kita? Korang pernah rasa macam taknak pergi jauh-jauh tapi nak duduk dekat
hotel yang ada swimming pool, takyah pikir untuk mengemas, makan pun takyah
masak. Cuma kena spend duit sikit je dan book hotel in Kuala Lumpur melalui Traveloka je. Haa mesti korang pikir camtu kan. So
aku nak listkan sebahagian hotel yang interesting untuk korang stay kat KL.
Korang yang duk luar KL pun boleh try stay kat hotel-hotel yang akan aku
suggest ni.
Parkroyal
Kuala Lumpur ni ialah hotel 5-bintang yang dikendalikan oleh Pan Pacific Hotels
Group, terletak di tengah-tengah business centre, pusat membeli-belah dan
entertainment di Kuala Lumpur. Jarak dia 45 minit dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur dan hanya beberapa minit dari Pusat Bandaraya Kuala
Lumpur (KLCC). Bilik kat sini pun comfortable dan bersih sesuai untuk
pembersih. Customer service pun 5 star punya service. So kalau rasa nak
betul-betul selesa korang boleh try hotel ni.
Parkroyal Kuala Lumpur
Bilik di Parkroyal Kuala Lumpur
Tempat untuk makan buffet di Parkroyal Kuala Lumpur
Satu lagi
hotel 5 bintang kat KL ni ialah Majestic Hotel Kuala Lumpur yang dibina pada
tahun 1930-an dan disenaraikan sebagai salah satu hotel paling hebat kat Asia
Tenggara. Daripada korang check in sampailah korang nak check out nanti staff
hotel akan memberikan servis yang tiptop. Front desk sentiasa akan ada untuk
tolong korang just in case kalau korang ada masalah. Kat hotel ni juga ada spa
untuk sesape yang nak massage. Ada jugak gym dan swimming pool. So alang-alang
korang kat sini nanti try la semua baru tak rugi.
Majestic Hotel Kuala Lumpur
Bilik di Majestic Hotel Kuala Lumpur
Kolam renang di Majestic Hotel Kuala Lumpur
Menghadap
Petronas Twin Tower dan bersebelahan dengan KLCC, Grand Hyatt Kuala Lumpur
adalah sebuah hotel mewah bertaraf lima bintang yang terletak di tengah-tengah
shopping centre dan entertainment Golden Triangle. Ada lebih kurang 411 bilik
tamu termasuk 42 suite, terkenal jugak sebagai salah satu tempat yang paling
banyak menerima booking di KL ni. Boleh buat event sebab kat hotel ni ada
facilities untuk buat apa jenis event pun. Ada 3 restoran yang boleh offer
makanan yang original, sedap dan boleh sendawa lepas makan. haha. Boleh relax
di Spa, mandi swimming pool yang dikelilingi oleh kehijauan tropika atau lepak
gym yang ada complete set untuk fitness. Macam best kan.
Grand Hyatt Kuala Lumpur
Bilik di Grand Hyatt Kuala Lumpur
Kolam renang di Grand Hyatt Kuala Lumpur
Direka
untuk memenuhi keperluan business dan pelancong yang mencari penginapan, The
Gardens-A St Giles Signature Hotel & Residences, panjangkan nama dia? Hehe.
Terletak di tengah tengah Kuala Lumpur yang vibrant di kawasan The Gardens, Mid
Valley City. Lokasi strategiknya dicampur dengan layanan mesra Malaysian style
akan mengubah penginapan hotel biasa korang menjadi pengalaman yang benar-benar
best. 647 bilik hotel utama dengan 448 guestroom yang elegan di The Gardens
Hotel dan 199 serviced residence di The Gardens Residences memberikan
keselesaan yang menyeluruh dengan decor yang direka dengan baik dan ada elemen
kontemporari. Privasi terjamin untuk korang kerana terdapat pintu masuk dan
lobi yang berasingan untuk setiap akses. The Gardens-A St Giles Signature Hotel
& Residences merupakan hotel pertama di Malaysia untuk menawarkan
persekitaran non-smoking di seluruh bilik dan kawasan tertutup.
Gambar-gambar pemandangan di dalam dan luar The
Gardens-A St Giles Signature Hotel & Residences
Connected
dengan The Gardens Mall, ia dikelilingi oleh tempat membeli-belah yang
mempunyai nama-nama yang popular seperti Robinsons, Isetan, Premier Golden
Screen Cineplex serta lebih daripada 200 butik berjenama dan international
office di The Gardens North & South Towers. Tak dinafikan, Mid Valley City,
Kuala Lumpur merupakan salah satu destinasi kegemaran Malaysian yang ada banyak
aktiviti rekreasi, perhotelan, bisnes dan pejabat yang paling menarik di Asia
Tenggara. The Gardens-A St Giles Signature Hotel & Residences adalah
pilihan yang bijak dan penuh dengan inspirasi.
Atas ni
antara hotel-hotel yang ada kat KL ni yang mewah dan make sure experience
korang awesome dan tak merugikan. Dont forget guys, book hotel yang korang nak
stay di Traveloka. Confirm puas hati.