Sorry sebab lama menyepi sebab assignment melambak wei!!!
Apa boleh buat ,sekarang kan sibuk kelas online.Memang tak dinafikan,semasa permulaan kelas ,agak stress...tapi lepas dah lama-lama....bertambah stress! Ehh???
Hahahah...
Kerja dia bagi,macam hari2 ada kerja.Ya Ampun~
Apa apa pon,itu bukan tujuan utama Cuya tulis entri kali ni.Harini Cuya nak share review tentang satu headphone yang Cuya baru jumpa.Sebelum ni,Cuya pernah nampak headphone ni dekat insta, masa tu dah berminat..cuma tak terfikir nak beli.
Cuya sebenarnya sibuk duk usha headphones dekat Shopee,tapi tak tahu nak beli yang mana.Kawan nasihatkan beli yang mahal.Akhirnya Cuya cari headphone yang Cuya nak dekat ig,Cuya ws owner dia.Tapi sayang dah habis stock.TAPI!!!
Cuya tak putus asa,tetap cari dekat shopee brand sama dan Alhamdulilah Cuya jumpa! Jadi Cuya banding-banding kan harga,dapatlah jumpa kedai yang jual murah sikit la.
SODO MH3
Apa macam?Stylo tak?Warna ni je available kat kedai tu...apa boleh buat
Harga?
RM69.90
Bolehlah..tapi first time beli semahal ni.UHUK!
Cuya punya pujuk ibu untuk belikan ni.
Sebab bagi dia buat pe beli mahal2 untuk headphone.
Nasib baik Ibu dengan ayah baik hati ,dan member keizinnan pada Cuya.
Okay!
Apa yang menarik pada headphone ni?
Oh,dia ada bluetooth,ada mic,,bole insert kad ,bole dengar pakai wayar atau tanpa tapi perlu on suis.
DANNNN
YANG PALING BEST ADALAH...
JENG JENG JENG...
TENGOK VIDEO BAWAH
Cuya buat review khas untuk headphone ni.Quick Review jela..
Sebelum korang tengok video di bawah,Cuya nak tanya...
Siapa minat drama Korea Goblin??
Kita sama!! Sep sikit!
Cuya senanya bosan,jadi Cuya mula jadi terlebih rajin nak buat lirik untuk lagu I Miss You-Soyou
sebab Cuya suka gila lagu ni,.Jadi Cuya decide untuk buat lirik dia in Bahasa.
Sorry kalau audio kualiti tak berapa elok.First time Cuya upload menyanyi kat youtube semata nak korang dengar.So..dengarkan~
[Goblin OST ] I Miss You Malay Version-Nasuha Fadzil
5.. Buat satu blog post penyertaan dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini. Letak link resepi korang tu dlm post penyertaan ni.
6. Tinggalkanlink penyertaan korang di pust ini. Tu je,, Senang kan.
Tarikh tutup penyertaan pada 5 May 2020
P/S: Kalau korang takde entry resepi dalam blog, jangan risau ye, korang boleh ambil mana-mana resepi dalam blog mama dan letak dalam post korang. Jangan lupa letak credit utk mama tau. Resepi mama di sini.
Dari semasa ke semasa mama akan random pilih resepi peserta dan share dalam blog mama ni. Jangan risau nanti mama akan credit pada owner nanti. Mama akan senaraikan nama peserta mengikut link resepi di blog mereka nanti. So, bolehlah kita tengok-tengok resepi yang ada dalam segment ni kan..
Hadiah:
4 orang pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi RM 50 setiap sorang. Mama akan buat undian, insya Allah.