Followers

Sunday, March 29, 2020

Lagu Dia Putera by Cuya

Assalamualaikum ,Hello Coconuts!Harini Cuya nak share lagu pertama Cuya reka masa form 4 dulu.
Dengar dan komen ya!
Lagu ni takde music background,korang dengar jela gitu eh.Memang tak buat music.hehehe







Kalau tak bole dengar, klik link di bawah


Cuya pon taktahu,certain org boleh play lagu ni..certain org tk bole..
Maybe kalau semua login blogger baru boleh kot?Entah..
aduh..sape reti masukkan audio dlm blog entri?



Dia Putera


Dia hadir tanpa ku pinta,
Tidak pernah aku sedar,
Selalu cuba mendekatiku,
Dalam diam kau suka aku.

Bukan aku tidak terima,
tapi aku belum sedia,
menerima cinta yang ada,
takut aku diperdaya.

Entah kenapa tiba-tiba,
hati jadi gundah gulana,
bila melepaskan dia,
aku gila~

Mungkin ini namanya cinta,
aku saja yang terleka,
tidak sedar dia depan mata,
dia la putera..

Lalalalalala~
Lalalalaala~
Tu rut rut tut tut..
Yeah eh eh eh..

Dia putera~




Let me know,kalau korang nak dengar lagu rekaan Cuya lagi ๐Ÿ˜‡

Saturday, March 28, 2020

How People Describe Me?

Assalamualaikum,Hello Coconuts!
Harini Cuya nak share "How people describe me?" Game ni game yang "Reply Hi and i will describe you".Jom baca apa orang kata tentang Cuya





















Now you know me kan?Haha..Overall orang kata Cuya ni banyak cakap,peramah dan kelakar.Kalau nak tahu Cuya cane,macam diorang describe tula.Sama tak macam Cuya di blog?Maybe kurang nampak la sebab Cuya tak banyak menulis.Hehe

Korang lak,tak nak describe Cuya ke?hehe๐Ÿ™ˆ

Thursday, March 26, 2020

Segmen Bloglist 2020 Cida





We have men and women,
We have house to be rent,
This such a beautiful segment,
Let's join ma friend!


Wednesday, March 25, 2020

KEDAI RM 2 ECO SHOP HAUL & GIVEAWAY!

Assalamualaikum,Hello Coconuts!

Hari Cuya nak share tentang Giveaway tapi bukan di blog,khasnya di Youtube.




KLIK GAMBAR UNTUK JOIN 

Ayuh rakan teman semua,
Giveaway menarik sudah tersedia,
Menang kalah belakang cerita,
yang penting kita join sama!

Vloggernya manis tampak ceria,
Kongsi cerita kongsi bahagia,
Video menarik tampil bergaya,
Jom kita terjah sana!

Apa yang menarik tentang vlognya,
ada makan ada jalan,
ada variasi jalan cerita,
video menarik memang tertawan.

Bunga raya sungguh mekar,
Dipetik pula pak Karip
Terkadang serius terkadang kelakar,
Korang jangan lupa subscribe.





Makeup

0r

Random things.







How to join the giveaway?


1. Subscribe my channel & like this video
2. Follow @beautymaniacss on Instagram, kalau follow @hidayahfauzii sekali tu bonus :p
3. Reason what make you watch my video & what should I improve in my video
5. Extra point for those that screenshot this video & post on your instastory (tiada paksaan)
4. Keep commenting in any of my videos. Be active so that I will notice you hehe!
Lets be friends:
Oh yaaaa jangan lupa subscribe dan like supaya aku lebih bersemangat untuk upload video heheee ๐ŸŒป
Anyway, your comments are warmly welcome!







Ayuh kawan kita join sekaki!
Kalau menang hadiah diberi,
Bole juga kita kongsi,
itupun kalau sudi. ๐Ÿ˜‚













Saturday, March 21, 2020

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI










SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 February 2020 sehingga 11.59 malam 24 March 2020. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 4 pemenang bertuah dicari.


Sila jawab soalan ini dan ianya WAJIB "Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?"



So kalau Cuya join giveaway,memang tak sah kalau tak berpantun.Ayuh dengarkan....๐Ÿ˜†

Assalamualaikum mulanya kata,
Salam sejahtera pembuka bicara,
Sukanya hati giveaway tersedia,
Mari dengarkan sekata dua.

Januari 2020 mulanya cerita,
Ditanya ia apa yang ceria,
Kata saya exam habis jua,
Cuti semester sudah bermula.

Januari juga ada kisahnya,
Harinya jadi abang tercinta,
Walaupun dia jauh di mata,
Tetap ku beri ucapan juga.

Januari juga kuhabiskan masa,
Bersama ayah bonda tercinta.
Duduk di rumah memberi bahagia,
Kerna dekat dengan keluarga.



Kesimpulan pantun ini,Cuya nak cakap..masa Januari lepas,Cuya baru habis exam dan kemudiannya ada cuti semester.Lepas tu 3 Jan pula harijadi abang Cuya.
Kemudiannya masa selebihnya dihabiskan untuk bersama keluarga di kampung.

Walaupun cerita Cuya biasa2,tapi bagi Cuya inilah perkara yang menceriakan bagi Cuya.
Kebahagiaan seseorang itu bergantung pada dirinya sendiri.Dia yang memilih untuk bahagia atau sebaliknya-Nasuha ๐Ÿ’•

Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 di Mialiana.com bermula pada 11.00 pagi 21/3/2020 sehingga 11.00 pagi 22/3/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #36 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2020.

** jom support Mia Liana....


Ayu sungguh si rupawan,
manis sekali ditatap mata,
Ayuh kawan ayuh teman,
Segmen menarik telah tersedia.

Kalau berminat senang saja,
klik gambar diatas sana,
Tak rugi join sama,
ada rezeki terpilih jua.





Friday, March 20, 2020

Count Until Three


It was a late night,
I am not sure we are having a fight,
Then the music starts so light,
Feeling wanna hug so tight,
Is it a kiss?Yes we might.


Tell me you love me so,
I need you thou,
Count until three,
and be with me.

Everytime you are around,
My heart pounds,
You may love to hear the sound,
Let me spread my love one round.

 Tell me about it,
about the time you need me,
about the time we're goin crazy,
you are so lovely,
please,
Count until three,
and love me.

Image result for three

Pencarian Bloglist 2020 by MK





Buah durian sedap dimakan,
Sedap dimakan begitu saja,
Ayuh kawan dan juga teman,
Pencarian bloglist sudah tersedia.



Thursday, March 19, 2020

Nailogical By Cuya

Assalamualaikum ,Hello Coconuts!

Ya,seperti semua tahu isu terkini satu dunia adalah Covid 19 yang semakin merebak.
Dan semua orang tahu juga setiap IPTA dan IPTS diarahkan untuk tutup.

Masa mula-mula Cuya balik kolej ,abang dah cakap dah... "Nasuha, U lain dah diarahkan buat kelas online.Nanti kau tunggu je arahan Uitm."

Cuya dah macam...Serious la kelas online?
Then, hari yang sama Cuya dapat arahan macam abang Cuya cakap.The next day, dapat arahan untuk balik rumah pulak.

Cuya sebenarnya tengah berbisnes untuk subjek Entrepreneur (ENT)Hah..dah alang-alang Cuya cakap ni, jemput like page Cuya.

NAILOGICAL BY CUYA (LIKE TAU!!)

The best part is,sebelum Cuya balik Cuya dapat berniaga dan dapat Sales melebihi harga sales untuk subjek ENT ni. Alhamdulilah...sesungguhnya inilah rezeki yang Allah beri yang tiada habis-habisnya.

Cuya buat servis kilatkan kuku dan juga jual produk2 untuk kuku.Yang kelakarnya, customer pertama servis kilat kuku tu pensyarah! Cuya tak pernah menyangka pensyarah pon  berminat dengan servis Cuya.Dan yang seronoknya Cuya dapat tips tau! Bukan tips (cara2)  tapi tips (Duit tambahan ).

Rasa kelakar pon ya tapi tulah..rezeki Allah nak beri.Alhamdulillah.

Ala mana taknya lecturer buat,servis Cuya cuma RM3 je untuk sepasang tangan! Murah kan??
Hah..Kat bawah ni Cuya sertakan gambar servis yang Cuya buat.


SEBELUM

SELEPAS



Yang bawah ni semua selepas,lupa lak nak amik gambar sebelum.Hehe





Masing-masing puas hati .Siap kata lepas ni nak buat setiap bulan.Kuikuikui.

Lecturer kata mana ada orang nak buat servis ni kat UITM.Cuya rasa Cuya first la kot.
Lepas tu siap dapat nasihat dapat Madam dari kos Finance tentang cara penjualan Cuya.
Lepas ni Cuya akan perbaiki apa yang patut.

Cuya dah siap beli sarung tangan plastik ,dan mask muka.
Hand sanitizer pon dah ada untu kelengkapan servis mendatang.

Cuya berdoa agar semua rakyat Malaysia dapat mengelakkan diri daripad dijangkiti wabak Covid 19.
Amin...

Segmen Pencarian Bloglist aimanabdullah.com 2.0



Segmen Pencarian Bloglist aimanabdullah.com 2.0


Buah berangan masaknya merah,
 Kelekati dalam perahu
Segmen menarik sudah tersedia,
Mari join kalau mahu.

Cantik gadis cantik permata,
Cantik lagi si dara tua,
Pencarian bloglist 2.0 punya,
Jom kita memeriahkan sama!

Tuesday, March 17, 2020

GIVEAWAY TEKA HARGA STATIONERY BY REDZA CHANELZ




TARIKH TUTUP : 25.03.2020 @ 11.59pm

Rading Melanau datang ke mari,
Membawa hadiah emas berlian,
Ayuh teman semua sekali,
Giveaway menarik buat tertawan.

Burung merpati terbangnya tinggi,
Terbangnya ia sampai ke sini ,
Hadiah diberi menarik sekali,
Rugilah kalau tak join sekaki 

Ikan gelama ikan nuri,
Mudah didapati di pasar tani,
Syarat diberi mudah sekali,
Semuanya sudah saya patuhi.







Sunday, March 15, 2020

Saya Mahu Produk CREATIVE UNITED Psan!



Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara,
Pemanis kalam awal kata,
Awal bismilah pembuka bicara.

Tinggi sungguh pokok sena,
Tinggi lagi cinta kita,
Giveaway menarik sudah tersedia,
Ayuh semua join sama.

Pergi singgah ke negeri Melaka
Datang membeli ikan nuri,
Syarat2 mudah belaka,
Rugi kalau tak join sekali.

Dagang Pak Malau dagang melipat,
Dagang hamba tuan nak sebat,
Ayuh kawan ayuh cepat,
Siapa cepat dia dapat!




Bunga melati dipetik orang,
Tanda hati mula dicuri,
Dalam banyak2 barang,
Beg ni paling berkenan di hati.

Sebab diri tak pernah memiliki,
Beg lukisan rupa sebegini,
Wajah makanan penuh dihiasi,
Andai memiliki sukanya hati.

Memandangkan diri suka makan,
Beg ini sangat bersuaian,
Bukan sahaja unik menawan,
Malah kacak dan tampan.(kuikuikui)

Beg sling pilihan hati,
Sebab warna-warna ceria
Cantik dipandang mencuit hati,
Kalau sudi tolong sedekah.๐Ÿ˜‚

Memandangkan usia masih muda lagi,
Beg sling sesuai digayakan,
Untuk pergi ke kelas atau parti,
Bergaya sambil mandi atau makan. (pon hado?)

Ikan kekek mak iloi2,
Ikan gelama mak ilai2,
Harga pon berbaloi2,
Terasa nak mengilaii(tiberrr..)

Sling beg kesukaan diri,
Senang digayakan itu pasti,
Lagi2 untuk kita yang muda lagi(uhuk!)
Memberi keyakinan yg tinggi!

Syarat semua sudah diikuti,
Moga ada juga rezeki,
Buat aku kamu disini,
Mari join sekaki!






Tag


P.s-Ni dah kali ketiga aku tukar gambar beg,sebab setiap kali ak refresh laman web creative united tu,beg dia tukar2 design.aku confuse HAHAHA.

Akhirnya baru aku faham,memang bole tukar design.Alahai bodohnya diri..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
Sekian,kisah sengal aku.