Wednesday, November 9, 2011

Mega Giveaway CPB : Mehlah Kritik Kalau Berani






LAST 30 November 2011

Salam perkenalan saya ucapkan,
kepada saudara saudari yang budiman,
terima kasih saya ucapkan,
kerana merajinkan diri datang ke blog saya ini.

Hari ini saya berbesar hati,
mencemar duli menjoinkan diri,
Giveaway Mehlah Kritik Kalau Berani,
nama diberi,
oleh cik Puan bunga yang comel sekali :D

Kulayari blognya,
comel belaka!
rasa cemburu mula menerpa,
agak-agak,apa kurangnya ya?

Headernya cantik,
blognya menarik,
cursornya bunga,
secantik dn semanis CIK PUAN BUNGA pulak gayanya!


Ku layari blognya semula,
Berjanggutku tunggu lama,
10 saat ku kira masa,
mungkin lebih rasanya?

Loadingnya kemainlah lama,
nak ku hentam komputer di depan mata!
tapi jangan cik puan bunga marah pula ya?
Nanti cepat tua! :D

Kutatap semula blogmu itu,
ku pandang sana dan situ,
daku mula menjadi buntu,
kerana tak kujumpa sebarang kutu.
[mana pulak dtg kutu ni?heheh]

Ku ternampak shoutmixnya,
alahai BESARnya!,
tak dapat kulihat link sesiapa yg komen disana,
ish,marah mula menerpa.
apalah nak jadi dengan cik puan bunga,
ikut suka dia je!

Itu saja kekurangan blognya,
so apa lagi,jalanlah sana!
gerenti korang takkan hampa,
percayalah cakap beta :p

Asyik bercerita tentang blognya,
syarat2nya pula bagaimana?
senang cite saya cut and paste saja!


Syarat - syarat penyertaan :

1. Engkau mestilah mempunyai blog.
2. Engkau mestilah follower blog ini.
3. Engkau mestilah warganegara Malaysia (HAHA)
4. Engkau mestilah suka mandi pagi. (KEHKEH guraulah gurau!)

Ku terjumpa cik belalang,
macam mana ni?Saya suka mandi petang!
[hak..gurau2 je :p]


Kalau korang suka mandi pagi,
jom tengok cara2 menyertai >_<



Cara - cara menyertai :

1. Buat satu entry yang bertajuk "Mega Giveaway CPB : Mehlah Kritik Kalau Berani"
2. Copy paste banner di atas dan linkkan ke entry ini.
3. Selepas itu kritiklah blog .geek in the pink. ini sesuka hati. Tetapi pastikan kritikan engkau orang adalah kritikan yang membina. Janganlah hentam teruk - teruk sangat. Nanti aku nangis. HAHA.
4. Namakan satu entry dari blog .geek in the pink. yang engkau paling suka.
5. Tag 2 orang blogger lain yang engkau rasa sungguh dipercayai untuk menyertai giveaway ini. KENAPA? Sebab, andai kata blogger yang engkau tag itu menang (Tak kiralah hadiah keberapa pun) maka engkau akan menerima hadiah yang sama seperti blogger yang menang tu. Dan blogger yang engkau tag tu kenalah tau yang mereka sedang ditag ye. HEHE.




Sebelum diri ini terlupa,
lebih baikku tag sesiapa!

Tag3

azatiesayang-contest.blogspot.com
http://alyaeyanaqaisara.blogspot.com/


Dalam banyak2 entri,
entri apa yang paling saya geli,
Opss,entry yang palingku suka,
orang kata dah jatuh cinta,
sudah tentu ini pilihan saya

http://puterihati.blogspot.com/2011/09/kau-ni-harap-make-up-je-lahhh-make-up.html

Entri ini buat saya tidak kering gusi,
bukan tak gosok gigi,
tidak kering GUSI,
hati menjadi senang sekali!

saya pun mahu jadi cantik sekali,
jadi saja2 menambahkn ilmu untuk diri,
mana tahu kalau ada rezeki,
sampai masanya nanti,
cantiklah macam cik bunga kita ni! >_<


Asyik bercerita tentang syrat2nya,
hadiahnya pula macam mana?
Relax2,hadiahnya hebaq-hebaq belaka!
Kalo tak percaya,moh KLIK SINI!

Sumenya cantik,menarik kau memang the Bomb!




Saya sudah ke penghujung entri,
sudah pun menjoinkan diri,
anda apa tunggu lagi?
takkan nak goyang kaki?
jomlah join sekali!!

KLIK SINI!!!



Nampak gaya,masa mencemburi kita,
andai ada tersalah bicara,
mohon maaf dipinta ya?
kalau ada jeles dengan kita,
jangan marah ya! >_<

Jalan2 terjumpa lipan,
terima kasih banyak2 saya ucapkan,
kepada penganjur contest yang budiman,
moga hidup sentiasa ceria dan aman :D











2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Terima kasih Tag yer!!

Cik Puan Bunga said...

Kreatifnya entry ni! Suka betullah! ^___^

Goodluck ya insyaallah kalau dah rezeki tak kemana!

SUKAAAAAA!