Assalamualaikum Hello Coconuts!
Semalam Cuya tak sempat update hasil kumpul coins Shopee. Lagipon Cuya tak sempat habis kumpul coins Shopee mengikut tempoh yang diberi sebab semalam Cuya dah ketiduran waktu malam.
Entah semalam letih apa pon tak tahu. Alhamdulillah hari berjaya kumpul coins mengikut tempoh yang penuh, means dah berjaya ambil semaximum coins yang boleh dikumpul dan dikutip.
Cuya akan kumpul sampai cecah 1000 coins baru Cuya akan withdraw sebab maximum boleh withdraw 1000 coins dalam sehari.
Kalau tak boleh je withdraw 50 setiap hari. Tapi Cuya bersabar dulu untuk mengumpul sekali arung baru puas hati nak pakai.
Nampak gayanya kena mengumpul dalam 5-6 hari baru dapat 1000 coins. Sebelum ni Cuya cuma perlu 3 hari je nak kumpul banyak tu, entah di mana silapnya bila Cuya clear data, terus shopee bagi sikit je coins. Sedih betull
Ni baki coins yang ada dalam akaun utama Shopee. Tinggal sikit baki sebab 2 hari lepas Cuya ada beli hadiah untuk anak-anak buah Cuya. Nanti Cuya share, barangnya sedang on the way. Ingatkan harini dah sampai. Nampaknya maybe esok baru sampai.
Cuya bagi pada anak buah yang selalu balik ke Jasin sahaja. Ada 2 orang yang sudah sekolah. Yang kecik sekali Cuya tak belikan lah. Alhamdulillah ada 2 je anak buah yg dekat, kalau nak campur belikan semua anak buah boleh kopak Cuya 🤣
Tak sabar nak bagi anak buah Cuya tu, mesti dia suka hadiah Cuya belikan. Cuya beli dengan harga terpaling murah sebab Cuya kan ada coins, memang banyaklah penjimatan. Nanti Cuya cerita next entry.
Nota kaki: Korang dah join giveaway Cuya ke belum? Klik banner belah kanan atas sekali. View web version baru boleh nampak banner tu.


byknya coin dia.. blom join lg GA.. br sempat nk bloghopping ri ni, sebelum ni touch & go je.. update pun cepat² je
ReplyDeleteHaritu lgi banyak.. sebb dh pakai dh utk shopping hehe
DeleteRajinn awakk
ReplyDeleteTerus berusahaaa
Terima kasih ciknur hehe
Delete