Assalamualaikum, Hello Coconuts!..
Dah hari ke 4, tapi masih belum reach 1000 coins Shopee lagi untuk Cuya withdraw. Bercintaaaa nak menunggunya Yobbb.
Kita masihlah gigih usaha. Harini Cuya belum kumpul lagi coins. Nanti Cuya free Cuya kumpul. Tapi harini Sabtu kan. So banyak la masa free.
Semalam ada event SHAKE COINS dekat Shopee kul 8 malam. Sempat jugaklah Cuya shake phone Cuya. Dapat ler 7 coins. Bolehlah buat raso raso. Hehe. Harini ada lagi rasanya event tu. Kena cek shopee.
Ni coins di My Coins akaun utama untuk membeli-belah. Tinggal sikit sebab dah pakai haritu.
Harini belum check in lagi. Jap lagilah baru check in.
Dah berapa lama Cuya konsisten ni. Dari bulan lepas rasanya. Memang konsisten habis. Setiap bulan mesti ada yang nak dibelinya. Ada target tertentu.
Macam Cuya cakap, segala keperluan Cuya dah dipenuhi. Tinggal kemahuan je banyak.
Kemahuan tu memang macam2 benda kita nak kan, memang takkan habis.
Tengah fikir benda apa yang berbaloi untuk dibeli?
Ada fikir juga nak deko bilik, tapi tu makan kos juga. Jadi sementara waktu ni pakai apa ada dulu. Nanti difikir- fikirkan.
Paling2 pon untuk bilik nak beli
Cadar,
Karpet,
Alas meja.
Nak dekorasi lain takleh, ruang dah penuh. Mungkin boleh tambah pewangi bilik. Meja Cuya memang dah penuh dengan organizer mekap.
Cuya jenis maximalist, jadi meja memang penuh 😂 Alhamdulilah ada organizer, jadi takdelah bersepah.
Tiba2 rasa nak declutter pulak pakaian Cuya, tapi Cuya bukan jenis membeli pakaian. Sebahagian besar semuanya diturunkan atau diberi oleh orang.
Tapi almari Cuya dah penuh, cuma takde niat nak tambah baju lagilah.
Haii nikmat apa lagi aku nak dustakan. Allah beri semuanya cukup, takde yang kurang pon. Alhamdulilah.
Tapi sebagai manusia kenapalah kita sering rasa tak cukup ya? Mungkin lupa nak belajar bersyukur kan? Ya kita manusia yang sentiasa lalai dengan keduniaan. Huhu
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.
Nota kaki: KORANG DAH JOIN LOM GIVEAWAY CUYA? KLIK BANNER BELAH KANAN ATAS SEKALI. SILA VIEW VERSI WEBSITE BARU NAMPAK BANNER.



Rajin Cuya kumpul points ya. Semoga berjaya dapat target Cuya dan boleh beli barang yang Cuya nak.
ReplyDeleteAkak baru pagi tadi terbeli anak pokok di shopee. Pertama kali beli pokok online. Huhu..
Cuya baru2 juga rajin ni. Sebab boleh jimat banyak kan tu saja mengumpul.
DeleteWah rajin akak beli pokok bunga, harap selamat sampai la. Kalau dah memang minat tu memang akan beli juga pokok tu. Hehe
Kegigihan seorang Cuya. Berbaloi collect.
ReplyDeleteBerbaloi2 hehe
DeleteDemi penjimatan berganda haha