Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥
Gigihnya nak taip entri baru. Kena biasakan diri seolah-olah menghapdate status Whatsapp hari hari. Selama ni Cuya cuma rajin update status Whatsapp jer, sekarang bertambah komitmen nak menaip. Nasib baik semuanya dihujung jari manis saya. Hehe
Semalam Cuya pergi ke Kesang Muar. Kalau rumah Cuya di Jasin ni kita panggil Kesang Luar. Di sempadan Johor pon ada Kesang juga. Mungkin semua tempat nak panggil Kesang sebab kewujudan sungai Kesang kot.
Tujuan ke sana sebab nak melawat sepupu Cuya yang baru sahaja dapat gelaran ayah. Yeyy anak buah baru. Baby lelaki, alhamdulilah.
Moga sihat sihat ajer keadaan dia sekarang. Muka dia muka cina sikit sebab sepupu Cuya pon ada keturunan Cina.
Dekat sana kami dihidangkan dengan Mee Bandung. Wahh memang sedap la orang Muo punyaaa
Selfie duluan baru kamuuu
Entah dia kenal Cuya ke tak ,taktahu ler. Sebab muka Cuya dah lain kan. Tapi hensem pulak aku tengok dia ni. HAHAHA
Otak pon dah mengong.
Bercinta menunggu chicken chop Cuya nak siap. Patutnya order Cuya ni dah siap awal, tapi pelayan pergi bagi order Cuya pada mamat tadi tu la! Junior Cuya tu ..
Haiyooo. Nak marah tapi kena sabar. Tak memasal Cuya kena habiskan makanan cepat2 once makanan Cuya sampai sebab taknak makcik Cuya tunggu Cuya makan lambat. Nasib baik tak tercekik!









Fuh! Mesti manis gila teh tu... tengok pun tau
ReplyDeleteConfirm manis! Hahaha
DeleteWahhh kiranya cuya ter serempak dgn ex school mate lah yer tu
ReplyDeleteAah tapi junior Cuya tapi kitaorg macam tak kenal each other masa jumpa. Dia pon tak ingat Cuya kot
DeleteNasib baik junior Cuya yang dapat..kalau orang lain, mau Cuya dah bebel kat orang kedai tu.. hahahaha...
ReplyDeleteBoleh tahan modal nak sewa lampu tu..anak kak Linda pun semua ada kuning.. cuma abang mueez je yang cepat hilang..yang lain semua sebulan
Kesian baby tu, semoga cepat sembuh 🥺🤲
ReplyDeleteAlaa junior derhaka, boleh lupakan akak senior dia ðŸ¤
Kasihan baby tu..moga cepat turun kuning dia, baby begitulah ada kuning..bahaya jika tak rujuk Doktor, tambahan pula pakai herba sekarang Doktor melarang sekali kerana menambah tak sihat kepada baby baru lahir.Entahlah, anak2 pakcik dulu ada kami guna hernba mandikan baby kuning ni..
ReplyDelete