Saturday, January 3, 2026

Melawat sepupu

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 🥥 

Gigihnya nak taip entri baru. Kena biasakan diri seolah-olah menghapdate status Whatsapp hari hari. Selama ni Cuya cuma rajin update status Whatsapp jer, sekarang bertambah komitmen nak menaip. Nasib baik semuanya dihujung jari manis saya. Hehe

Semalam Cuya pergi ke Kesang Muar. Kalau rumah Cuya di Jasin ni kita panggil Kesang Luar. Di sempadan Johor pon ada Kesang juga. Mungkin semua tempat nak panggil Kesang sebab kewujudan sungai Kesang kot.

Tujuan ke sana sebab nak melawat sepupu Cuya yang baru sahaja dapat gelaran ayah. Yeyy anak buah baru. Baby lelaki, alhamdulilah. 


Tapi baby ni terkena jaundice atau Kuning jadi dia kena duduk bawah lampu khas. Lampu ni sepupu Cuya sewa daripada klinik tak silap. Sewa 3 hari sahaja dah Rm300. Kesian baby tu kann

Moga sihat sihat ajer keadaan dia sekarang. Muka dia muka cina sikit sebab sepupu Cuya pon ada keturunan Cina.

Dekat sana kami dihidangkan dengan Mee Bandung. Wahh memang sedap la orang Muo punyaaa


Selfie duluan baru kamuuu


Ada makan2 sikit. Siap ada buah manggis, sedap!


Ni makcik Cuya sedang mengendong baby tu.



Pastu malam kami singgah ke kedai Kelate, makcik Cuya ajak Cuya sekali makan luar.


Masa ni Cuya ternampak sosok lelaki yang seperti pernah ku lihat. Rupa-rupanya junior sekolah Cuya. Dulu dia berangkat dengan Cuya tapi dia punya esktrem tu nak melayan Cuya macam makwe dia. Cuya perhati je dia dari jauh, tiba2 mata kami berdua bertembung.

Entah dia kenal Cuya ke tak ,taktahu ler. Sebab muka Cuya dah lain kan. Tapi hensem pulak aku tengok dia ni. HAHAHA


Cuya order teh Thai. Memang sedap sampai buat Cuya tak boleh tidur semalam. Infact, dari semalam Cuya tak tidur lagi ni. Hahaha
Otak pon dah mengong.

 Bercinta menunggu chicken chop Cuya nak siap. Patutnya order Cuya ni dah siap awal, tapi pelayan pergi bagi order Cuya pada mamat tadi tu la! Junior Cuya tu ..

Haiyooo. Nak marah tapi kena sabar. Tak memasal Cuya kena habiskan makanan cepat2 once makanan Cuya sampai sebab taknak makcik Cuya tunggu Cuya makan lambat. Nasib baik tak tercekik!

Till then, adios amigos~


18 comments:

  1. Fuh! Mesti manis gila teh tu... tengok pun tau

    ReplyDelete
  2. Wahhh kiranya cuya ter serempak dgn ex school mate lah yer tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah tapi junior Cuya tapi kitaorg macam tak kenal each other masa jumpa. Dia pon tak ingat Cuya kot

      Delete
  3. Nasib baik junior Cuya yang dapat..kalau orang lain, mau Cuya dah bebel kat orang kedai tu.. hahahaha...
    Boleh tahan modal nak sewa lampu tu..anak kak Linda pun semua ada kuning.. cuma abang mueez je yang cepat hilang..yang lain semua sebulan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, nasib baik junior yg dapat. Kecik beso kecik beso je mata Cuya perhatikan. Hahaha
      Aah mahal sewa lampu tu.
      Oh lama jugak sampai sebulan kuning tu

      Delete
  4. Kesian baby tu, semoga cepat sembuh 🥺🤲
    Alaa junior derhaka, boleh lupakan akak senior dia 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin
      Hahaha memang junior derhaka, sombong tau dia tu. Dari zaman dulu lagi geramm jer. Hahaha

      Delete
  5. Kasihan baby tu..moga cepat turun kuning dia, baby begitulah ada kuning..bahaya jika tak rujuk Doktor, tambahan pula pakai herba sekarang Doktor melarang sekali kerana menambah tak sihat kepada baby baru lahir.Entahlah, anak2 pakcik dulu ada kami guna hernba mandikan baby kuning ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... Mak kepada sepupu Cuya tu mandikan baby dengan air sirap. Katanya petua. Lepastu tengok2 kuning baby tu turun. Taktahu la mana datang saintifik air sirap tu untuk baby

      Delete
  6. Entah-entah itu petanda jodoh tak, makanan Cuya pun orang tu tersilap bagi kat mamat tu. Hik hik! Akak gurau ya, Cuya.

    ReplyDelete
  7. Hamboiiiii... junior berangkat kembali bertentang mata.
    Ada rasa debarannya tak tu😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam " Eh dia kenal ke aku? Harap2 tak kenal la " hahaha

      Delete
  8. Selamat dengan kelahiran keponakan baru 🎉🎉. Normal kalau bayi kena kuning. Rata2 memang begitu.

    Waaah tak kenal kah junior Cuya tuh dengan Cuya? Atau dia malu mungkin 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...

      Takde maknanya dia malu, dia sombong senanya HAHAHA
      Jahat en Cuya 😂

      Delete
  9. Alahaiiiii jumpa adik angkat lama ke. Mesti cuya dah cun sampaikan adik tu tak kenal cuya. Tak nak dekat balik ke

    ReplyDelete

Followers