Assalamualaikum Hello Coconuts!
Semalam blogger MZ minta share resipi sambal Tok Tok. Katanya first time dengar sambal ni.
Resipi dia sangat simple semua orang boleh buat.
1) Cili padi ikutlah nak banyak mana biasa Cuya masak dalam 2 genggam. Guna cili padi supaya lebih pedas, kalau tak tahan pedas sila guna cili hidup biasa.
2) Ikan bilis
3) Sebiji limau sambal ( kalau takde ganti dengan air asam jawa)
4) Garam secukupnya
5) 2 sudu kecil gula pasir
6) minyak secukupnya
7) Bawang merah dan bawang putih ( boleh letak sesuka hati nak banyak mana, lagi banyak lagi bagus so rencah dia akan banyak)
1) Tumbukkan bawang merah dan putih, cili padi, dan ikan bilis. ( Ikan bilis option kalau nak tumbuk sekali , kalau tak boleh goreng dan asingkan dgn rencah)
2) masukkan garam dalam lesung batu yg kita tumbuk bahan tadi.
3) Panaskan minyak
4) Gorengkan semua bahan yg ditumbuk
5) Perah limau ( kalau xde limau masukkan air asam jawa dan masak sampai kering air tu)
6) Dah masak lama sikit sampai garing baru letak gula pasir secukupnya.
Gula jangan letak awal takut hangit. Make sure control api supaya dia tak hangit.
Yang atas ni sambal versi ikan bilis garing. Kalau nak masak yg garing, rencah tadi goreng dulu baru masukkan ikan bilis garing.
Nak masak yg garing kena pastikan rencah dia masak sampai kering baru masukkan ikan bilis garing. Kalau lembab nanti ikan bilis dah tak garing.
Harap dapat membantu sesiapa nak masak sambal tok tok. Simple tapi memang membuka selera!
Till then, adios amigos! 👋🏻




Wah.nanti Kak SA nak cuba buat la..thanks Cuya resepinya
ReplyDeleteSedapnya makan dengan nasi panas2 tak payah lauk lain dah. Limau sambal tu limau apa? Kasturi ke nipis?
ReplyDelete