Assalamualaikum Hello Coconuts!
Setelah lama tak beli skincare dan sudah kehabisan, maka kita singgah ke Watsons Pekan Jasin.
Di Jasin ada 3 Watsons, satu di pekan, satu di Jasin Bestari dan di Mydin Jasin . Rasanya semua Watsons harga selaras cuma beza saiz kedai je.
Kalau di pekan kecik sikit kedainya. Tapi sebab senang, dekat dengan rumah maka Cuya pon ke situ.
Sebab dah jarang pos status ws, jadi keinginan nak selfie tu selalu dilupakan. Maka tiada gambar sebagai memori.
Tapi disebabkan nak update dalam blog, maka otak auto ingat nak selfie. Dia kena ada benda trigger barulah kita semangat nak tangkap gambar.
So sekarang Cuya kembali beli set skincare Wardah sebab memang serasi ajer dengan kulit Cuya.
Cuya ingatkan nak beli skincare yang sesuai dengan acne, tapi kulit Cuya sekarang dah jarang naik jerawat alhamdulilah. Sebab sebelum ni Cuya pernah jumpa pakar kulit di hospital government. Setiap kali follow up kena bayar Rm5, so jimat lah.
Pencuci muka dan ubat jerawat yang disediakan hospital gomen free jer. Masa tu dia bagi pencuci Cetrimide, oxy dengan adapalene. 3 benda tu je Cuya pakai. Benda basic je untuk pulihkan kulit Cuya .
Alhamdulilah berkesan dan kulit Cuya dah okay berbanding dulu. Heyy dulu.. teruk gila muka Cuya. Bukan Cuya yang malu dengan muka Cuya, tapi ibu yang kesian dengan Cuya.
Sekarang tinggal parut lekuk je. Moga ada rezeki Cuya buat rawatan dermapen untuk hilangkan lekuk pada wajah Cuya ni. Aamin ya Rabb.
Siapa je taknak cantik kan? 😁



masuk Watsons jadi tak sedar diri capai banyak barang hihiih
ReplyDelete