Assalamualaikum Hello Coconuts!
Baru-baru ni Cuya ada preorder planner 2026 daripada Hijanah. Cuya ni bukanlah sejenis yang suka planning ke apa tapi saja beli sebab harga murah saja and dapat free gifts.
Lama juga nak sampai planner ni sedangkan orang beli kat Tiktok laju je dapat planner ni.
Beli planner dapat 10 gifts
2 bookmarks
5 motivation card
1 notebook
1 buku motivasi ( ni yg paling Cuya nak)
1 planner
Cuba teka berapa harga?
Cuma Rm20 sahaja termasuk postage. Murah gilakan. Tahun lepas Cuya beli juga planner Hijanah, Cuya jadikan diari harian Cuya sebab banyak ruang untuk tulis
Untuk planner 2026 ni tak banyak ruang menulis ala diari tapi lebih kepada catat secara ringkas.
Di awal muka ada doa- doa pendek boleh jadi zikir
Ada jugak beauty tips
Ada period tracker. Senang nak tahu period berapa hari.
Ni la ruang untuk tulis tiap bulan.
Mampat kan. Cuya pandang je taktahu nak tulis apa. Sebab Cuya bukan jenis planning punya orang.
Buat masa sekarang ni takde idea nak tulis apa. Tapi harapan Cuya moga adalah benda yg Cuya nak tulis. Sekarang masih blank. Lagi berapa minggu je nak masuk tahun 2026.
Di hujung bulan ada untuk refleksi diri.
Ni pula isi buku Motivasi Bukan menyerah tapi lelah berjuang.
Buku ni Cuya dah khatam dua kali sebab best. Banyak input dalam buku ni. Sebenarnya Cuya nak buku free ni je. Tapi dah alang2 ada promo sekali planner kita grab terus la.
Dapat motivation cards.
Cantik cantik card dia. Simpan jela buat kenangan
Cuya memang selalu beli planner digital, kadang tu print sendiri. Tapi tak terpakai pon. Taktahu nak tulis apa.
Banyak tulis luahan hati je. Itupon tak selalu tulis hari hari memandangkan kita ada blog untuk menulis. Kadang2 tulis diari sebab benda tu tak mampu luahkan di blog, lebih privasi bila tulis tangan.
Korang sendiri ada planner digital atau buku? Share di ruang komen ya.
Till then adios amigos 💘








aida buat buku jurnal kebanyakkannya.. untuk simpan memori secara hardcopy.
ReplyDeleteBagus juga tu. Cuya takde jurnal sendiri sebab kadang taktahu nak tulis apa sebab dah ada blog kan
DeleteBuku motivasi siap ada beauty tips lagi. Unik ni.
ReplyDeleteAah ada macam2 lagi dalam tu
DeleteCantik sangat sampai sayang nak tulis
ReplyDeleteKann sayangkan.. taktahu la nak tulis apa
DeleteBuku motivasi tu baru nampak kawan Akk up dekat status WA dia.
ReplyDeleteAkk baru beli planner last week, dah siap tanda dah tarikh² penting mcm cuti sekolah, cuti raya dsbnya.
Memang buku tu tengah hype kt tiktok diorg promot.
DeleteWahh awal akak get ready ya
waaa murahnya! memang berbaloi2 laaaa. cute jugak
ReplyDeleteSangat berbaloi hehe
DeleteMurah dan dapat banyak free gift. Isi kandungan buku motivasi tu bagus.. Akak tak beli planner lagi.
ReplyDeleteBuku motivasi tu yg paling Cuya nak hehe
Deletecomel2 isinya.. laa period tracker tu dah tak function kat kita.. sebab period dah stat gelong.. hahhaa..implanon punya pasal
ReplyDeleteYa comel isi dia kan
DeleteHahaha dalam tu ada ramadhan tracker juga
waahhh cantiknyaaa planner cuya! comel sgt ni mcm sayang nak coteng/tulis ehehe
ReplyDeleteBetul sayang.. tapi kalau tk tulis lagi rugi hehe
DeleteWah.. cantik planner dia.. lama dah tak beli planner macam ni..
ReplyDeleteCuya pon jarang2 la nak beli. Saja sapot sebab murah amat
DeleteSuka tengok isi kandungan buku Motivasi tu..
ReplyDeleteCuya pon suka, memang best buku dia. Tak rugi beli
Deletecantik2 mcm ni mmg tak tulis laa syg
ReplyDeletesyg nak conteng hahaha
Disebabkan Cuya dh beli, jadi kenalah conteng hehe
DeleteCantik dan manis planner nya
ReplyDeleteSaya pakai digital Cuya. Kalau planner buku begini memang dah tak pakai 3 tahun ini 🤣. Semua pindah ke digital.
ReplyDeleteTapiiii saya masih menulis di notes. Notes yg hanya polos tanpa harus atau pakai garis. Utk menuliskan semua idea saat traveling dan untuk menuliskan semua pasword penting.
Tiap berapa bulan saya tukar pasword kan. Jadi pasword baru saya tulis di notes.
Tak mau di hp Krn kuatir hack.