Thursday, December 11, 2025

Makanan tepi jalan juga yang sedap


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Alhamdulilah harini mood Cuya bertambah baik. Petang- petang ni pekena sekole kopi stevia. Mungkin rasa kopi ni tak kena di tekak orang lain, tapi di tekak Cuya rasanya boleh diterima baik alhamdulilah.

So semalam petang, ayah terlebih rajin gorengkan jemput2. Alhamdulilah ayah sejak dan pandai buat jemput2 kemain la dia kalau boleh hari hari nak menjemput2. Hahaha

Tapi Cuya untung r boleh goyang kaki sebab ayah dah rajin tolong. Sejuk sikit hati ayah ringan tangan bantu di dapur. Orang laki ni tak perlu pandai memasak, janji dia rajin bantu kita di dapur baru bagus betul tak?

Malam pula, ibu minta ayah dan Cuya pergi beli makanan di luar lepas isyak. Maka permintaan pon ditunaikan, yela mem besar nak makan.


Kitaorang first time nak makan Char Kuey Tiow gerai tepi jalan area Jasin ni. Ayah parking tepi jalan, Cuya turun pergi order.

Cuya order char kuey tiow yang biasa je sebab first time nak try kan.

Adalah beberapa orang tengah duduk makan kat kedai dia. Lama juga Cuya tunggu makanan siap.

Dah alang2 tu Cuya pergi order burger dengan roti john dekat gerai sebelah dia. Kitaorg memang biasa beli burger dengan abang ni.


Walaupun char kuey tiow biasa, tapi ada juga udang. Rasa dia memang sedap. Ibu kata first time dia makan char kuey tiow. Selalu dengar orang komen CKT Penang sedap.

Cuya share dengan ibu sebab Cuya ada beli burger.


Cuya beli burger kahwin. Daging campur ayam + cheese.
Kalau tak tahu nak makan daging ke ayam, so kita amik dua2 sekali settle masalah.

Sebab dia takde burger bujang kan, so kita main kahwin2 dulu la. 🤣

Yang penting sos tak kedekut ya.



Petang ni Cuya masakkan nasi goreng untuk ibu ayah. Diorang puasa, Cuya je taknak puasa sebab tengok macam takde benda berat untuk dimakan waktu sahur.

Macam biasa nasi goreng Cuya wajib ada cili padi. Depan rumah ada pokok cili padi, jadi jimatlah kami tak perlu beli di pasar 

Pokok tu tumbuh dek kerana burung yang tanamkan. Cili padi tu tumbuh meliar. Alhamdulilah 

So tu je update untuk harini dalam misi untuk sentiasa update blog walaupun terkadang kekeringan idea.

Till then adios amigos.


36 comments:

  1. Jarang jumpa orang guna roti burger ada bijan..nampak sedap je burger nya tu

    ReplyDelete
  2. sy suka CKT mcm ni... lg banjir laaagiii sy suka😁

    ReplyDelete
  3. Org kata cili yg ditanam oleh burung, pedasnya lain mcm... pedas x cili padi tu cuya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya pedas! Letak sikit pon dah terasa pedasnya

      Delete
  4. Memang seronok tengok org lelaki rajin menolong di dapur.
    Oh gitu rupanya burger kahwin. Bole la try order nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann hilang penat sebab ad org tolong. Ya senang beli burger kahwin dpt rasa dua2

      Delete
  5. Akak suka CKT kering bau hangus sikit janji ada kerang.. Bertuah ayah ibu ada anak masak untuk berbuka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tu kalau sedap org buat maka sedap la juga...
      Alhamdulilah hehe

      Delete
  6. Aik? Uncle pun makan burger malam tadi... Tapi yang bujang... tak kawin...

    ReplyDelete
  7. lama tak makan CKT ni nak cari la weekend ni.

    ReplyDelete
  8. Lorrrr.. ada burger kahwin rupanya.. x pernah nampak dalam menu pula. Later nak tanya lah.
    Meriah nasi goreng Cuya tu.. dapat yang pedas sedap sangat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah biasa memang ada burger kahwin.

      Aah nasi goreng Cuya selalunya memang meriah banyak sayur hehe.. wajib pedas

      Delete
  9. wah burger pun ada kawen ye? mudah adaayam dan daging. tak kalut nak pilih yang mana satu. haha

    bestnya ada cili api yang burung tolong tanamkan. tak susah nak kena beli. rezeki...dulu zaman kat kampung celah pokok getah pun ada pokok cili api. selalu gak akak gi kutip bila mak nak masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya burger pon nak kahwin sekarang ni hahaha

      Senang kan ada pokok cili api, jimat

      Delete
  10. Pertama kali akak tengok burger kahwin. Biasa akak makan burger bujang je. Sedap tengok nasi goreng Cuya masak, ada brokoli. Charkueyteow tu pun nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya ramai first time dengr burger kahwin.

      Nasi goreng Cuya memang meriah, ibu suka yg mcm tu.

      Delete
  11. Anak yang solehah Cuya ni menjaga ibu bapa. Burger koboi macam tuh yang paling sedap sebenarnya

    ReplyDelete
  12. OOOO ada aye burger kahwin. Lain kali nak cuba lah

    ReplyDelete
  13. berapalah harga burger kahwin ni sekarang. sebab ada 2 patty

    ReplyDelete
  14. MZ terliur CKT tu! bestnya nasi goreng cili padi, esp cili dipetik segar dari ladang!

    ReplyDelete
  15. Sama dengan kite, kalau masak nasi goreng mesti macam ni sebab anak kite suka nasi warna putih, jadi kenalah ikut selera anak kalau tak nak tengok makanan tu tak habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang ibu suka Cuya letak kicap, Cuya lak tak suka lebih suka warna gini rasa lebih asli gitu hehe

      Delete

Followers