Assalamualaikum Hello Coconuts! 🥥
Ni cerita untuk hari Rabu lepas. Cam biasa ibu request untuk Cuya memasak. Kadangkala mood memasak ni kelaut jugak tapi disebabkan ibu request maka Cuya turutkan.
Tapi kalau Cuya memang malas nak memasak tu kan, Cuya selalu pujuk hati Cuya sambil berkata " Aku masak kerana Allah". Itu sahaja yang Cuya akan sebut supaya apa yang Cuya buat tu tak sia-sia di mata Allah.
Biasalah kita orang perempuan kan ada mood dia kan. Time nak masak, masak. Time penat gantunglah kuali.
Haritu Cuya masak satu masakan yang Cuya sendiri tak tahu nak panggil apa. Korang tengok la sendiri.
Bahan2:
1) Serai 3 batang
2) Bawang merah 5 biji
3 ) Bawang putih 2 ulas
3) Cili padi 2 genggam
4) Halia 2 inci
5) Santan
6) Kunyit serbuk / kunyit hidup
7) Ayam
8) Hati ayam
9) Garam
10) Tomato
Cara- cara masak:
1) Blendkan serai, bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kalau ada kunyit hidup blend kan juga sekali
2) Panaskan minyak
3) Tumis semua bahan yang di blend
4) Masak sampai garing
5) Masukkan sedikit air
6) Masukkan ayam dan hati ayam. Masak sampai ayam tu kecut
7) Masukkan santan
8) Masukkan kunyit serbuk ( kalau dah blend kunyit hidup takyah masukkan serbuk ni)
9) Masak lama sikit supaya ayam tu masak sepenuhnya
10) Masukkan garam secukupnya
11) Masukkan tomato yg dh siap dibelah
So, cuba beritahu Cuya apa nama masakan ni? Macam rendang tapi bukan rendang. Macam masak lemak cili padi tapi tak sama.
Siapa ada jawapan sila komen di bawah! 😂
Yang pasti ayah cakap sedap! Itu yang nak dengar tuuu 😆 . Tapi masa dia cakap sedap dia pergi cakap kat ibu, bukan Cuya. Hahahaha
Dengan Cuya taknak lak memuji hahahaha
Till then, adios amigos!

Risau cakap dekat Cuya..esok nya Cuya masak tak sedap pula.. hihihi
ReplyDeleteBoleh la tu rendang style cuya 😁
ReplyDeletekira rendang lah tu tp versi cuya heheheh
ReplyDeleteAkak panggil masak campak-campak. Ikut suka hati sendiri dan apa ada dalam peti ais. Alhamdulillah, sedap. Pandai Cuya masak.
ReplyDelete