Friday, February 21, 2020

Teman,Bawaku ke Syurga?



Aduh kau bernama teman,
sejak dulu kita berkawan,
aku sakit kau kasihan,
aku marah engkau lawan,
aku sedih kau berikan ciuman,
tapi duhai teman,
aku punya satu persoalan,
soalan bukan sebarangan,
bukan juga permainan,
cuma mahu dijadikan teladan,

Mahukah kamu,
membawa aku ke Syurga yang satu?
Membimbing aku ,
menjadi sahabatku,
jiranku,
pasanganku,
di akhir cerita ku nanti?

Teman,
hidup dan mati ku hanya sekali,
padaku punya jiwa,raga dan hati,
janganlah kau pergi,
tanpa membawa aku kembali,
ke Syurgawi.

11 comments:

  1. Semoga dipermudah perjalanan menujunya

    ReplyDelete
  2. nak cari kawan yang sangup bersusah dengan kita tu memang susah

    ReplyDelete
  3. kecikkan circle, biar tak ramai kawan tapi yang tak ramai tu sanggup ada BERSAMA tak kira masa.. hee~

    ReplyDelete
  4. semoga kita ada ramai teman sebegini

    ReplyDelete
  5. tak kira berapa ramai bilangan kawan tapi harapnya ada antara mereka kawan yg sama-sama membimbing ke syurga

    ReplyDelete
  6. Teman yang membimbing ke syurga... betapa indahnya ayat tu.

    ReplyDelete
  7. semoga bertemu teman yang baik..

    ReplyDelete
  8. berkwn biar seribu berteman biar satu

    ReplyDelete