Assalamualaikum Hello Coconuts!
Cuya biasanya masa bulan Ramadhan ni tak rajin nak ambil gambar makanan untuk sahur dan berbuka.
Walaupun hari2 memasak, memang tak terasa nak tangkap gambar pon. Kadang menu sama je berulang kali.
So mana yang ada jela Cuya post ya.
Dah masuk hari ke - 16 puasa kan berdasarkan tarikh harini. Kejap lagi dah nak sahur, Cuya masih belum tidur lagi.
Tiba2 teringat kat blog yang sendu ni. Kononnya nak rajinkan diri update, tapi apakan daya diri terlalu tidak berdaya dek kerana berpuasa. Ceh! Terpaling berpuasaaaa. Hahaha
Masak hentam sajalah labu. Asalkan sedap dimakan.

Repeat makan benda yang sama ajer. Hahaha
Bulan puasa ni takde stok sambal ikan bilis, tak nyempat nak beli. Kalau tak boleh dijadikan penyelamat.
Adalah beli satu serunding halia dekat bazar sebab dia macam sambal gak. Bolehlah buat rasa2. Mahal gak sebekas kecil Rm10.
Lebih baik buat sambal sendiri je dekat rumah. Aah la bulan puasa ni Cuya tak masak lagi sambal signature Cuya, sambal totok.
Nantilah Cuya try buat. Taktahula Cuya rasa Ramadhan kalini first time Cuya yg sediakan juadah bersahur dan berbuka. Selama ni ibu yang masak.
Hermm dah dewasa dah aku yaa. Layak untuk kahwin dah. Di bulan yg mulia ni ramai2 doakan Cuya dipertemukan dan dipermudahkan untuk bertemu jodoh yg paling terbaik dunia dan akhirat buat saya.
Aamin ya rabb.
Tak nampak lagi batang hidung jodoh. Orang kata jodoh tu ada, jarak dia senipis sehelai kertas.. tapi entah mana la dia berada sekarang.
Till then, adios amigos 👋🏻






Ibu dah boleh lepaskan dapur pada cUya ni.. selamat berpuasa cuya
ReplyDeleteYa betul hehe
DeleteSelamat berpuasa kak
mochi tu fav anak² akak.. selamat berpuasa cuya
ReplyDeleteOh yeke.. mesti suka manis2
DeleteSelamat berpuasa juga kak
Selamat berpuasa Cuya ...
ReplyDeleteMasak simple² la sedap
Selamat berpuasa juga
DeleteYa simple selalunya sedapkan
hah kena belajar masak dah ni. Nanti senang je bila di pinang che abe. Insya Allah doa selalu moga cuya di pertemukan jodoh. Aamiin Mana tahu dapat jumpa malam lailatur qadar muga Allah makbulkan doa cuya.
ReplyDeleteAamin ya Rabb hehe
DeleteMoga2 Allah makbulkan doa di bulan Ramadhan
kena doa apa jua hajat kita agar dimakbulkan esp bln ramadan penuh barakah ni. salam 16 ramadan utk cuya!
ReplyDeleteBanyak hajat ni.. hehe
DeleteSalam ramadhan!
simple tp nampak menyelerakan jg menu sahur tu...
ReplyDeleteAlhamdulilah.. janji berselera nak makan
DeleteAamiin untuk doa Cuya ya. Kalau sup2 ni berselera juga la makan masa berbuka.
ReplyDeleteBetul, sedap juga. Tapi sedap lagi kalau ada sambal juga kn. Nak pedas2
Deletetakpe Cuya usah runsing soal jodoh sbb zmn skrg ni ade byk je kisah tragis isu rmhtgga yg dah kawen.. ada sbb Allah masih blm temukan lagi. moga Allah beri jdoh yg baik utk Cuya ye aminnnnn
ReplyDeleteAamin ya Rabb
DeleteBetul isu rumahtangga memang banyak dan merisaukan.
Moga Allah melindungi kita dan keluarkan kita daripada segala kesulitan
Lihat telur mata sapi , langsung teringin nak pakai ini buat sahur nanti. Kebetulan saya msh ada sambal nasi lemak dan sambal hitam dari kak Mulan 😄. Sedap pasti makan dengan telur mata sapi.
ReplyDeleteAmiiiiin. Saya ikut doakan Cuya bisa disegerakan jodohnya yg baik dan bertanggungjawab yaa 🤗
Sedap tu telur makan dgn sambal 😋
DeleteAamin ya rabb. Terima kasih atas doanya hehe
semua pun sedap2 tu..alhamdulillah
ReplyDeletemochi tu kalau sedap, takpe jugak. ni mahal dan tak sedap.. geram jee
ReplyDeleteSemoga cepat bertemu jodohhh 🤭
ReplyDelete