Bismilah, Assalamualaikum sahabat online Cuya. Kalini intro sopan sikit ehek...
Harini Cuya nak review buku yang tengah hype dekat Tiktok iaitu Tuhan Tak Pernah Pergi oleh Iddin Ramli.
Iddin Ramli ni penulis dan motivator yang popular dalam kalangan anak- anak muda dekat Malaysia ni. Cuya pon merupakan pengikut Iddin Ramli di TikTok. Sebahagian karya Iddin memang ada dalam simpanan Cuya.
Cuya beli kombo Tuhan tak pernah pergi 1&2.
Dapat harga Rm53+
Alhamdulilah abang Cuya yang belanja.
Moga abang Cuya dimewahkan dengan rezeki berlipat ganda
Seperti dalam gambar, buku ni ada tagging.
Penulis dapat inspirasi daripada Al- Quran tagging drpd luar negara
Jadi boleh baca ikut situasi yang kita sedang alami
Sinopsis buku ni
Buku ni ada bahagian,
Tadabbur ayat Quran,
Pengajaran dan refleksi ayat
Serta Pesan2 dewasa
Cuya tak susun tau, just random je gambar
Banyak yang Cuya belajar daripada buku ni. Buku ni penuh dengan motivasi islamik yang memang kena dengan jiwa. Cuya belajar untuk lebih menghargai diri dengan sentiasa bersyukur dengan Allah.
Cuya belajar yang Allah uji kita sebab dia sayang kita, dan Allah sedang siapkan hadiah untuk kita. Kalau bukan hadiah di dunia, di akhirat sudah pastinya.
Buku ni Cuya baca berulang kali sebagai peringatan Cuya. Buku ni mengingatkan Cuya untuk sentiasa ingat aturan Allah itu Maha Baik. Allah dah aturkan jalan cerita kita dengan sebaik-baiknya dan kita cuma perlu follow the flow saja. Dan percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Mungkin kita kata cliche kata kata dalam buku ni, tapi kita memang selalu kena diingatkan banyak kali tentang Allah supaya kita tak lalai dengan duniawi.
Melalui petikan yang Cuya share saja dah menunjukkan betapa ilmiahnya buku ni jadi tak rugi kalau beli. Very recommended! Kalau korang perlukan motivasi hidup, Cuya memang suggest buku ni, sangat bermanfaat.
Cuya takde benda nak review lagi, korang wajib baca buku ni tau.
Nanti ada masa Cuya review buku kedua. Cuya dah habis baca dua2 buku ni.
Till then, adios amigos 💖












thanks for sharing. penuh bermanfaat isi kandungannya
ReplyDeleteYa sama2. Sangat bermanfaatkan
DeleteYa, Allah tak pernah pergi. Kita hamba yang kadang terlalai Dan melupakannya...Thanks review..Nampak kawan ada beli haritu tapi dia tak review lagi buku ni .. Kenal Iddin ni sebab handsome orangnya.. ahahah
ReplyDeleteSama-sama. Ya memang handsome orangnya . Hahaha
DeleteKita manusia memang selalu kena ingat. Ujian itu satu ingatan.
ReplyDeleteAkak pula suka buku La Tahzan. Memang ulang-ulang baca.
Rasanya dulu Cuya ada buku tu. Entah mana pergi
DeleteMenarik isi dan rupa dalamnya. Bersemangat kita nak baca pun. Bestnya abang belanja buku. Jimat duit kita kan.
ReplyDeleteYa betul. Alhamdulilah hehe
DeleteBaiknya abang.... Semoga dia pun dapat pahala....
ReplyDeleteAamin ya Rabb
DeletePernah jumpa Iddin Ramli masa Pbakl. Dania yang kenal dan kata Iddin ni tulis buku2 motivasi keagamaan.
ReplyDeleteYa dia tengah famous sekarang
Deletewah bestnya cuya. Moga murah rezeki abang cuya. bagus buku ni
ReplyDeleteAamin ya Rabb...
DeleteYa bagus betul
Moga murah rezeki Abang.
ReplyDeleteMenarik ni. ok boleh masuk list next buku nak beli nanti..
ReplyDeleteWow menarik ni. Nanti nak cari lah
ReplyDeleteCantiknya buku ni, colorful sangat; isu dalam buku pun bermanfaat.
ReplyDeleteSaya pun kenal iddin ramli ni dari tiktok lepas tgok kedai buku dia tu diganggu hantu(?)
Terima kasih, atas perkongsian, Cuya. Itu la, sebenarnya, takde sebab untuk sedih pun. Senang je hidup ni. Alhamdulillah, buku yang sangat bagus.
ReplyDeleteTahniah Cuya semangat membaca. Terima kasih di atas perkongsian resensi bukunya. Allah sentiasa menunggu hambaNya kembali kepadaNya
ReplyDeleteWalaupun mungkin kata2nya cliche, tapi Kata2 ini juga yg bisa buat kita bangkit di saat kondisi down. Saya suka baca buku bertema seperti ini, ketika memang letih, sedih... seperti ada penguat lepas membaca
ReplyDelete