Monday, April 7, 2025

Jalan- jalan Raya

Assalamualaikum,Hello CoConuts! 🥥 

Masa minggu raya haritu sibuklah berjalan raya. Abang sulung Cuya jemput kitaorang adik beradik datang rumah dia dekat Melaka. Ibu dengan ayah tak ikut sebab tak larat kot.


Semalam pon jalan raya rumah Kak Lin, kenalan Cuya semasa intern. Bos Cuya punya buah hati.

Hah jomlah tengok gambar.


Cuya bersama anak buah paling bongsu, Amalin.




Suka nau tengok muka orang gitu haha



Anak-anak buah Cuya bersama kakak ipar.

Keluarga kembangan Cuya

Missing abang no 2 dan 4



Cuya nak buat love...macam lain lak jadinyaa hahaha


AI yang tak menjadii


Ni semalam punya cerita.
Kawan intern Cuya dak Pizan dengan Mahadhir datang rumah.

Lepastu dia ajak pergi rumah Kak Lin dekat Cheng.



Dah beberapa tahun tak jumpa Kaklin. Alhamdulillah dapat juga jumpa.


Macam2 benda kitorang cerita. Tahu2 balik malam sudah.

Biskut raya Kaklin buat pon sedapp




Dari kanan Abg Daryl (bos Cuya zaman intern)
Mahadhir, Pizan, KakLin, Cuya




Cucu kaklin yang tolong tangkapkan gambar, Lily 



Kaklin siap sediakan makan2 lagi. Sedap! Cuya ratah tempe dia makan dengan kicap style orang Johor.

Alhamdulillah murah rezeki Kaklin dengan Abg Daryl.

Cuya doakan Kaklin sihat sentiasa, diberikan kesembuhan sebaiknya dan dijodohkan dengan abg Daryl hendaknya.
Kahwin jangan lupa jemput!


Kak Lin siap bagi kain ela beberapa jenis kat Cuya . Alhamdulillah syukur atas nikmat pemberianNya


Minggu cuti raya dah tamat, agak2 ada lagi ke orang jalan raya ni? Hoho

Korang dah habis jalan raya ke?




26 comments:

  1. Niat nak p rumah sepupu dekat klang.. Tak sempat jumpa raya baru nie..moga2 ada rezeki lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin, moga dikurniakan rezeki untuk bertemu sepupu.

      Delete
  2. Kain tu dah hantar jahit baju ke? Ke nak tunggu buat baju raya tahun depan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru dapat uncle. Awal nau nak hantar jahit. Hahaha
      Kita tengok nanti bole buat apa dgn kain ela ni

      Delete
  3. Meriah betul. Minggu pertama raya kat kampung. Minggu kedua selalunya orang buat open house kat rumah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya memang tak pernah buat open house sebab ibu pon dah tua
      tak larat nak melayan tetamu..

      Kalau ad pon kawan Cuya dua tiga orang dtg rumah

      Delete
  4. Jalan raya dapat hadiah, best ni

    ReplyDelete
  5. Amalin marah ke kat maksu tu sebab dukung dia 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah Amalin marah2 ni, dia lagi nak didukung adala. Haahah

      Delete
  6. Wahhh...2 in 1 ni..Mkn2 dpt..Kain ela pun dpt =D

    ReplyDelete
  7. best tu beraya! cantik la kain warna pepel tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti best... Sesekali jalan raya kann
      Aah kain semua cantik2

      Delete
  8. buat jugak yer gambar AI kartun tu.. hehehe...

    selamat hari raya..

    ReplyDelete
  9. waahhhh bestnyaa time raya dpt jumpa semula yg lama tak jumpa kan Cuya! waaahhh siap dpt kain ela lagi tu bestnyaaa Cuya!

    *psstt~ haah smlm blog ada problem sikit.. harap2 dah ok dah.. nti Cuya try tengok dah ok ke blm ye hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah seronok dapat jumpa kawan2 dan kenalan
      Hah nanti Cuya singgah hehe

      Delete

  10. Seronok meriah beraya.

    Taqobbalallahu minna waminkum.
    Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin ya Cuya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri jugaaa
      Maaf zahir dan batin :)

      Delete
  11. Jalan-jalan raya, lagi ada orang bawa, lagi laju la kita beraya.
    Okey, baju raya tahun depan lock!

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya cuya..maaf zahir batin salah silap terkasar bahasa

    ReplyDelete
  13. Hari pertama LGS selesai 🤣. Saudara saya banyak yg mudik THN ini. Jadi tak banyak yg bisa didatangi.

    Ramainya kluarga Cuya, meriah raya. Lama saya tak merasakan raya ramai begini

    ReplyDelete
  14. Comelnya amalin, putih gebuss.
    Selalunya raya pertama je yg berkobar2, pastu masuk tengahari dh eid nap. Raya kedua mcm dh malas nk beraya 🤣

    ReplyDelete

Followers