Assalamualaikum Hello CoConuts 🥥
Lama tak bersiaran. Walaupun takdelah lama mana. Sesekali kena juga update blog ni jangan biar berhabuk dan menunjukkan we are still alive gitchuuu.
Ramadan ni Cuya takde sharing sangat bab makan2 iftar ni sebab makan takat satu lauk je. Maklumlah berbuka berdua dengan ibu je jadi tak meriah lah lauk. Takdelah Cuya nak sharing sebab tak syok lauk sejenis je . Kekeke
Beberapa hari lepas, ibu belanja Cuya bag baru. Saja Cuya tunjukkan live jual Dato Aliff Syukri tengah jual bag, jadi tanya ibu boleh ke belikan untuk Cuya dan dia pon okay saja. Yeyyy
Logo AS untuk Aliff Syukri la tu kan
Pandai ayat nak manis manis sahaja ya
Welcoming la tu ayat dia...
Cantik tak bagnya? Comel saja dan Cuya pilih warna Khaki supaya padan dengan mana2 outfit.
Dia ad dua compartment, depan boleh buka tutup , belakang ada zip. Comel kecik je bagnya sesuai la nak bergaya time raya.
Habis dah cerita pasal bag raya.
Kalini nak cerita pasal kuih raya ibu dah siap order
Ni kuih raya kak ipar buat, dia saja bagi kami. Memang sedap gila! Dah nak habis Cuya makan.
Rasa pahit2 coco dan manis coklat.
Ibu beli samperit dan mazola utk dikongsikan bersama anak2 ibu
Biskut kelapa dan kuih tart
Maruku Cheese
Lebih Rm500 ni beli kuih sahaja.
Kuih zaman sekarang bukannya murah kan.
Lagipon kami tak dan nak buat kuih sendiri, ada duit boleh la beli.
Terfikir juga orang lain, yang hidup tak senang... Mesti tak berkemampuan beli kuih raya. Jangan lupa bersyukur dengan apa kita ada harini. Alhamdulillah
Korang lak cane, kuih raya dah settle?
ingat cuya gentel kuih raya...hihihi...kak linda buat cornflakes madu je..memang tetiap tahun, itu je kuih nya...lain2 tak beli pun, tahun nie. suami yang order2
ReplyDeleteTakdenya nak buat kuih.. belum sampai seruu hahahah
Deletewaaa byknya kuih raya!! sweet jer kaler handbag tu
ReplyDeleteBoleh la.. takdela banyak mana. Ini sekelip mata je habis ni hahaha
Deletewaahhhh cantikla beg AS tu Cuya! color tu senang nak matching dgn byk baju. pandai Cuya pilih hehe
ReplyDeleteComel je kan bag tu... Aah pilih warna tu senang matching
DeleteAkk pun beli je kuih raya sbb tak pandai buat sendiri ☺️
ReplyDeleteCantik beg tu. Bolehlah melaram raya ni Cuya kan ...
Cuya tak pernah try buat sendiri kuih, walaupun ibu pandai buat kuih
DeleteHehehhe... Ya raya ni melaram la kita hahaha
Betul..ada duit boleh beli. Yg kurang duit tu kalau nak kene ggigih beli brg dan buat sbb at least blh dpt banyak. Ammi pun beli kepek2 je
ReplyDeleteApa2 biskut Raya kalau yang cokelat2, memang sedap. Biskut Raya memang beli sebab kurang tabah membuatnya.
ReplyDelete