Saturday, January 25, 2025

Jalan ke Nogori


Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini jalan ke Nogori Sombilan untuk melawat saudara yang baru sahaja kehilangan anaknya. Datang ke sana suasana sepi dan sedih dengan tangisan sepupu ayah.

Anaknya bujang berumur 42 tahun telah meninggal dunia semasa drive kereta untuk menghantar ibunya ke hospital. Tiba-tiba saja terkena heart attack. Yalahkan, sudah ketentuan Allah. Moga rohnya dirahmati Allah selalu.

Balik daripada Seremban tu kami singgah ke kedai Nasi Arab Damsyik Empire berdekatan sana.



Pintu masuk ke restoran



Belum sempat tangkap gambar, makanan sudah disambar untuk dimakan 🤣


Cuya pula order Pizza Beef Mozarella.

Sedap, rotinya lembut. Cicah dengan kuah nasi arab ngammm



Ada disediakan sos, tapi masam gila.
Agaknya orang Arab tak suka pedas sebab tula sos dia rasa macam ni.

Sebab abang Cuya dulu belajar Jordan, katanya orang sana makan roti je banyak dan langsung tak suka pedas.

Itu saja untuk update kali ini, next time Cuya update lain pula.

Adios amigos!

22 comments:

  1. Salam takziah Cuya...Kalau sesaja jenjalan..leh roger2 kan...

    ReplyDelete
  2. Mesti mak arwah paling terkejut sangat tiba2 je anaknya meninggal masa tgh drive kat sebelah. Salam takziah :(

    Paling suka makanan arab. Tapi part tak pedas tu betul. Sedikit tasteless utk kita yg lidah nusantara ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa mesti mak paling sedih

      Makanan arab best, suka guna benda masam2 untuk masakan

      Delete
  3. Cuya makan kat restoran arab la....alamak pizza tu mengancam la.

    ReplyDelete
  4. Bukan Nogori Sombilan.... Tapi Nismilan....

    ReplyDelete
  5. Innalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga.

    ReplyDelete
  6. Mati tak mengira usia. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Nampak sedap pulak pizza.

    ReplyDelete
  7. Allahuakbar sedihnya pemergian anak nak hantar parent ke hospital :( Cuyaaaaa pizaa tu menggoda sangat! hehe

    ReplyDelete
  8. Salam takziah buat keluarga saudara kokonat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih wakk... Lucu pulak jadi kokonat hehe

      Delete
  9. alfatihah (dibaca) untuk arwah...

    nampak sedap pizza tu walaupun topping nya simple je

    ReplyDelete
  10. salam takziah.... anyway, terliur la pizza tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..
      Pizza tu sedappp, cicah kuah nasi arab lagi sedapp

      Delete
  11. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

    ReplyDelete

Followers