Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Memandang Cuya ni peminat komik, Cuya pon jual buku preloved especially komik. Cuya lepas dah habis baca komik kalau dah taknak simpan lagi Cuya akan jual sahaja sebagai preloved. Mana Cuya nak, Cuya simpan.
Kadang-kadang ada komik yang bagi Cuya kurang menarik untuk dibaca lagi atau siri terlalu panjang maka Cuya let go sahaja untuk kosongkan rak. Ada masa Cuya cari stok komik untuk dijual balik. Tapi yang tu kena rajin selam mencari komik dekat platform tertentu.
Yang atas ni semua Lawak Kampus untuk dijual.
Belum ada pemilik lagi
Yang 3 gambar atas ni dah terjual orang beli lumpsum. Alhamdulillah
Ni koleksi komik Cuya. Sayang gila nak letgo.
Nila mini library Cuya. Ada lagi sebahagian buku dalam kotak. Dah takde ruang nak letak
Sampai satu part ibu kata nak buang je buku Cuya 😂😂 Adeh jangan begitu.
Teringat kisah orang share dekat group komik pasal mak dia bakar semua komik dia. Kesiannya... Dia ada kenangan buruk yang tak boleh dilupakan.
Alhamdulillah ibu Cuya sekadar mengugut hehehe
Jangan dibakar buku saya, ku rela jual je.
Tapi ayah Cuya pernah campak komik Cuya untuk dibakar, pastu Cuya kutip balik.
Bapak2 memang gitu eh dulu2? Suka bertindak melulu..kesian kat anak2. Nasib baik sekarang ayah Cuya tak macam tu. Kalau tak, Cuya sorokkan barang dia 🤣🤣 balas dendam terus ehhh haahahah