Followers

Friday, November 24, 2023

Review Blogger Ammi ( Pemenang Segmen Cuya)

Assalamualaikum, hello Coconuts!

Maafkan Cuya ambil masa untuk review pemenang ketiga segmen Cuya. Al maklum sibuk dengan persediaan konvo. Ehehehe






:: 44 years old femme ::
:: Mr. Kay's left rib ::
:: Ammi to Kyra, Khilfi & Khalif ::
:: Secretary ::

(Bio Sis Ammi)




Penulis


Pemilik nama asal Sharmila ini lebih dikenali sebagai Sheila dikalangan ahli keluarga dan teman.  Menggunakan "Ammi" sebagai kata ganti diri di dalam blog ini semenjak anak-anak mula mengenali apa itu blog dan mula membaca blog ini.

Latarbelakang Penulis

Anak kedua dari 4 adik-beradik yang mempunyai darah campuran India dari sebelah bapa dan Jawa dari sebelah ibu.

Isteri kepada seseorang semenjak 2004 dan ibu kepada 3 orang cahayamata.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dari UiTM dan kini bertugas sebagai Setiausaha di sebuah firma guaman.


Perihal Blog


Blog ini baru dilahirkan pada September 2021 setelah blog lamanya yang mula ditulis sejak 2006  di"hilangkan" dari radar pada awal September 2021.  Penulis berkongsi tentang apa yang terlintas difikirannya baik dari segi resipi, tips, lifestyle sederhananya mahupun review keatas produk yang digunakannya.


Penulis menggunakan dwi-bahasa didalam penulisannya kerana itulah bahasa pertuturannya dirumah, dipejabat dan dimana sahaja.



Ala kantoi tab Cuya banyak. Hahh tengok apa tuu.. hehehhe

Pada awalnya Cuya confuse, Cuya ingatkan nama blogger ni memang Ammi. Bila Cuya baca entri, baru Cuya faham... barangkali Ammi gelaran untuk Mak atau Ibu. Betul ke sis Ammi?
Cuya pulak taktahu nak panggil Ammi ke akk. HAHAHA

So Cuya panggil sis Ammi la senang kan.

Okay taknak merapu, blogger Ammi menggunakan konsep simplicity dengan penggunaan dua warna sahaja iaitu biru dan putih. Seolah-olah kombinasi warna langit dan awan. Tenang setenangnya. Nampak nice dan tak serabut. Cuya suka!



Tengok kepada label entri, banyak juga yang sis Ammi coretkan dalam blog. Jadi Cuya try klik RECIPES sebab Cuya suka makanan.



Banyak juga resipi yang dikongsikan. Nampak menyelerakan~
Kalau sesiapa yang suka masak bolehlah singgah untuk rujuk resipi daripada blogger Ammi ni.




Blogger Ammi pon suka review movie dan drama. Wah  ni mesti suka marathon nonton drama ni. 
Dulu Cuya rajinlah, sekarang penatlah nak tengok, mungkin mood tak sampai kot

Kalau korang nak tengok review movie dan drama, hah wajib singgah ke blog Ammi!



Dalam kita berseronok nonton movie, boleh juga kita ambil tau info yang mungkin jarang kita dengar.
Info sebagai bacaan tambah dan berkongsi ilmu itu adalah bagus. Sebagai amal jariah kita juga.

Keep it up sis!


Paling penting blogger Ammi rajin join contest dan GA macam Cuya. Geng!
Bagus bila ada blogger rajin sapot menyapot ni... baru seronok dan meriah majlis kita...cehhh hahahha

Dulu pon sis Ammi pernah join GA Cuya. Dan dia menang. Kalini dia menang lagi. Bertuah ekkkkk
Tahniah! tahniah! Teruskan bersemangat untuk join GA lagi :D




Yang penting pada tab blog sis Ammi ada tab HEALTH.
Best bila ada perkongsian pasal kesihatan sebab sekarang kat Malaysia ramai yang tak sihat dek kerana makanan yang penuh toksik. Lagi kita tua lagi macam-macam penyakit kita boleh ada kan?

Secara tidak langsung blogger Ammi dapat memberi awareness atau kesedaran kepada blogger lain tentang pentingnya menjaga kesihatan
Good job!


Cuya tak ingat sebenarnya bila kali pertama Cuya terjumpa blogger Ammi. Maklumlah, Cuya ingatan tak power sangat, banyak makan semut. Eheks

So itulah yang Cuya dapat highlightkan daripada blogger Ammi. Jom ramai-ramai follow blogger Ammi , dan singgah ke sana!

Terima kasih dan tahniah blogger Ammi!














14 comments:

  1. Wah! Uncle memang minat blog ammi ni... dah lama follow!

    ReplyDelete
  2. Hiii... Semoga menjadi pembakar semangat sis utk terus menulis juga...
    A ah ammi panggilan utk ibu, mak juga.. Kawan kak linda pun anak2 dia pgil ammi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyAllah... oh begitu rupanyaaa betul lah tekaan Cuya ya.. hehe

      Delete
  3. Tahniah blogger Ammi. Syok ber-blog ni kan. Lama jugak hari tu hibernate dari ber-blog.

    ReplyDelete
  4. Thanks for the review Cuya.

    Ammi tu panggilan anak2 kepada ammi. Sebab masa si sulung dah mula pandai baca blog ammi, dia cakap “ha ha ammi cakap aku”.. huhuhu terus ammi tukar kata ganti diri

    ReplyDelete
  5. ammi tu salah seorang my new blogger fren ie those yg dtg visit dan drop komen kat blog ;) so MZ memang selalu membalas kunjungan laaa...anyway tq cuya sbb drop komen kat blog MZ jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh best tambah kawan2 kan.... sama2 sister ^__^

      Delete
  6. Saya rutiiin baca tulisan2 kak ammi ❤️👍. Dan suka dengan semua yg kak ammi tulis. Orangnya pun dari komentar dan tulisan di blog, saya yakin sangat ramah. Teringin suatu saat bisa ketemu kak ammi 😄

    ReplyDelete
  7. Just discover about ammi blog too.. dan follow blog ammi.. :D

    ReplyDelete