Assalmualaikum Hello Coconuts!
Harini mood Cuya terlebih rajin nak review salah satu komik dakwah yang baru sahaja Cuya beli bertajuk 'Perfect' oleh Hanimism terbitan Daie Kreatif Venture.
Dalam komik ni ada banyak nilai murni dan mesej yang disampaikan. Antaranya berkenaan hubungan ikhtilat, aurat dan persahabatan. Kadang-kadang terasa diri ni tak cukup sempurna bila membaca nasihat yang cuba disampaikan dalam komik ni. Terasa kerdil sungguh di depan Tuhan sebab dosa kita terlalu banyak. Banyak khilaf dalam diri ini sampai rasa tak layaknya aku untuk berdepan dengan Tuhan.
Cuya banyak istigfar bila baca komik ni. Banyak dosa yang kita dah buat tanpa sedar.
Tetapi dalam komik ni ada memberitahu, walaupun seburuk mana pon kita sebagai hambaNya, tidak terlambat untuk kita bertaubat dan tiada siapa yang layak untuk judge perubahan kita terhadap ketaatan kepada yang Esa. Sesungguhnya Allah sahaja yang boleh membaca hati seseorang.
Dan sentiasalah percaya, niat yang baik akan membawa kita ke jalan Allah. Allah Maha Merancang sesuatu perkara dan Dia sajalah yang tahu apa yang terbaik untuk masa depan kita.
Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, nescaya kita akan lebih bahagia.
Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan menuju je jalan Allah. Walaupun sebesar lautan sekalipon dosa kita, kita tetap boleh meminta ampun dengan Allah. Allah sentiasa rindukan doa dari hamba-hambanya.
Komik ni sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Ada juga diselitkan bibit-bibit cinta antara watak Heroin dan Hero. Pengakhirannya agak lucu. Nak tahu? Korang kena dapatkan lah buku ni. Tak rugi beli komik dakwah. InshaAllah kalau ada rezeki lebih Cuya pon nak beli lagi komik-komik yang penuh dengan intipati nasihat yang mengingatkan kita tentang Islam.
Moga komik-komik sebegini terus maju demi kebaikan dan kesejahteraan ummah di negara kita. Aamin :)
Baca ulasan Cuya ttg komik bernuansa Islam seperti ini menyadarkan saya betapa banyak dosa dan perbuatan buruk yg sudah di lakukan,sebagai hambaNya patutlah bertaubat sebelum terlambat
ReplyDeleteYa, kita tak pernah terlambat untuk bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka ๐ค
Deletebagus perkongsian yg disampaikan penulis๐๐๐ x byk komik dakwah mcm ni di pasaran
ReplyDeleteBetul, sebab tak banyak jadi kena lah sokong. Sesekali jiwa perlukan makanan nasihat sebegini ☺️
DeleteUntuk remaja dan dewasa je? Yg tua bangka macam uncle boleh?
ReplyDeleteuncle pon kira dewasa juga kan? hahahha...boleh sangat!
Deletemacam best je baca review cuya ni..boleh lah try cari jugak..
ReplyDeletecarilah kak..ada kat shopee
DeleteSesuai dalam bulan Ramadan bulan barakah untuk kita memohon ampun, memperbaiki diri dan berusaha untuk istiqamah
ReplyDeleteinshAllah...moga dipermudahkan semua
DeleteBagus komik ni boleh motivate kita. Cover pun cantik
ReplyDelete