Wednesday, February 7, 2024

Coklat Arab Tofilux Sedap Bakhanggg!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

 Cuya baru sahaja beli coklat Arab di Tiktok. Sebelum ni memang Cuya pernah cuba beli dekat satu pusat perubatan Islam tapi dah lama beli dulu. Pastu tiba-tiba Cuya teringin dan ada promosi masa live, jadi Cuya pon belilah tapi 20 pieces kecil je. Buat raso-raso.


Dalam gambar ada 18 pieces sebab lagi dua dah lesap ibu dengan ayah makan. hahahha
Pastu dapat satu free coklat nutball. Sedap gakk

Apapon coklat ni makin hari makin lesap sebab ayah Cuya dah ngappp XD
@nacuyaa

Tiba2 jadi orang Indonesia celup 🤣🤣. Coklat Tofilux sedap guys! Cepat grab sebelum habis! Dekat kotak dia memang ada halal ya, tapi halal arab #coklattofiluksedap #coklattofiluk #tofiluxcaramel #coklatarabmurah #coklatarab #coklatarab

♬ พี่ชอบหนูที่สุดเลย (I Like You The Most) Feat.VARINZ - Speed Up Version - PONCHET



Tiber jadi orang Indonesia celuppp 😂😂
Banyak sangat tengok sinetron Indonesia niii..
Ada tak sahabat dari Indonesia boleh komen tak cara Cuya bicara ni..
hahahahhaah


Saja je Cuya pos video ni sebab jadi affiliate dekat Tiktok. Kalau korang nak beli, pergi kat tiktok Cuya tau. Tau tau!

Coklat ni memang sedap tapi untuk orang yang tak suka manis, dia akan terasa tersangat manis sebab ada karamel dalam coklat ni.

Jemput ke Tiktok Cuya... tapi banyak merapu je. =P






Monday, February 5, 2024

Hadiah Top Komentar Blogger Mulan

Assalamualaikum, hello Coconuts!



Harini Cuya terima parcel daripada Pos Laju. Ingatkan barang Cuya beli sampai, ngupenya hadiah top komentar daripada blogger Mulan.

Baca sini : TOP KOMENTAR 2023


Wahh dapat Tupperware biru!
Tak pernah orang luar bagi Cuya Tupperware... hehe


Magnet Greece!


Sarung tangan untuk masak. Ni nak suruh Cuya rajin masak dan baking niii...
Hehehehe


Alhamdulilah... rezeki Cuya yang tak dijangka. Terima kasih sis Mulan! Moga Allah memberi rezeki sebanyak buih di lautan, selebat hujan yang turun dan sederas sungai yang mengalir. Aamin <3




Cubaan Menjadi Makhluk Asing

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum ni Cuya ada menang satu set Skintific yang Brightening set. Cuya dah cuba semua produk dia. Malam ni baru nak cuba Skintific Alaska Volcano Pore Clay Stick.

Baca sini : HADIAH SKINTIFIC







Comel takk sayaaaaaa?


Apaaa?? Tak comel??


Elehhh! Jeles la tu!


Whatever, Tak kuasa nyahhh




Saturday, February 3, 2024

Review KEVIN & COCO Palletes & Lipgloss

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini Cuya terpaksa update melalui fon sahaja. Laptop pulak buat hal 🥲. Alhamdulillah ada fon, walaupun tak selesa nak menaip dekat sini tapi kita teruskan bagi update dekat sini

Cuya dengan produk KEVIN & COCO dah macam best friend sekarang. Asyik nak tengok live dekat Tiktok je hari-hari. Mana tak teracun! Hahahaha Kalini Cuya beli sikit je sebab Cuya nak dapatkan pallete ganti disebabkan eyeshadows Cuya ada satu tu pecah.


Lipgloss dan eyeshadows pallete


Disebabkan Cuya suka akan tema Halloween, Cuya ambil Lipgloss Spooky ni. Bercadang untuk kumpul yang tema Halloween in future. Hehe

Eyeshadows yang seller ganti sebab satu warna pallete pecah. Cantik.. warna natural.




Makeup set Pink Barbie. Cuya dapat ni sebab beli set kombo memang dapat 2 item. Yang ni Cuya tak buka lagi.

Lepasni puasa beli KEVIN & COCO, buat sementara waktu jela. Kekekeke

Lepasni bolehlah Cuya buat looks baru untuk content di Tiktok. Atas dasar suka je, nak popular lambertt lagi. 😂😂


Friday, February 2, 2024

Cara Mengubati Bisul

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Lama sudah tidak bersiaran di sini. Cehhh Macam siaran tibi lak gaya! Al maklumlahhh kita sibuk bekerja, balik rumah dah penat.

Dipendekkan cerita, mata Cuya ni terkena bisul. Besarlak. Jadi sempatlah pergi ke klinik untuk ambil ubat. Tapi ibu bagi tips untuk surutkan bisul. Dengan menggunakan daun semalu atau nama saintifiknya Mimosa Pudica Plant.



Daun semalu atau Touch Me Not Plant


Basuh daun dan tumbuk hingga lumat


Blur lak gambar, tapi ni lepas tumbuk


Bisul pada mata Cuya


Basahkan daun dengan air dan lekatkan pada bisul




Alhamdulilah bisul Cuya surut. Masih ada isi dalam bisul tu, tapi takpe.. tunggu je surut slow2.

Cuya dah follow up doctor, dia bagi antibiotik lagi. Harap cepatlah sihat.









Followers