Friday, July 21, 2023

Komik Adab Kanak-Kanak (Adab Masuk Rumah)

Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Masa Cuya semester 5 degree di UiTM Kampus Bandaraya Melaka, Cuya ada satu subjek ni namanya Islamic Tourism. Masa tu kitaorang satu kumpulan memang kekeringan idea untuk subjek ni. Sebab kami kena inovasi produk muslim. Tapi semua cadangan kami dan pelajar lain banyak ditolak. Pening gila masa tu.

Last-last Cuya cakap jela nak buat komik islamik walaupun Cuya macam yakin tak yakin je. Walaupun Cuya tak berapa pandai melukis, tapi Cuya tawakal jela. Lecturer kami pon terima dengan cadangan kami.
Walaupun kami bersyukur sebab akhirnya diterima, tapi pada masa yang sama takut.

Namun begitu, kami berjaya juga cipta komik islamik tapi untuk kanak-kanak. Jadi lukisannya bodoh-bodoh je. Jangan kecam ya korang, walaupun Cuya boleh melukis tapi Cuya tak practise hari-hari.

Cuya ingat lagi kawan Cuya cakap komik Cuya boleh beli dekat Ecoshop je. HAHAHAHA..Kejam seyh mamat tu. Cuya sembelih juga kawan Cuya ni. Nasib baik member.  Takpe, sekurang-kurangnya kami usaha, orang lain  lagilah tak boleh melukis..nak ngata orang konon. hehehe

Jangan expect komik ni macam dekat pasaran tau. Ni komik kanak2 level 0.1..bukan level 1 tau! HAHAHA Memang komik bodoh-bodoh, janji lulus je!















Ni episod pertama. Adab masuk rumah. Nanti next episod Cuya share next post la ya! Lukisan asas memang dilukis Cuya sendiri, asal boleh jela. Tangan Cuya ni kan kaku , al maklumlah dah lama tak practise melukis. Hehe. Janji adalah!

First time seumur hidup lukis komik untuk assignment. Sebelum ni lukis suka-suka je dalam buku. Kononnya pensyarah nak publish, tapi Cuya rasa tak patut publish sebab terlalu simple. Masa tak cukup nak buat yang terbaik! 

Alhamdulilah, result kami baik saja. Takdelah boom gitu. Hahaha


Jumpa korang next entry.
Adios amigos!



Sunday, July 16, 2023

Review Buku Letters From My Heart Vol II




Assalamualaikum, Hello coconuts!

Cuya baru sahaja selesai membaca buku Letters From My Heart Vol II daripada influencer kegemaran Cuya iaitu Aisyah dan Abang Alif. Sebelum ni Cuya ada review buku yang pertama, Letters From My Heart . Korang boleh la klik link kalau nak baca.

Berbeza antara Vol I dan Vol II adalah dari segi tema pengisian buku ini.

Vol I - General
Vol II- Persahabatan, percintaan dan perpisahan.

Vol II lebih menyentuh hati Cuya sebab tersangat kena dengan situasi Cuya. Cuya putus cinta dan kehilangan kawan. Cuya sangkakan kehilangan kawan tidak akan sakit, namun ianya jadi lebih teruk selepas membaca buku ini. Lagi sakit kehilangan kawan daripada kehilangan kekasih.

Lagi-lagi bila Cuya membaca buku sambil mainkan lagu piano yang sedih di youtube. Tiba-tiba sahaja air mata jatuh menyembah bumi. Aaahhh sudahh. Nasib baik Cuya masih mampu mengawal emosi dan tidak mengeluarkan esakan tangisan. Kalau tidak malu didengari ibu. Nak nangis pon kena pandai cover tau!

Orang kata, kalau kita membaca atau mendengar apa-apa sahaja yang berkait rapat dengan kita, kita akan jadi lebih emosional. Ibarat kita tengah sedih, kita dengar lagu galau yang mendayu-dayu. Lagi sedih! 







Sebahagian kata-kata dalam buku ini.

Kata-kata dia nampak simple tapi kalau kena pada situasi memang sakit terasa dalam di sanubari. Bagai dihiris pisau belati! Dia sedih tetapi pada masa yang sama dia memberi motivasi yang tinggi pada Cuya untuk move on daripada masa lampau. Ada juga terselit ayat daripada al-Quran.

Kita nak sedih, sedih juga. Tapi janganlah lama-lama. Cukup sekadar untuk melepaskan dan melegakan hati kita. Manusia mana yang tidak merasakan kehilangan dalam hidup? Semua orang merasakannya. Lainlah kalau kita memang hidup sendiri dan tidak mempunyai kawan atau tak pernah ada pengalaman bercinta. Mungkin dia kehilangan perasaan barangkali.

Apa-apa pon buku Vol II ini juga bahasa Inggerisnya mudah, malah lebih mudah daripada Vol I. Kalau di Vol I Cuya berjaya mencari 31 kosa kata bahasa Inggeris yang baharu, di Vol II hanya ada 8 je kosa kata yang baru pada Cuya. Bagi Cuya, orang yang ada asas bahasa Inggeris  boleh fahami dengan tersangatlah mudah.

Dictionary Cuya untuk buku Letters From My Heart Vol II

Alhamdulilah, Cuya puas hati dengan buku ni. Berbaloi-baloi la untuk seketul Cuya baca. Baca buku ni sekejap je dah habis pembacaannya. Lagi-lagi kalau orang dah biasa baca laju, ayat pulak pendek-pendek.

Cakap banyak pon tak guna, korang kalau nak tahu lebih lanjut kena baca tau. Beli je kat Tiktok bila Hijanah buat live. Murah dan berbaloi. Kalau taknak beli time live pon takpe, beli je sementara stok masih ada.


Sekian sahaja review Cuya. Nantikan next review! (Kalau ada masa la...eheks )
Adios amigos!







Wednesday, July 12, 2023

Ole Ole Thailand Daripada Bestie!

Assalamualaikum, hello coconuts!

Entri harini sepatutnya sudah lama Cuya seharusnya tuliskan di blog tapi masa tu mood blogging Cuya kelaut agaknya sampai lupa nak tulis.

Entri ini adalah tanda penghargaan dan peringatan Cuya pada sahabat baik Cuya iaitu Liza Jamal anak Ibu Atie orang Klebang hawau you. HAHAHA Jangan risau, kami orang Melaka memang kasar ya guys, bear that in mind.

Sebelum Cuya nak tunjukkan buah tangan yang Liza bagi pada Cuya, biarlah Cuya perkenalkan sedikit latar belakang seketul Liza. Kami mula berkawan sejak sama-sama ambil diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik Merlimau Melaka. Cuya tak berapa ingat punca kami rapat, rasanya disebabkan ada assignment berkumpulan.

Pernah juga kami sebilik sebagai roomate di kamsis  (kolej siswa dan siswi). Maka segala bentuk kebodohan Cuya, Liza telahpun menjadi saksi.Segala aib Liza juga Cuya dah tahu banyak. Dan ianya kekal rahsia sehingga kini. Namun begitu, kebodohan kami bersifat kekal abadi sebab tu kami masih berkawan baik. HAHAHA

Ini dia si manis Liza Jamal aka Dak Angah
Masih single, bolehlah kalau nak kenal2...kikiki





Disebabkan Cuya Maha pelupa , Cuya lupa la nak tangkap gambar ole2 tu. Jadi Cuya screenshot je daripada video unboxing Cuya . Hehe Maka lihatlah mimik muka Cuya yang terherot-herot membebel masa unboxing sebab teruja . 



Purse dan keychain


Yey dapat makeup Thailand!


Mekap lagii

Snek sotong


First time Cuya nampak kerepek yang berbentuk peha ayam. Unik dan sedap gila!

Snek ikan



Apa-apa pon jajan Thailand semua dah selamat masuk perut. Liza ada bagi makeup Thailand juga, Cuya masih belum gunakannya lagi. Banyak gila dia bagi...

Pemberian Liza membuatkan Cuya teringat memori semasa diploma kami bersama pergi Thailand untuk subjek kami. Cuya rindu sangat dekat Thailand.


Terima kasih Liza sebab ingatkan aku. Moga satu hari nanti aku dapat balas kebaikan kau ni. Aku doakan kau dimurahkan rezeki berlipat ganda! Moga persahabatan kita kekal sampai bila-bila. <3

ฉันรักคุณ C̄hạn rạk khuṇ! ( i love you!)


Sunday, July 9, 2023

Review Buku Healing : Letters From My Heart




Assalamualaikum, hello coconuts! Kabare?

Cuya disini sihat saja tapi agak selesema sedikit. Tapi apa-apa pon Cuya nak review satu buku healing yang hangat diperkatakan oleh warga Tiktok. Buku yang bertajuk Letters From My Heart adalah penulisan influencer favourite Cuya iaitu Aisyah dan Abang Alif. Cuya memang dah lama kenal diorang sejak diorang belum berkahwin lagi.

Cuya ni minat sangat dekat diorang dua sampai tidur pon termimpi-mimpi diorang. Serious talk korang. Cuya teringin sangat nak jumpa diorang. Fans banget seyhh.... Tapi apakan daya, belum ada rezeki lagi. Cuya tak dapat jumpa diorang, tapi kawan lelaki Cuya pula yang bekerja dengan company Hijanah. Haiya manyak untung.

Now, let's go straight to the content of this book. Cehhh mat saleh kauu. Al maklumlah, buku yang ditulis pon dalam bahasa Inggeris. Tu yang kita pon pelat mat saleh gitu.Eheks!

Jom kita tengok sebahagian isi dalam buku ni.











Semua gambar kredit pada Mr Google. Sorry kalau gambar tak berapa jelas.

Cuya banyak beri penumpuan pada quotes yang berkaitan dengan persahabatan dan juga percintaan. Seolah-olah setiap kata-kata itu kena dengan diri sendiri. Bila melibatkan persahabatan, Cuya jadi sedih sebab Cuya kehilangan kawan rapat. Bukanlah dia meninggal dunia, tapi telah meninggalkan Cuya tanpa sebab yang jelas.

Melalui buku ini, Cuya belajar manusia hanyalah bersifat sementara. Tidak ada gunanya kita bertahan terhadap sesuatu atau seseorang yang tidak mahu lagi bersama kita. Apa gunanya bersama kalau kita saling membenci? Kadangkala pergi itu lebih baik daripada kita bertahan pada perkara yang tidak kita gemari.

Melalui buku ini juga Cuya sedar, Cuya tidak keseorangan. Ramai lagi diluar sana yang mempunyai masalah sama macam Cuya. Masing-masing pernah terluka, pernah disakiti, dibuang,dihina dan bermacam perkara buruk lagi berlaku. Kita sahaja yang tak nampak sebab kadangkala manusia pandai menipu.

Bukan sahaja menipu orang sekeliling, malah menipu diri sendiri. Tak sedar diri dilukai dengan dasyat, tapi malah memilih untuk bertahan. Sehingga sampai satu masa hati dah berkecai dan tak mampu pulih baru kita sedar peritnya disakiti manusia.

Sebab tu orang pernah kata, jangan berharap pada manusia kerana manusia akan mati. Letaklah pengharapan yang tinggi kepada Allah. Sayang manusia berpada-pada. Inilah antara mesej yang tersirat yang kita tak nampak dalam buku ni, tapi ia ada di sebalik kata-kata healing.

Buku ini bukanlah healing semata-mata, malah ia lebih dari itu.Ianya adalah sebuah nasihat untuk jangka masa panjang. Kata-katanya sangat ringkas dan padat tapi jitu dan padu. Bahasa Inggerisnya juga rata-rata mudah difahami.

Cakap tentang bahasa, disebabkan ada sesetengah perkataan dalam buku ini ada yang Cuya tak familiar, Cuya mengambil keputusan untuk menulis semula perkataan tersebut disertai dengan  maksudnya di sebelah. Jadi Cuya baca buku ni sambil dengar lagu lofi di Youtube, serta mencari maksud perkataan yang Cuya tidak faham dalam buku ni.



Turutan dia begini (Perkataan tak difahami -> Mukasurat -> Maksud perkataan)

Ada 31 perkataan yang Cuya tak berapa familiar dan tak faham. Dengan cara ini, kosa kata Inggeris Cuya sudah makin bertambah. Sambil healing, sambil belajar, bagus bukan?

Next time, kalau Cuya baca lagi buku ni dah tak perlu risau. Sebab Cuya ada dictionary sendiri. Nak faham, refer je buku nota Cuya. Membantu juga kita nak belajar perkataan baru. Sebab tu Cuya kata, ini bukan sekadar buku healing biasa. Ianya lebih dari itu!

Overall, buku sebenarnya nasihat yang general. Ada motivasi tentang kehidupan, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan . Pokoknya sangat dekat dengan kita. Ianya merangkumi semua permasalahan yang biasa orang hadapi. Yang paling penting buku ni mengajar tentang diri sendiri. Cara kita hadapi hidup kita.


Cuya bagi 10 bintang! Coming up next, buku Volume 2 pulak. Haritu ada promosi daripada Tiktok. Sebuah buku rm9, maka Cuya tidak melepaskan peluang. Dah lama teringinkan buku-buku hijanah, tapi selalu tak berkesempatan. Moga ada rezeki Cuya untuk borong kesemua buku Hijanah. Aamin Ya Rabb! One fine day!


Sekian , adios amigos!






Thursday, July 6, 2023

Review Komik : Misi Medik Sahut Cabaran



Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Apa khabar semuanya? Semoga berada dalam kesihatan yang baik. Aamin. Entri kalini adalah review komik yang baru sahaja Cuya selesai baca. Dah lama dah beli, tapi mood membaca tulah asyik datang dan pergi. Hehehe

Komik misi ni adalah buku kedua daripada Misi Medik 1. Cuya akan sertakan kedua-dua sinopsis bagi komik ini.

SINOPSIS MISI MEDIK #1:
Komik ini menceritakan kisah Yana, seorang pelajar perubatan dan kawan pertamanya di universiti, Isabelle. Yana ialah seorang yang mempunyai masalah anxiety (cemas) apabila bercakap dengan orang lain terutamanya dalam kumpulan besar. Yana bertekad untuk mengatasi kelemahan dirinya, namun ianya tidak semudah yang disangka. Untuk membantu dirinya berubah, Yana sentiasa bersama dengan Isabelle yang merupakan antara pelajar tahun pertama yang terbaik di universiti itu.

SINOPSIS MISI MEDIK #2:
Bermula tahun ketiga, Yana dan Isabelle lebih kerap berinteraksi dengan pesakit sebenar di hospital. Kali ini mereka melakukan pusingan ke beberapa wad antaranya NICU, O&G, Pediatrik, Obstektrik, dan Respiratori. Ketika inilah mereka mula sedar cabaran dan realiti menjadi doktor. Mampukah Yana melaluinya dengan cemerlang?


Komik ni memang banyak info yang bermanfaat. Ada istilah sainstifik yang dijelaskan dengan bahasa ringkas. Mengajar kita erti empati dan memberi contoh untuk kita berkomunikasi dengan baik. Ada sesetengah istilah sains tu Cuya sengaja tanya ibu sebab ibu nurse dulu, ternyata istilah yang digunakan semuanya betul belaka. Jadi jangan takut sebab info dalam komik ni semua tepat.

Semua orang mengalami masalah nervous kan bila berhadapan dengan orang ramai? Tak kisahlah jumpa orang ramai, kadang2 bila kita nak present dan bercakap dengan cikgu pon takut. Takut melakukan kesilapan.

Apa yang Cuya belajar daripada komik ni, kita jangan takut melakukan kesilapan dan jangan terlalu overthinking terhadap benda yang belum terjadi. Cikgu atau pengajar sebenar tidak pernah lokek ilmu dengan kita. Kalau kita tak faham apa-apa, tanya saja. Tunjukkan kesungguhan  kita nak belajar. Pengajar suka kalau kita banyak bertanya daripada mendiamkan diri.

Dalam kita mendalami ilmu , tak semuanya bijak teori. Adakala orang akan lebih faham bila kita praktikkan apa yang kita belajar. Bila kita aplikasikan kesemua teori yang kita belajar dalam kelas, inshaAllah kita akan lebih mudah faham dan ingat fakta penting dalam kelas.

Secara tidak langsung, kita bukan sahaja berhibur tapi kita dapat banyak ilmu dengan membaca komik sebegini. Kalau nak komik yang memberi manfaat tinggi untuk kita atau anak-anak, belilah komik misi tau. Cuya memang dari dulu beli komik Misi. Ada beberapa komik lagi Cuya belum dapatkan.

Tapi banyak pilihan untuk komik Misi ni. Korang boleh search saja. Cuya memang 100 peratus recommed!

Baik, itu sahaja yang Cuya boleh share. InshaAllah akan datang kalau ada komik lain, Cuya akan cuba rajinkan diri review ya. Eheks XD


Adios Amigos!



Followers