Tuesday, February 4, 2025

Parcel Selamat Mendarat

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Beberapa hari lepas Cuya banyak shopping online. Maklumlah, bisnes tengah bagus. HAHA
Bisnes komik dan makeup preloved. Alhamdulilah syukur atas rezeki daripada Nya.


Ada rezeki lebih kita pulak shopping. Macam biasalah, Cuya kalau shopping balik-balik benda sama je. Sebab tak tahu la nak beli apa.


Parcel baru sampai harini


Cuya beli buku! Siri JIMI ni memang Cuya lama dah kumpul. Dah ada 4 buku, dan bakal ada buku baru

Siri Diari Conteng Jimi memang best. Cerita yang simple tentang kanak-kanak bernama Jimi. Sesuai untuk dibaca untuk semua usia sebab jalan ceritanya ringan dan ada penulisan & komik.



Sesiapa yang nak boleh la beli dekat shopee kalau nak hadiahkan pada anak buah ke, anak2 ke atau untuk diri sendiri pon takpe.

BTW, penulis ni lah yang jual planner berbentuk PDF yang bayar sesuka hati.

BACA JUGA 

Printable Planner 2025, Bayar Seikhlas Hati.



Penulis ni dulu ada blog popular namanya contengconteng.com. Tak tahu la korang pernh dengar ke tak? Tapi Cuya salah seorang pembaca blog dia. Tapi blog tu dah ditutup tak pasti sebab apa, mungkin disebabkan pembikinan buku2 dia ni.







Monday, February 3, 2025

Masuk ke kedai Berhantu


Assalamualaikum , hello Coconuts!

Harini Cuya singgah ke kedai berhantu Malaysia.. Hah siapa tahu dekat mana??





Beli coklat batu favourite Cuya. Nyum3
Sejak zaman uni lagi suka coklat ni. Dulu susah nak jumpa



Muruku ikan pedas. Sedap gila! Nyesal lak beli satu je


Dulu sekolah rendah adalah jual benda ni. Saja menggamit memori zaman dulu2


Ni bukan dari kedai berhantu ya.
Ni Cuya masak untuk berbuka ibu dan ayah Cuya.

Biasa masak lemak jelah kalau kitaorang. Masakan kampung.



So kedai apa yang berhantu tadi? Kalau bukan ecoshop.. hahahha

Betul tak tekaan korang?


till then,

Adios amigos!



Sunday, February 2, 2025

Eyeshadows FREE, siapa nak?


Assalamualaikum Hello Coconuts!

Cuya nak bagi eyeshadows free kepada sesiap yang nak tapi bayar postage Rm10 sahaja.

Eyeshadows ni sebahagian dah swatch sikit tau.


Fuzzy eyeshadows. Luar dia berbulu lembut. Comel


Barbie eyeshadows, nanti sekali dengan lipmatte dia Cuya bagi



Superhero eyeshadows sekali dgn lipgloss berwarna..



Sesiapa yang nak wasap.my/60135800776


Sekian adios amigos!
Sape cepat dia dapat tau!



Jalan Melawat Wan

Assalamualaikum Hello Coconuts


Cerita untuk entri kalini adalah gabungan dua hari ya. Gambar sikit, so gabung ajer dua hari senang.



Singgah Jasin sebab plan asal nak pergi Speedmart beli topup.

Nampaklak kedai Takoyaki dengan Teh Ais Derhaka.



Pekena teh ais derhaka... Lama tak minum.
Sedap macam biasaaa. Ada cincau lak tu.


Takoyaki last kopek. Cuya tak dapat beli tapi dapatlah merasa seketul. Sebab kitaorg singgah situ jam dah 6 lebih memang dah habisla citenya.


Singgah speedmart beli seaweed. Cuya suka seaweed ni tapi harga memang mahal la Rm10 lebih.

Untungnya abang belanja. Ngeh3
Sayang abang lebih!

Begini rupa dalam seaweed tu.
Rasa rangup nipis pedas²



Ni cite semalam. Sebelum ni Cuya pergi wedding saudara Cuya pernah dapat goodies bag satu plastik.

Ni pergi rumah dia untuk melawat Wan (nenek), dapat lagi 1 plastik besar. Ya Allah... Memang makan jajan jela kitaorang. Alhamdulillah 





Paling suka jajan ni. Sedap!


Cuya nak letgo Lawak Kampus Kingdom

Rm26 semua free postage.

Kalau berminat wasap.my/60135800776


Masheh!




Mee Bandung Mak Pon

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Sebelum ni makcik Cuya ada berikan Cuya rempah mee bandung Mak Pon. Sebabnya kitaorang sibuk bercerita pasal mee bandung dekat johor tu. Jadi, bila makcik singgah Jasin dia berikan Cuya 2 bungkus rempah mak Pon.

Cuya pon first time try rempah mak Pon ni. Jadi harini Cuya pon masak mee bandung mak Pon.



Nila rempah Mak Pon. Dengar cerita popular. Tidak ler teman tahu yobb hehe. First time try




Pergi mencari mee Numee Gardenia, takde pulak. So kita pakai la mee sedap ni... Janji ada


Masuk telur dengan sawi, dah siap!

Tak payah tumis apa2


Boleh makan untuk 5 orang guna 1 liter air sahaja

Tapi Cuya takde air rebusan daging, jadi rasa dia kurang la pada Cuya. Kalau ad rebusan daging mesti lagi mantappp


Mee yang dah di rebus air 5 packets.

Ibu cakap 3, Cuya pergi habiskan semua. Pada saya tahuuuu heheeh

Alhamdulillah okayla rasa mee bandung ni, cuma kena tambah daging la baru sedap lagi kan. Takpe Alhamdulillah orang berkongsi rezeki dengan Cuya. Dapat jugak merasa.


Korang masak apa harini?


Wednesday, January 29, 2025

Bisnes Jual Komik

Assalamualaikum, Hello Coconuts!


Memandang Cuya ni peminat komik, Cuya pon jual buku preloved especially  komik. Cuya lepas dah habis baca komik kalau dah taknak simpan lagi Cuya akan jual sahaja sebagai preloved. Mana Cuya nak, Cuya simpan.

Kadang-kadang ada komik yang bagi Cuya kurang menarik untuk dibaca lagi atau siri terlalu panjang maka Cuya let go sahaja untuk kosongkan rak. Ada masa Cuya cari stok komik untuk dijual balik. Tapi yang tu kena rajin selam mencari komik dekat platform tertentu.





Yang atas ni semua Lawak Kampus untuk dijual.
Belum ada pemilik lagi




Yang 3 gambar atas ni dah terjual orang beli lumpsum. Alhamdulillah 




Ni koleksi komik Cuya. Sayang gila nak letgo.
Nila mini library Cuya. Ada lagi sebahagian buku dalam kotak. Dah takde ruang nak letak

Sampai satu part ibu kata nak buang je buku Cuya 😂😂 Adeh jangan begitu.

Teringat kisah orang share dekat group komik pasal mak dia bakar semua komik dia. Kesiannya... Dia ada kenangan buruk yang tak boleh dilupakan.

Alhamdulillah ibu Cuya sekadar mengugut hehehe

Jangan dibakar buku saya, ku rela jual je.

Tapi ayah Cuya pernah campak komik Cuya untuk dibakar, pastu Cuya kutip balik.

Bapak2 memang gitu eh dulu2? Suka bertindak melulu..kesian kat anak2. Nasib baik sekarang ayah Cuya tak macam tu. Kalau tak, Cuya sorokkan barang dia 🤣🤣 balas dendam terus ehhh haahahah

Tuesday, January 28, 2025

Komik Magis Manis Coklat

Assalamualaikum,  Hello Coconuts!

Kalau siapa dah lama baca blog Cuya, mesti tahu Cuya suka buku. Dan paling terkini suka buku komik sebab senang nak baca pon laju, Hahaha  Komik bergambar mesti lagi seronok untuk dibaca lagi-lagi kanak-kanak. Cuya pon otak seakan keanakan, maka memilih untuk membaca komik. Namun begitu, komik bukanlah bahan bacaan untuk kanak-kanak  semata, orang dewasa pon boleh saja membacanya.

Komik juga sesuai untuk jadi pemula bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak untuk menyelam dunia buku. Kalau sesiapa nak rajinkan diri membaca, bolehlah mulakan dengan komik dahulu

BACA JUGA : 

Koleksi Komik dan Impian Cuya


Sejak beberapa  tahun lalu Cuya baru mulakan untuk kumpul salah satu siri komik yang popular iaitu siri Magis Manis Coklat (MMC). Siri ini adalah siri yang mengikut turutan abjad A hingga Z. Siri yang terkini baru keluar adalah huruf V dan Cuya dah beli semasa keluar dengan abang. Baca di entri (https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2025/01/jalan-zoo-melaka.html

Tak tahu kenapa rajin mencari siri ni dan menyelam membeli komik preloved untuk MMC walaupun harga mahal semata-mata  untuk penuhi jilid bermula daripada huruf A sampai ke akhir.



Sebelum ni Cuya buat kira-kira untuk siri ni daripada huruf A-T beserta Premium, Fanbook dan Novel,
total Cuya belanja adalah sebanyak RM271.36 

So campur dengan siri V terkini RM14 maka total dah menjadi 
=RM285.36

Banyak belanja kalau dah minat komik ni. Demi hobi maka ku gigihkan.
Seronok hunting buku ni, jadi gian.

Kadang-kadang Cuya hunt komik, pastu jual balik. Dapat duit gak.. hehehe Tak tahulah kalau ada komik nak letgo ke tak sekarang, sebab sayang aje komik-komik tu. Cuya memang suka jual jual ni, rasa mengalir darah peniaga dalam diri ni. Cehhh bukan darah pendekar yaaa XD


Ni Cuya tengah tunggu stok komik sampai rumah untuk dijual. Cuya beli lawak kampus. Siapa je tak tahu lawak kampus kan. Cuya ada pembeli tersendiri. Ada rezeki orang beli, kalau tak boleh buat bahan bacaan sendiri saja. Begitulah hidup berniaga hehehe

Okay till then,

adios amigos!















Chocojar Yummy

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Harini ada parcel baru sampai ke rumah. Tak lain tak bukan parcel Cuya la kan. Cuya je pandai membeli online dalam rumah ni.  Hahaha  Tapi tak sah kena bebel dengan ibu. Biasalah, anak dia ni kuat shopping. Alaaa perempuan kan, mestilah syok menyoping.


So parcel harini adalah pembelian dari Tiktok. Cuya terbeli 5 Chocojar. TER yaa... kekeke


Dia ada banyak topping dan Cuya memilih
DAIM, Biscoff, Kinder Bueno dan oreo

Cuya baru rasa DAIM, Cuya rasa semua chocojar ni rasa sama je, topping je berbeza

Rasa dia tak terlalu manis, coklat dia tak melimpah tapi sedap.
Bila dah sampai bahagian bawah tu, memang manis.

5 bintang! Tapi kalau coklat melimpah mungkin lagi ngamm


lepas makan chocojar tiba-tiba semangat nak bermakeup bagai.
Makeup ala douyin dan latina.
Mix je taktahu ler mekap apa... hahaha

Dapat tenaga daripada chocojar Yummy. Hehe

Dulu-dulu menggila makan chocojar, lama-lama benda ni dah tak hype.
tapi haritu Cuya singgah makan di Semabok, beli la 2 chocojar berharga RM10. Sedapla pulakkk..

yg chocojar Cuya beli di Tiktok ni harga sebalang RM8, free postage sebab Cuya beli RM40.







Sunday, January 26, 2025

Koleksi Bag Tangan

Assalamualaikum,  Hello Coconuts!

Sejak kecil lagi Cuya memang murah rezeki untuk dapat barang yang Cuya tak minta pon. Tup tup depan mata dah ada.

Koleksi bag Cuya ni pon bukanlah atas permintaan Cuya tapi ianya ada pemberian keluarga Cuya sendiri iaitu Ibu dan Busu terutamanya. Moga Allah sentiasa merahmati kedua-dua insan ini.


Takdelah banyak pon bag, tapi lebih daripada cukup. Syukur. Cuya nak simpan dekat sini sebagai kenangan. Biasanya bag ni Cuya dapat sebab Busu jalan2 ke dalam dan luarnegara.


Bag sling rasanya busu beli dekat vietnam.
Cuya suka warna dia yang ceria dan design yang unik


Sling bag hitam busu bagi. Simple tapi cantik


Bag dari Bangkok, rasanya sama ada busu bagi atau sepupu Cuya kak thirah


Bag anyaman plastik tauuu.. Plastik terbuang. Cuya suka sangat sebab unik dan handmade


Cuya ada dua bag anyaman plastik ni. Dekat bag plastik ni siap ad logo HALAL tau. Kekeke
Kreatif betul la orang yang buat ni. Mana tah dia belajar. Kalau dekat ni Cuya dah menuntut ilmu dah dengan dia.







Bag ibu bagi beli dekat goshop..Macam bag bucket gitu


Bag leather ibu belikan dekat goshop jugak. Dulu-dulu ibu suka shopping goshop
Ada je benda dia nak suruh Cuya tolong belikan... hahaha




Bag anyam comel kecik je busu bagi juga


Bag daripada Sarawak busu bagi.Bag ni berat tapi Cuya suka bawa gi wedding sebab lawoo dan unik.
Bukan senang nak jahit manik tu . Kawan Cuya pon kata bag macam ni mahal 



Bag paling lejen milik ibu. Dah berzaman ibu simpan, akhirnya ibu bagi Cuya.
Bag kulit ni.. tahan lama.


Dah ada banyak-banyak bag ni pon tak terpakai. Nasib baik Cuya bukan jenis shopping bag. Takde ruang la nak letak dalam almari. Penuh


Tapi akan datang kalau Cuya berkemampuan lebih, Cuya rasa Cuya akan shopping juga la bag.
Cuma sekarang Cuya banyak beli buku saja. Ala budak nerd XD

Paling suka beli makanan. Itu wajib! Siapa tak suka makanan??
Orang gila pon suka makanan kay.. HAHAHA


Ni belum kira totebag lagi busu bagi. Ada ajer hadiah dia nak beri. Alhamdulilah. Moga Allah melimpahi busu dan ibu rezeki yang tidak pernah habis.







Followers