Followers

Saturday, November 30, 2024

Delusi Cinta

Entah bagaimana,
Detik saat ini seolah bermain bisikan di telinga,
Dari mana, apa rupa semuanya misteri,
Aku runsing seketika,
Tidur tak lena tapi makannya selera,
Ahhh! Pada siapa patut aku suarakan?
Tiada siapa yang percaya diri ini,
Keluarga aku sendiri pasti katakan aku gila,
Ketawa seorang diri,
Nangis kerna dibuli,
Merajuk tak henti-henti,
Kenapa ini semua terjadi ya?
Siapakah puncanya?
Aku atau mereka?
Lelah tapi mahu,
Sedih tapi ingin,
Retak nasi tak dingin,


Pagi disapa mesra,
Ada yang terusik jiwa,
Senyum mulai mekar,
Ada kata yang ingin dilontar,
Sentuhan kasih diberi padaku,
Tanda cinta asmara bertalu-talu,
Bisik penuh manja,
Gayanya ngada-ngada,
Bagaimana ya ingin bertemu?
Sedangkan hati rasa ingin bercumbu...

Getaran rasa di dada,
Hangat mesra,
Ilusi bagaikan mimpi,
Mimpi bagaikan fantasi,
Terlalu hiperbola ke kata-kata ku ini?


Sunday, November 10, 2024

Kisah Indah Tertulis Di Langit

Aku ingin mendakapmu dalam doaku,
Biar berlegar doaku sampai ke langit ketujuh,
Biar ianya terbang tinggi riuh menggegar alam,
Sehingga alam semesta mencemburui cinta aku padamu,
Sehingga burung bersiulan merdu meraikan kau dan aku,
Sehingga pohon nan rendang menari-nari gembira akan kisah kita,
Sehingga Tuhan akhirnya menyatukan kita dalam kisah cinta yang ditulisNya.
Sesungguhnya bait puitis ku tertulis kernamu 💕 

@nacuyaa



#hazimwithsuha


Tuesday, October 29, 2024

Review Buku Tuhan Aku Ingin Sembuh Oleh Adnin Roslan


Assalamualaikum dan selamat pagi buta sudah. hahaha. Malam ni lewat Cuya tidur jadi sengaja nak tulis review.

Sebelum ni Cuya ada menerima beberapa buah buku daripada housmate lama Cuya zaman uni iaitu Sabrina. Sabrina dia up status pasal nak let go buku dia secara percuma jadi Cuya pon pm la dia.


Salah satu buku tu bertajuk Tuhan Aku Ingin Sembuh penulisan Adnin Roslan. Buku tu tebal dan harga pon boleh tahan mahal. Jadi Cuya bersyukur sangat sebab berpeluang untuk baca buku ni memandangkan buku ni memang tengah hype dekat TikTok.




Dalam buku ni dia ada tajuk mengikut bulan, jadi suka hati kita nak baca tajuk apa dulu.


Setiap bulan akan diiringi dengan puisi daripada penulis berkenaan dengan tajuk tertentu.




Kemudian setiap tajuk akan diakhiri dengan kisah2 nabi kita yang saling berkait mengikut topik yang disampaikan.






Bagi Cuya buku ni sangat- sangat bermanfaat sebab topik yang dibawakan juga menarik untuk dibaca. Dan kisah nabi yang tertulis juga membolehkan kita mempelajari tentang nilai kehidupan yang mungkin sebelum ni kita tidak pernah ketahui.


Sebenarnya apa yang nabi kita alami, kita juga turut mengalami situasi yang sama. Maka dengan itu kisah nabi boleh dijadikan pengajaran untuk kita menghadapi masalah duniawi ni.

Bagi Cuya buku ni memang bermanfaat untuk semua golongan baik muda atau tua sebagai tanda peringatan untuk diri dalam kita memperbaiki kehidupan kita. Cuya baca buku ni berulang kali supaya Cuya dapat kaitkan situasi Cuya dengan penyampaian daripada buku ni.

Sesuai dengan tajuk buku ni tentang kesembuhan diri, sedikit sebanyak hati Cuya berjaya disembuhkan dengan kata-kata motivasi dalam buku ni. Bila dah meningkat dewasa ni, buku-buku motivasi macam ni menjadi pilihan Cuya untuk dibaca sebab hidup kita ni memang perlukan kata-kata semangat supaya kita sentiasa bangkit daripada sebarang kelelahan, kepenatan dan kesakitan yang mencucuk diri.

Cuya suka sangat buku macam ni. Memang bagus untuk kesihatan mental juga. Buku yang membawa positiviti akan membentuk diri kita yang lebih baik.

Kalau korang nak boleh la beli kat tiktok Adnin Roslan.

Moga pahala buku ni sampai pada Sabrina 💕



Tuesday, October 15, 2024

Pada siapa untuk aku luahkan?

Waktu sekarang sudah agak lewat. Kedai semuanya pasti sudah melabuh tirai. Rembulan pon pasti tersipu malu di balik pohon nan melambai.

Aku baru sahaja selesai mendengar curhat seorang sahabat. Sedang dalam kesedihan dia kerana teringat akan kekasih lama.

Aku bilang, " Sudahlah... Kamu tidak perlukan dia. Bukannya dia pertahankan kamu. Jadi sekarang fokus sahaja dengan hidup kamu. Perbaiki diri dan dekatkan diri dengan Allah"

Ehhh rupanya aku sedang menasihati diri aku juga. Aku juga perlu perbaiki diri. Aku yakin dengan perbaiki diri aku akan menarik cerminan diriku untuk datang dekat pada aku.

Jujur saja ada seseorang yang bermain di minda. Namun begitu, aku tidak mampu mendekatinya. Tapi baru semalam aku menonton video Tiktok daripada Prof Muhaya.

Beliau berkata " If you love someone, let them go. Jangan pegang dia"

Maka dengan ini, aku melepaskan dia tetapi bukan dengan begitu sahaja. Aku melepaskan dia supaya dia sentiasa di bawah jagaan Allah. Moga Allah akan sentiasa memelihara dia untuk aku. Seandainya kami ditakdirkan bersama, maka kami akan bertemu pada titik takdir yang Allah dah tetapkan.

Sejujurnya aku tak pernah lupa untuk doakan dia. Tapi kadangkala aku merasa apa gunanya mengejar cinta manusia yang tidak jelas?

Jelas lagi cinta Allah pada aku. Allah tidak pernah mengecewakan hambanya. Tapi aku sebagai hamba yang selalu mengecewakan Dia.

Entah apa yang terdetik di hati aku sampai aku menulis disini. Sebenarnya aku bukan jenis meluahkan segala benda kepada manusia.

Cara aku meluahkan hanya melalui puisi dengan harapan tiada yang mengerti. Tetapi aku sangat mengharapkan si dia mengerti tapi jelas sekali dia tidak akan mengerti.

Dia tidak akan mengerti puisi aku tertulis untuk dia. Dia tidak akan tahu lirikku berlagu kerna dia. Ahhhh jiwang sangat ke aku ni? Iyaa aku seorang pemuitis. Jelas amat jiwangnya.

Tapi entah mengapa tiada siapa mampu hargai si jiwang ini. Jiwangnya tiada berteman, entah kapan muncul sang pangeran berkuda putih. Hahaha jauh sekali anganku!

Sudahlah,aku makin melalut. Aku mahu nonton Tiktok jap. Bubye!



Sunday, October 13, 2024

Hadiah daripada rakan Tiktok


Assalamualaikum hello Coconuts!

Beberapa hari lepas Cuya terima satu parcel box daripada kawan Tiktok Cuya si Ina

Jom tengok apa dia hantar


Wahh banyaknya face mask . Bertambah herlok la muka Cuya pasni . Hehe


Yeayy dapat novel and komik. Alhamdulillah 
Rezeki Allah nak beri sekelip mata je.

Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati si pemberi dunia dan akhirat.

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain :)

Wednesday, September 25, 2024

Hadiah Buat Teman

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Dua hari lepas sengaja Cuya up status whatsapp in untuk tanyakan kepada sesiapa yang nak eyeshadows percuma. Ehhh ramai lak pm

So Cuya bagi pilihan pada diorang la. Pening kepala diorang nak pilih. Alhamdulillah malam ni Cuya dah siap packing semua eyeshadows tu.

InshaAllah nanti Cuya free, Cuya pos. Jom tengok eyeshadows apa yang diorang dapat.


Dah packing


Ni semua nak bagi kawan









Let go je semua secara percuma. Sharing is caring gitu. Diorang tinggal bayar postage je.

Ada yang Cuya dah pakai, tapi sebahagian besar semuanya baru lagi.


Takpela, Cuya ada banyak lagi pallete yang besar gedabak, jadi takleh tamak2 🤣🤣

Moga hadiah ni dapat memberi keyakinan dan kecantikan pada si pemilik baru.

Saturday, September 21, 2024

Anniversary Giveaway by Cie


KLIK BANNER UNTUK JOIN 








Hadiah Anniversary Giveaway by Cie
Cie sediakan 5 hadiah seperti yang tertera dalam banner.

1 x Tuff PLD Active Clean Powder Laundry Detergent
2 x Tuff DWL With Germax Dishwashing Liquid
2 x Nature’s Way Aloe Vera Conditioner (Salon Shine)