Followers

Thursday, July 6, 2023

Review Komik : Misi Medik Sahut Cabaran



Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Apa khabar semuanya? Semoga berada dalam kesihatan yang baik. Aamin. Entri kalini adalah review komik yang baru sahaja Cuya selesai baca. Dah lama dah beli, tapi mood membaca tulah asyik datang dan pergi. Hehehe

Komik misi ni adalah buku kedua daripada Misi Medik 1. Cuya akan sertakan kedua-dua sinopsis bagi komik ini.

SINOPSIS MISI MEDIK #1:
Komik ini menceritakan kisah Yana, seorang pelajar perubatan dan kawan pertamanya di universiti, Isabelle. Yana ialah seorang yang mempunyai masalah anxiety (cemas) apabila bercakap dengan orang lain terutamanya dalam kumpulan besar. Yana bertekad untuk mengatasi kelemahan dirinya, namun ianya tidak semudah yang disangka. Untuk membantu dirinya berubah, Yana sentiasa bersama dengan Isabelle yang merupakan antara pelajar tahun pertama yang terbaik di universiti itu.

SINOPSIS MISI MEDIK #2:
Bermula tahun ketiga, Yana dan Isabelle lebih kerap berinteraksi dengan pesakit sebenar di hospital. Kali ini mereka melakukan pusingan ke beberapa wad antaranya NICU, O&G, Pediatrik, Obstektrik, dan Respiratori. Ketika inilah mereka mula sedar cabaran dan realiti menjadi doktor. Mampukah Yana melaluinya dengan cemerlang?


Komik ni memang banyak info yang bermanfaat. Ada istilah sainstifik yang dijelaskan dengan bahasa ringkas. Mengajar kita erti empati dan memberi contoh untuk kita berkomunikasi dengan baik. Ada sesetengah istilah sains tu Cuya sengaja tanya ibu sebab ibu nurse dulu, ternyata istilah yang digunakan semuanya betul belaka. Jadi jangan takut sebab info dalam komik ni semua tepat.

Semua orang mengalami masalah nervous kan bila berhadapan dengan orang ramai? Tak kisahlah jumpa orang ramai, kadang2 bila kita nak present dan bercakap dengan cikgu pon takut. Takut melakukan kesilapan.

Apa yang Cuya belajar daripada komik ni, kita jangan takut melakukan kesilapan dan jangan terlalu overthinking terhadap benda yang belum terjadi. Cikgu atau pengajar sebenar tidak pernah lokek ilmu dengan kita. Kalau kita tak faham apa-apa, tanya saja. Tunjukkan kesungguhan  kita nak belajar. Pengajar suka kalau kita banyak bertanya daripada mendiamkan diri.

Dalam kita mendalami ilmu , tak semuanya bijak teori. Adakala orang akan lebih faham bila kita praktikkan apa yang kita belajar. Bila kita aplikasikan kesemua teori yang kita belajar dalam kelas, inshaAllah kita akan lebih mudah faham dan ingat fakta penting dalam kelas.

Secara tidak langsung, kita bukan sahaja berhibur tapi kita dapat banyak ilmu dengan membaca komik sebegini. Kalau nak komik yang memberi manfaat tinggi untuk kita atau anak-anak, belilah komik misi tau. Cuya memang dari dulu beli komik Misi. Ada beberapa komik lagi Cuya belum dapatkan.

Tapi banyak pilihan untuk komik Misi ni. Korang boleh search saja. Cuya memang 100 peratus recommed!

Baik, itu sahaja yang Cuya boleh share. InshaAllah akan datang kalau ada komik lain, Cuya akan cuba rajinkan diri review ya. Eheks XD


Adios Amigos!



18 comments:

  1. Komik yang bagus 👍🏽
    Hiburan bermanfaat.
    Akak tak pernah baca komik Misi, tapi tau ni komik yang bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, sambil berhibur sambil peroleh ilmu baru kan

      Delete
  2. Suka sangat baca komik2 dulu tp takut sekarang kalau start baca, tak tau rumah camna haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula Cuya sementara free ni baru dapat baca

      Delete
  3. Wah.. komik best.. Nanti nak tunjuk kat anak akak.. nice review Cuya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kak...boleh try baca nanti...terima kasih kak sha

      Delete
  4. mcm best je komik ni. Bkn anak2 je suka..remaja purba mcm abam kie pun suka. hehehe

    ReplyDelete
  5. Ohhh... Misi = Nurse...
    Ingatkan Misi = Mission

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan misi nurse uncle...memang Misi - Mission...hahaha

      Delete
  6. banyak pengajaran daripada cerita dalam komik ni

    ReplyDelete
  7. Bagus komik ingat zaman sekolah dulu suka baca komik2 bila dah umur 30an ni segala buku xsempat nak baca hahaha aduhaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham, bila dah dewasa masa terasa singkat sangat kan

      Delete
  8. lamaa x baca komik, zaman. sek memangg suka sgt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya sementara ada masa ni dapat lah membaca...
      nanti dah sibuk tak merasa laa

      Delete
  9. penulis komik ni seorg doktor ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. yang tu saya tak pasti. Mungkin ada latar belakang bidang kesihatan rasanya

      Delete