Followers

Sunday, July 16, 2023

Review Buku Letters From My Heart Vol II




Assalamualaikum, Hello coconuts!

Cuya baru sahaja selesai membaca buku Letters From My Heart Vol II daripada influencer kegemaran Cuya iaitu Aisyah dan Abang Alif. Sebelum ni Cuya ada review buku yang pertama, Letters From My Heart . Korang boleh la klik link kalau nak baca.

Berbeza antara Vol I dan Vol II adalah dari segi tema pengisian buku ini.

Vol I - General
Vol II- Persahabatan, percintaan dan perpisahan.

Vol II lebih menyentuh hati Cuya sebab tersangat kena dengan situasi Cuya. Cuya putus cinta dan kehilangan kawan. Cuya sangkakan kehilangan kawan tidak akan sakit, namun ianya jadi lebih teruk selepas membaca buku ini. Lagi sakit kehilangan kawan daripada kehilangan kekasih.

Lagi-lagi bila Cuya membaca buku sambil mainkan lagu piano yang sedih di youtube. Tiba-tiba sahaja air mata jatuh menyembah bumi. Aaahhh sudahh. Nasib baik Cuya masih mampu mengawal emosi dan tidak mengeluarkan esakan tangisan. Kalau tidak malu didengari ibu. Nak nangis pon kena pandai cover tau!

Orang kata, kalau kita membaca atau mendengar apa-apa sahaja yang berkait rapat dengan kita, kita akan jadi lebih emosional. Ibarat kita tengah sedih, kita dengar lagu galau yang mendayu-dayu. Lagi sedih! 







Sebahagian kata-kata dalam buku ini.

Kata-kata dia nampak simple tapi kalau kena pada situasi memang sakit terasa dalam di sanubari. Bagai dihiris pisau belati! Dia sedih tetapi pada masa yang sama dia memberi motivasi yang tinggi pada Cuya untuk move on daripada masa lampau. Ada juga terselit ayat daripada al-Quran.

Kita nak sedih, sedih juga. Tapi janganlah lama-lama. Cukup sekadar untuk melepaskan dan melegakan hati kita. Manusia mana yang tidak merasakan kehilangan dalam hidup? Semua orang merasakannya. Lainlah kalau kita memang hidup sendiri dan tidak mempunyai kawan atau tak pernah ada pengalaman bercinta. Mungkin dia kehilangan perasaan barangkali.

Apa-apa pon buku Vol II ini juga bahasa Inggerisnya mudah, malah lebih mudah daripada Vol I. Kalau di Vol I Cuya berjaya mencari 31 kosa kata bahasa Inggeris yang baharu, di Vol II hanya ada 8 je kosa kata yang baru pada Cuya. Bagi Cuya, orang yang ada asas bahasa Inggeris  boleh fahami dengan tersangatlah mudah.

Dictionary Cuya untuk buku Letters From My Heart Vol II

Alhamdulilah, Cuya puas hati dengan buku ni. Berbaloi-baloi la untuk seketul Cuya baca. Baca buku ni sekejap je dah habis pembacaannya. Lagi-lagi kalau orang dah biasa baca laju, ayat pulak pendek-pendek.

Cakap banyak pon tak guna, korang kalau nak tahu lebih lanjut kena baca tau. Beli je kat Tiktok bila Hijanah buat live. Murah dan berbaloi. Kalau taknak beli time live pon takpe, beli je sementara stok masih ada.


Sekian sahaja review Cuya. Nantikan next review! (Kalau ada masa la...eheks )
Adios amigos!







28 comments:

  1. wah..menariks & best ayat2 dia.. leh try cari ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik...try cari dekat Tiktok Hijanah ;)

      Delete
  2. salam singgah. hilang kawan lagi sakit dari hilang cinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab singgah. Betul2, menyakitkan

      Delete
  3. Betul kalau ada kaitan memang terasa betul.

    ReplyDelete
  4. memang sakit kalau kehilangan kawan baik akibat permusuhan..tapi lagi sakit kalau tiba-tiba menjauh tanpa penjelasan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, pergi tanpa berita itu menyedihkan

      Delete
  5. Kalau baca kutipan dan kata-katanya pas ngena di hati apalagi saat kita lagi terpuruk memang bikin mewek ya...hehee

    ReplyDelete
  6. Kak Sue pun sama, kalau baca buku atau tengok cerita kat tv yang ada kena mengena mul lah nak tangkap leleh.. huhuhu.. Hati tisu lah kata kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya jarang nak sedih2 baca buku, sebb ada kene ngn kita tu yg sedih..hehe

      Delete
  7. hey, thanks for the review. Singgah sini and done follow you. xo

    ReplyDelete
  8. nice book Cuya, macam buku Iddin Ramli pula kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, konsepnya sama je..tema healing2 gitu

      Delete
  9. Banyak juga kata2 yang best kat sini. Boleh bagi motivasi....

    ReplyDelete
  10. Betul cuya, kita ni bila baca buku, ayat-ayat yang kena dgn situasi kita tengah hadap ataupun dgr lagu yg sedih mmg emosi lebih..hehe..nak nangis pun kena cover-cover tkut org nampak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak...hahaha...nak nangis kena duduk dalam bilik..hehe

      Delete
  11. This is one of the effective ways to improve your English! Keep it up!

    ReplyDelete
  12. banyak kata2 positif dan secara tak langsung menarik kita menjadi lbh positif👍👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Nak jadi orang positif kena baca banyak perkara positif

      Delete
  13. Owh.. dia kongsi quote eh.. menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...cepat je habis bila baca buku ni :)

      Delete