Assalamualaikum, hello coconuts! Kabare?
Cuya disini sihat saja tapi agak selesema sedikit. Tapi apa-apa pon Cuya nak review satu buku healing yang hangat diperkatakan oleh warga Tiktok. Buku yang bertajuk Letters From My Heart adalah penulisan influencer favourite Cuya iaitu Aisyah dan Abang Alif. Cuya memang dah lama kenal diorang sejak diorang belum berkahwin lagi.
Cuya ni minat sangat dekat diorang dua sampai tidur pon termimpi-mimpi diorang. Serious talk korang. Cuya teringin sangat nak jumpa diorang. Fans banget seyhh.... Tapi apakan daya, belum ada rezeki lagi. Cuya tak dapat jumpa diorang, tapi kawan lelaki Cuya pula yang bekerja dengan company Hijanah. Haiya manyak untung.
Now, let's go straight to the content of this book. Cehhh mat saleh kauu. Al maklumlah, buku yang ditulis pon dalam bahasa Inggeris. Tu yang kita pon pelat mat saleh gitu.Eheks!
Jom kita tengok sebahagian isi dalam buku ni.
Semua gambar kredit pada Mr Google. Sorry kalau gambar tak berapa jelas.
Cuya banyak beri penumpuan pada quotes yang berkaitan dengan persahabatan dan juga percintaan. Seolah-olah setiap kata-kata itu kena dengan diri sendiri. Bila melibatkan persahabatan, Cuya jadi sedih sebab Cuya kehilangan kawan rapat. Bukanlah dia meninggal dunia, tapi telah meninggalkan Cuya tanpa sebab yang jelas.
Melalui buku ini, Cuya belajar manusia hanyalah bersifat sementara. Tidak ada gunanya kita bertahan terhadap sesuatu atau seseorang yang tidak mahu lagi bersama kita. Apa gunanya bersama kalau kita saling membenci? Kadangkala pergi itu lebih baik daripada kita bertahan pada perkara yang tidak kita gemari.
Melalui buku ini juga Cuya sedar, Cuya tidak keseorangan. Ramai lagi diluar sana yang mempunyai masalah sama macam Cuya. Masing-masing pernah terluka, pernah disakiti, dibuang,dihina dan bermacam perkara buruk lagi berlaku. Kita sahaja yang tak nampak sebab kadangkala manusia pandai menipu.
Bukan sahaja menipu orang sekeliling, malah menipu diri sendiri. Tak sedar diri dilukai dengan dasyat, tapi malah memilih untuk bertahan. Sehingga sampai satu masa hati dah berkecai dan tak mampu pulih baru kita sedar peritnya disakiti manusia.
Sebab tu orang pernah kata, jangan berharap pada manusia kerana manusia akan mati. Letaklah pengharapan yang tinggi kepada Allah. Sayang manusia berpada-pada. Inilah antara mesej yang tersirat yang kita tak nampak dalam buku ni, tapi ia ada di sebalik kata-kata healing.
Buku ini bukanlah healing semata-mata, malah ia lebih dari itu.Ianya adalah sebuah nasihat untuk jangka masa panjang. Kata-katanya sangat ringkas dan padat tapi jitu dan padu. Bahasa Inggerisnya juga rata-rata mudah difahami.
Cakap tentang bahasa, disebabkan ada sesetengah perkataan dalam buku ini ada yang Cuya tak familiar, Cuya mengambil keputusan untuk menulis semula perkataan tersebut disertai dengan maksudnya di sebelah. Jadi Cuya baca buku ni sambil dengar lagu lofi di Youtube, serta mencari maksud perkataan yang Cuya tidak faham dalam buku ni.
Turutan dia begini (Perkataan tak difahami -> Mukasurat -> Maksud perkataan)
Ada 31 perkataan yang Cuya tak berapa familiar dan tak faham. Dengan cara ini, kosa kata Inggeris Cuya sudah makin bertambah. Sambil healing, sambil belajar, bagus bukan?
Next time, kalau Cuya baca lagi buku ni dah tak perlu risau. Sebab Cuya ada dictionary sendiri. Nak faham, refer je buku nota Cuya. Membantu juga kita nak belajar perkataan baru. Sebab tu Cuya kata, ini bukan sekadar buku healing biasa. Ianya lebih dari itu!
Overall, buku sebenarnya nasihat yang general. Ada motivasi tentang kehidupan, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan . Pokoknya sangat dekat dengan kita. Ianya merangkumi semua permasalahan yang biasa orang hadapi. Yang paling penting buku ni mengajar tentang diri sendiri. Cara kita hadapi hidup kita.
Cuya bagi 10 bintang! Coming up next, buku Volume 2 pulak. Haritu ada promosi daripada Tiktok. Sebuah buku rm9, maka Cuya tidak melepaskan peluang. Dah lama teringinkan buku-buku hijanah, tapi selalu tak berkesempatan. Moga ada rezeki Cuya untuk borong kesemua buku Hijanah. Aamin Ya Rabb! One fine day!
Sekian , adios amigos!
Menarik!! Akak pun suka quote-quote mcm ni.. dlu ms sekolah mmg hobi tulis quote dlm scrapt book
ReplyDeletekan..quote yg simple tapi bermakna dan memberi kesan ;D
DeleteYah begitulah hidup,kita ga pernah tau bakalan sepeti apa,buku ini mengajarkan banyak hal ttg hidup pada kita,..sy pernah baca kutipan dari seseorang," janganlah berharap berlebih terhadap seseorang,karena jika kita sudah terlibat di dalamnya berarti kita siap"untuk kecewa"...tapi bagaimanapun sebagai manusia biasa tak lepas dari salah dan khilaf,pastilah akan menemui ujian hidup dan hanya berharap pada yg maha besar Allah.
ReplyDeleteBenar, pengharapan hanya akan memberi kekecewaan.Apa-apa pon hidup perlu diteruskan
Deletebagusnya adik akak ni, rajin mengupas buku..bagus teruskan
ReplyDeleteSetuju apa cita kata tu tentang jangan berharap dengan manusia nanti jadi sakit kita
ReplyDeletebetul, berharap pada pencipta lebih utama
DeleteBagusnya Cuya buat note sekali jalan eh. Dapat tambah kosa kata
ReplyDeleteSebab Inggeris Cuya pon dah berkarat, sesekali latih otak untuk belajar benda baru..heheh
DeleteEh eh eh.... simple je ilustrasi dia! I like!
ReplyDeletekan...simple je tapi cantik kan :D
DeleteSemoga Cuya dapat memiliki buku-buku yang diidamkan. Menarik buku ni. Bagus Cuya, ada tulis makna perkataan, buat rujukan diri sendiri.
ReplyDeleteAamin ya Rabb...ya buku yang bagus dan bermanfaat.
DeleteNak healing boleh, belajar pon boleh
Comel cover dan kartun isi dalamnya. Bagus Cuya rajin membaca dan boleh tambah ilmu kosa kata.
ReplyDeleteYup, kartun simple tapi cute kan.
DeleteSementara ada masa ni, Cuya isi dgn membaca .
Nanti dah takde masa nak baca
Murah harga buku. Oh ya tengok ayat memang mudah.
ReplyDeleteYa, ikutkan harga lagi mahal. Tapi live tiktok memang murahh
DeleteAyat dia memang semua simple sahaja dan mudah difahami.
Simple je buku dia ya. Akak pun minat jugak buku² macam ni. Terima kasih kerana berkongsi dan terima kasih jugak sebab follow blog akak. Akak follow cuya ok. Salam kenal. 😊
ReplyDeleteKalau minat, bolehlah dapatkan buku ni kak...
DeleteTerima kasih kak sebab followback 🤗
salam singgah. akak follow deh. rata - rata kebanyakn buku sekarang menulis ala2 quote. anak bujang akak minat Iddin Ramli. ahaha. terasa anoyyed sungguh. yg 2nd, girl plak mcm akak. minat novel thriller dan horror.
ReplyDeleteWah baguslah, masing- masing minat membaca.
DeleteBangsa membaca bangsa berjaya..gituu
alhamdulillah....ada beza orang yang suka membaca dan tidak dalam bidang penulisan...ternyata penggunaan frasa, ayat dan perkataan cukup teratur dalam penulisan awak...tahniah....teruskan minat membaca dan menulis
ReplyDeleteTerima kasih Encik atas komen yang memberansangkan.
DeleteMoga minat membaca saya akan kekal sampai bila-bila a
suka ayat2 healing macam ni..kalo ciksun selalunya refer pinterest untuk ayat2 motivasi bergambar..
ReplyDeletebagusnya cuya, siap tulis nota bila ada perkataan baru..
Cuya lagi prefer buku fizikal daripada online
DeleteSebab silau tengok handphone lama2 .. heheh
it's so pleasing. semoga impian sis cuya nak jumpa diorang tercapai, aamiinn. ❤
ReplyDeleteAww...Aamin... terima kaih atas doanya :D <3
Deleteooo peminat alif dgn aisyah rupanya...
ReplyDeletemenarik perkongsiannya...sy rs buku ni lbh drpd sekadar nasihat dan motivasi 👍👍👍
ya...peminat jauh .. hehe
DeleteYa, buku ni penuh dengan pengajaran dan nilai murni yang kita boleh ambil.
bagusnya..sambil baca & sambil belajar...
ReplyDelete