Wednesday, July 12, 2023

Ole Ole Thailand Daripada Bestie!

Assalamualaikum, hello coconuts!

Entri harini sepatutnya sudah lama Cuya seharusnya tuliskan di blog tapi masa tu mood blogging Cuya kelaut agaknya sampai lupa nak tulis.

Entri ini adalah tanda penghargaan dan peringatan Cuya pada sahabat baik Cuya iaitu Liza Jamal anak Ibu Atie orang Klebang hawau you. HAHAHA Jangan risau, kami orang Melaka memang kasar ya guys, bear that in mind.

Sebelum Cuya nak tunjukkan buah tangan yang Liza bagi pada Cuya, biarlah Cuya perkenalkan sedikit latar belakang seketul Liza. Kami mula berkawan sejak sama-sama ambil diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik Merlimau Melaka. Cuya tak berapa ingat punca kami rapat, rasanya disebabkan ada assignment berkumpulan.

Pernah juga kami sebilik sebagai roomate di kamsis  (kolej siswa dan siswi). Maka segala bentuk kebodohan Cuya, Liza telahpun menjadi saksi.Segala aib Liza juga Cuya dah tahu banyak. Dan ianya kekal rahsia sehingga kini. Namun begitu, kebodohan kami bersifat kekal abadi sebab tu kami masih berkawan baik. HAHAHA

Ini dia si manis Liza Jamal aka Dak Angah
Masih single, bolehlah kalau nak kenal2...kikiki





Disebabkan Cuya Maha pelupa , Cuya lupa la nak tangkap gambar ole2 tu. Jadi Cuya screenshot je daripada video unboxing Cuya . Hehe Maka lihatlah mimik muka Cuya yang terherot-herot membebel masa unboxing sebab teruja . 



Purse dan keychain


Yey dapat makeup Thailand!


Mekap lagii

Snek sotong


First time Cuya nampak kerepek yang berbentuk peha ayam. Unik dan sedap gila!

Snek ikan



Apa-apa pon jajan Thailand semua dah selamat masuk perut. Liza ada bagi makeup Thailand juga, Cuya masih belum gunakannya lagi. Banyak gila dia bagi...

Pemberian Liza membuatkan Cuya teringat memori semasa diploma kami bersama pergi Thailand untuk subjek kami. Cuya rindu sangat dekat Thailand.


Terima kasih Liza sebab ingatkan aku. Moga satu hari nanti aku dapat balas kebaikan kau ni. Aku doakan kau dimurahkan rezeki berlipat ganda! Moga persahabatan kita kekal sampai bila-bila. <3

ฉันรักคุณ C̄hạn rạk khuṇ! ( i love you!)


Sunday, July 9, 2023

Review Buku Healing : Letters From My Heart




Assalamualaikum, hello coconuts! Kabare?

Cuya disini sihat saja tapi agak selesema sedikit. Tapi apa-apa pon Cuya nak review satu buku healing yang hangat diperkatakan oleh warga Tiktok. Buku yang bertajuk Letters From My Heart adalah penulisan influencer favourite Cuya iaitu Aisyah dan Abang Alif. Cuya memang dah lama kenal diorang sejak diorang belum berkahwin lagi.

Cuya ni minat sangat dekat diorang dua sampai tidur pon termimpi-mimpi diorang. Serious talk korang. Cuya teringin sangat nak jumpa diorang. Fans banget seyhh.... Tapi apakan daya, belum ada rezeki lagi. Cuya tak dapat jumpa diorang, tapi kawan lelaki Cuya pula yang bekerja dengan company Hijanah. Haiya manyak untung.

Now, let's go straight to the content of this book. Cehhh mat saleh kauu. Al maklumlah, buku yang ditulis pon dalam bahasa Inggeris. Tu yang kita pon pelat mat saleh gitu.Eheks!

Jom kita tengok sebahagian isi dalam buku ni.











Semua gambar kredit pada Mr Google. Sorry kalau gambar tak berapa jelas.

Cuya banyak beri penumpuan pada quotes yang berkaitan dengan persahabatan dan juga percintaan. Seolah-olah setiap kata-kata itu kena dengan diri sendiri. Bila melibatkan persahabatan, Cuya jadi sedih sebab Cuya kehilangan kawan rapat. Bukanlah dia meninggal dunia, tapi telah meninggalkan Cuya tanpa sebab yang jelas.

Melalui buku ini, Cuya belajar manusia hanyalah bersifat sementara. Tidak ada gunanya kita bertahan terhadap sesuatu atau seseorang yang tidak mahu lagi bersama kita. Apa gunanya bersama kalau kita saling membenci? Kadangkala pergi itu lebih baik daripada kita bertahan pada perkara yang tidak kita gemari.

Melalui buku ini juga Cuya sedar, Cuya tidak keseorangan. Ramai lagi diluar sana yang mempunyai masalah sama macam Cuya. Masing-masing pernah terluka, pernah disakiti, dibuang,dihina dan bermacam perkara buruk lagi berlaku. Kita sahaja yang tak nampak sebab kadangkala manusia pandai menipu.

Bukan sahaja menipu orang sekeliling, malah menipu diri sendiri. Tak sedar diri dilukai dengan dasyat, tapi malah memilih untuk bertahan. Sehingga sampai satu masa hati dah berkecai dan tak mampu pulih baru kita sedar peritnya disakiti manusia.

Sebab tu orang pernah kata, jangan berharap pada manusia kerana manusia akan mati. Letaklah pengharapan yang tinggi kepada Allah. Sayang manusia berpada-pada. Inilah antara mesej yang tersirat yang kita tak nampak dalam buku ni, tapi ia ada di sebalik kata-kata healing.

Buku ini bukanlah healing semata-mata, malah ia lebih dari itu.Ianya adalah sebuah nasihat untuk jangka masa panjang. Kata-katanya sangat ringkas dan padat tapi jitu dan padu. Bahasa Inggerisnya juga rata-rata mudah difahami.

Cakap tentang bahasa, disebabkan ada sesetengah perkataan dalam buku ini ada yang Cuya tak familiar, Cuya mengambil keputusan untuk menulis semula perkataan tersebut disertai dengan  maksudnya di sebelah. Jadi Cuya baca buku ni sambil dengar lagu lofi di Youtube, serta mencari maksud perkataan yang Cuya tidak faham dalam buku ni.



Turutan dia begini (Perkataan tak difahami -> Mukasurat -> Maksud perkataan)

Ada 31 perkataan yang Cuya tak berapa familiar dan tak faham. Dengan cara ini, kosa kata Inggeris Cuya sudah makin bertambah. Sambil healing, sambil belajar, bagus bukan?

Next time, kalau Cuya baca lagi buku ni dah tak perlu risau. Sebab Cuya ada dictionary sendiri. Nak faham, refer je buku nota Cuya. Membantu juga kita nak belajar perkataan baru. Sebab tu Cuya kata, ini bukan sekadar buku healing biasa. Ianya lebih dari itu!

Overall, buku sebenarnya nasihat yang general. Ada motivasi tentang kehidupan, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan . Pokoknya sangat dekat dengan kita. Ianya merangkumi semua permasalahan yang biasa orang hadapi. Yang paling penting buku ni mengajar tentang diri sendiri. Cara kita hadapi hidup kita.


Cuya bagi 10 bintang! Coming up next, buku Volume 2 pulak. Haritu ada promosi daripada Tiktok. Sebuah buku rm9, maka Cuya tidak melepaskan peluang. Dah lama teringinkan buku-buku hijanah, tapi selalu tak berkesempatan. Moga ada rezeki Cuya untuk borong kesemua buku Hijanah. Aamin Ya Rabb! One fine day!


Sekian , adios amigos!






Thursday, July 6, 2023

Review Komik : Misi Medik Sahut Cabaran



Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Apa khabar semuanya? Semoga berada dalam kesihatan yang baik. Aamin. Entri kalini adalah review komik yang baru sahaja Cuya selesai baca. Dah lama dah beli, tapi mood membaca tulah asyik datang dan pergi. Hehehe

Komik misi ni adalah buku kedua daripada Misi Medik 1. Cuya akan sertakan kedua-dua sinopsis bagi komik ini.

SINOPSIS MISI MEDIK #1:
Komik ini menceritakan kisah Yana, seorang pelajar perubatan dan kawan pertamanya di universiti, Isabelle. Yana ialah seorang yang mempunyai masalah anxiety (cemas) apabila bercakap dengan orang lain terutamanya dalam kumpulan besar. Yana bertekad untuk mengatasi kelemahan dirinya, namun ianya tidak semudah yang disangka. Untuk membantu dirinya berubah, Yana sentiasa bersama dengan Isabelle yang merupakan antara pelajar tahun pertama yang terbaik di universiti itu.

SINOPSIS MISI MEDIK #2:
Bermula tahun ketiga, Yana dan Isabelle lebih kerap berinteraksi dengan pesakit sebenar di hospital. Kali ini mereka melakukan pusingan ke beberapa wad antaranya NICU, O&G, Pediatrik, Obstektrik, dan Respiratori. Ketika inilah mereka mula sedar cabaran dan realiti menjadi doktor. Mampukah Yana melaluinya dengan cemerlang?


Komik ni memang banyak info yang bermanfaat. Ada istilah sainstifik yang dijelaskan dengan bahasa ringkas. Mengajar kita erti empati dan memberi contoh untuk kita berkomunikasi dengan baik. Ada sesetengah istilah sains tu Cuya sengaja tanya ibu sebab ibu nurse dulu, ternyata istilah yang digunakan semuanya betul belaka. Jadi jangan takut sebab info dalam komik ni semua tepat.

Semua orang mengalami masalah nervous kan bila berhadapan dengan orang ramai? Tak kisahlah jumpa orang ramai, kadang2 bila kita nak present dan bercakap dengan cikgu pon takut. Takut melakukan kesilapan.

Apa yang Cuya belajar daripada komik ni, kita jangan takut melakukan kesilapan dan jangan terlalu overthinking terhadap benda yang belum terjadi. Cikgu atau pengajar sebenar tidak pernah lokek ilmu dengan kita. Kalau kita tak faham apa-apa, tanya saja. Tunjukkan kesungguhan  kita nak belajar. Pengajar suka kalau kita banyak bertanya daripada mendiamkan diri.

Dalam kita mendalami ilmu , tak semuanya bijak teori. Adakala orang akan lebih faham bila kita praktikkan apa yang kita belajar. Bila kita aplikasikan kesemua teori yang kita belajar dalam kelas, inshaAllah kita akan lebih mudah faham dan ingat fakta penting dalam kelas.

Secara tidak langsung, kita bukan sahaja berhibur tapi kita dapat banyak ilmu dengan membaca komik sebegini. Kalau nak komik yang memberi manfaat tinggi untuk kita atau anak-anak, belilah komik misi tau. Cuya memang dari dulu beli komik Misi. Ada beberapa komik lagi Cuya belum dapatkan.

Tapi banyak pilihan untuk komik Misi ni. Korang boleh search saja. Cuya memang 100 peratus recommed!

Baik, itu sahaja yang Cuya boleh share. InshaAllah akan datang kalau ada komik lain, Cuya akan cuba rajinkan diri review ya. Eheks XD


Adios Amigos!



Friday, June 30, 2023

Aku beli Novel Siri IMPIANA daripada penulis kegemaran Ain Maisarah!

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Rasanya tak terlambat lagi Cuya nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua Coconuts di blog ini. (pembaca blog).

Alhamdulilah syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dan masih mampu untuk menaip penulisan di blog saya yang penuh dengan kekurangan. Kalini Cuya nak berkongsi cerita berkenaan pembelian novel siri Impiana yang ditulis oleh penulis favourite sejak Cuya di bangku sekolah lagi iaitu kak Ain Maisarah.

Entah macam mana tiba-tiba tiktok kak Ain lalu dekat FYP Tiktok Cuya, jadi Cuya of course tanpa fikir panjang terus follow. Al maklumlah, penulis favourite kan. Cuya merajinkan diri untuk join live di Tiktok kak Ain sebab nak tahu perkembangan terkini.


Nilah kak Ain. Manis orangnya. Maaf gambar kurang kualitinya. hehe



Dipendekkan cerita, kak ain dia nak released novel thriller siri IMPIANA yang akhirnya menemukan kepada penamat cerita setelah beberapa tahun novel ni tiada sambungan. Cuya pon tak pasti tentang tempohnya sebab dulu Cuya tak beli siri ni sebab Cuya pinjam novel dari sahabat baik Cuya, Ainaa. Cerita dah lama wak, zaman sekolah dulu memang tak ingatlah ceritanya.. Hehe

Yalah, dulu kita manalah boleh membeli buku sesuka hati kan. Mak ayah tak bagi. Hahaha. Kalau dulu penulisan kak Ain banyak kepada keremajaan, sekarang ni sudah ada penulisan yang sesuai untuk pembaca dewasa macam Cuya sendiri.

Cuya paling menanti siri Mr. Right . Tak sabar rasanya menunggu sambungan. Dengar cerita kak Ain akan sambung siri ni ke Mr. Right Diraja.


Ini adalah gambar siri IMPIANA cover lama. Kredit kepada Mr Google.



Kredit Mr Google.




Bila Cuya tahu je kak Ain nak jual siri IMPIANA ni, Cuya terus grab satu set! Inner childhood Cuya membuak-buak untuk membeli walaupun dalam bank tak banyak duit. HAHAHA Sesungguhnya ini adalah pembelian terbesar yang Cuya belanja ke arah novel kak Ain. Biasanya Cuya beli loose je.

Alhamdulilah, siri novel ni dah sampai ke tangan. Jom kita tengok!



Mula-mula set ni akan didatangi bersama paperbag Impiana. Black is so mystery gitu...




 ? Lepas tu ada kotak Impiana VIP. The special box. Cantik kan design dia

Dah lama hidup baru berkesempatan merasa special box daripada Kak Ain. Masa kecik2 tak merasa. Haha

Dalam kotak dia ada file sulit khas Impiana. Jom kita tengok apa isi file ni.


Ada sijil daripada syarikat IMPIANA dan juga sijil pemilikan asli siri IMPIANA



Dalam fail sulit tu pon ada kad yang berlogokan logo IMPIANA dan juga surat mohon maaf dari watak Wannababes kepada si mangsa Mimi Monira


Nilah novel-novelnya. Dan ia bermula dengan cerita yang menjadi pemula kepada siri IMPIANA iaitu novel BULI. Cover novel ni nampak lebih thriller, misteri dan dewasa kan?


Ni novel comel. Dalam novel comel ni ada kisah-kisah yang kita tidak tahu daripada novel. Macam rahsia gitu.

Secara ringkasnya, siri IMPIANA ni adalah kisah daripada kumpulan terkenal dan berpengaruh di sekolah Sri Bangsar iaitu The Wannababes yang terdiri daripada tujuh ahli. Diorang ni memang nakal dan antara watak yang paling diminati dan dibenci oleh pembaca novel sendiri.

Siri IMPIANA adalah siri dimana The Wannababes sudah pon meningkat dewasa dan populariti mereka of course makin jatuh dan tidak segah zaman sekolah dahulu kala.

Kemunculan si Mimi Monira yang pernah dibuli oleh The Wannababes semasa di alam persekolahan , adalah permulaan segala cerita. Mimi Monira yang dahulunya gemuk, kini tampil kurus telah menimbulkan tanda tanya The Wannababes. Mimi Monira memberitahu bahawa semua ni adalah hasil daripada syarikat IMPIANA yang akan merealisasikan segala impian dalam masa 3 bulan.

Jadi The Wannababes macam curious nak tahu tentang syarikat IMPIANA, jadi mereka pon mendaftarkan diri tanpa sedar dengan apa yang bakal menimpa diri mereka.


Nah...begitulah sedikit sebanyak sinopsis novel ni. Cuya belum baca, tapi Cuya tahulah juga kan. Kalau korang nak dapatkan boleh klik link di bawah ya.



Apa apa pon kak Ain Maisarah adalah memori terbesar dalam dunia pembacaan Cuya. Cuya pon jadi obses dengan buku kak Ain. Terima kasih kak Ain sebab menjadi sebahagian daripada hidup Cuya . It's really worth  it!

Walaupun sepanjang hidup masih belum berkesempatan bersua muka, moga satu hari nanti akan ada rezeki Cuya bertemu dengan kak Ain. Aamin ya Rabb. Teruskan berkarya kak Ain!


With love


Wednesday, June 14, 2023

PENCUCI MUKA ALOE VERA TERBAIK 2023 – KULIT MUKA LEBIH SEGAR DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

PENCUCI MUKA ALOE VERA TERBAIK 2023 – KULIT MUKA LEBIH SEGAR DENGAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER


Pernah tak korang mengalami masalah kulit kusam, kulit berminyak dan tidak bermaya? Setiap bulan mesti keluar duit beratus ringgit semata-mata untuk membeli produk yang mahal lagi berkualiti. Ramai percaya, lagi mahal produk tu lagi ianya berkesan untuk kita. Salah! Sebagai seorang yang mempunyai masalah kulit yang teruk, Cuya telah pergi merujuk kepada pakar untuk dapatkan nasihat tentang kulit Cuya ni. Kulit muka Cuya sebenarnya sangat sensitive dan adalah kulit kombinasi antara berminyak dan juga kulit kering.

Kalau bahagian kulit yang berminyak adalah di bahagian T zone muka dan yang kering semestinya di kawasan pipi. Kulit muka Cuya juga kadang-kadang mudah naik jerawat dan berparut. Kalau dulu Cuya terpaksa pakai produk dari hospital, sekarang ni doktor menasihati Cuya untuk menggunakan produk yang 'mild' atau bersifat lembut terhadap kulit. Puas mencari produk yang sesuai dengan kulit muka Cuya. Akhirnya Cuya sudah jumpa jawapannya!

 


                                         

Masa Cuya tengah research berkenaan produk kulit, Cuya ada jumpa satu produk review daripada salah seorang blogger. Review dia macam menarik pula apabila dibaca. Jadi sudah semestinya Cuya nak cuba.

 

Pencuci Muka Aloe Vera Hansaegee Nature


 Memperkenalkan produk Hansaegee Nature Aloe Ac Clean Bubble Cleanser, 100% made in Korea dan merupakan pencuci muka water based yang sesuai untuk semua jenis kulit (kulit berminyak, kulit kering, kulit kombinasi).

 

Aloe AC Clean Bubble Cleanser, sejenis cleanser aloe vera dari Hansaegee Nature menggunakan pelbagai jenis ekstrak tumbuhan semula jadi dan pati minyak (essential oil). Dua bahan utamanya pencuci muka aloe vera terbaik ini ialah Aloe Barbadensis Leaf Juice dan Tea Tree Leaf Oil yang sememangnya bagus untuk kulit. Aloe vera ni bagus untuk kulit yang berjerawat macam Cuya ni. Bukan sahaja mampu membersihkan kulit,merawat jerawat, melegakan sunburn, antiradang, melembabkan kulit malah dapat mengurangkan bintik hitam. Tea tree oil juga mampu merawat jerawat di kulit. Selain itu, boleh membersihkan kulit, melembutkan kulit, mengurangkan jangkitan bakteria serta anti fugus. Pencuci muka aloe vera ini juga selamat untuk kulit sebab bebas paraben, sulfate dan alcohol. Maka ia merupakan the best cleanser untuk kulit sensitive dan juga pencuci muka yang bagus untuk semua jenis kulit.

 

 

Bila Cuya first merasai sendiri cleanser aloe vera ni, terkejut dengan tekstur dia yang sangat watery soft bubble, smooth dan moisturizing. Kira dia dalam bentuk foam yang lembut sangat. Memang puas kalau guna untuk cuci muka. Lembut sahaja bila pegang dan menyentuh kulit. Dengan tekstur yang watery soft bubble, pencuci muka terbaik ni mampu menanggalkan kekotoran jauh ke dalam pori-pori kulit, memberikan penampilan yang lebih sihat dan serta membuat kulit muka bersih dan moisturizing tanpa rasa tegang dan kering.


Tekstur pencuci muka aloe vera terbaik - watery soft bubble membersihkan

hingga ke liang pori

 

Ada banyak kebaikan bila cuci muka menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni. Disebabkan Cuya ni adalah seorang yang suka makeup bila berjalan-jalan, pencuci ni bagus sebagai pembersih mekap. Bila cuci, memang ianya akan membersih hingga ke dalam pori-pori. Jadi Cuya pon tidak akan was-was untuk mengambil wuduk setiap kali solat. Pencuci ini juga boleh membuang segala kekotoran yang ada di dalam pori-pori jadi muka akan terasa sangat bersih. Kulit muka Cuya yang berminyak ni pon dah tak terasa berminyak malah menjadi lebih lembab dan lembut apabila disentuh. Kulit memang tak terasa kering! Mengekalkan kulit kita lembap sepanjang hari selepas proses mencuci, kulit tidak kering, buih yang gebu dan lembap menghalang kulit kita daripada mengering. Cleanser terbaik ini juga mampu menanggalkan kotoran, sel kulit mati dan menjadikan kulit kelihatan bersih dan cerah.

 

 

Mari Cuya tunjuk step cuci muka yang betul dengan cleanser terbaik ni.


 

Cara Guna Pencuci Muka Aloe Vera / Cara Cuci Muka yang Betul

 

1) Basahkan muka dan tangan dengan air. Pamkan sedikit Aloe AC Clean Bubble Cleanser ke telapak tangan

2) Sapukan rata buih pencuci ke muka dan gosok secara membulat

3) Basuh muka dengan air.

 

 

Lepas kali pertama membasuh muka dengan pencuci muka terbaik ni, muka akan rasa segar dan bersih. Kulitmuka pon terasa moisturizing, memang best. Kulit Cuya yang pada asalnya berminyak di bahagian T zone dah tak berminyak dah. Muka rasa lembut sangat bila disentuh. Tak kering langsung. Memang best sangat!

 

Selain mencuci muka, cleanser aloe vera terbaik ini juga boleh membersihkan mekap di muka. Gambar di bawah menunjuk cara Cuya bersihkan mekap.

 

Cleanser aloe vera – bersihkan kesan makeup dan kotoran hingga ke liang pori. Pori besar juga boleh menjadi kecil

 

Sebelum Cuya cuba untuk buang mekap, Cuya oleskan maskara, pemerah pipi dan juga lipstik di tangan Cuya. Cuya cuma pamkan sedikit Aloe AC Clean Bubble Cleanser pada tangan Cuya yang mempunyai kesan mekap, kemudian gosok dan bersihkan dengan air atau tisu basah.  Bersih betul!

 

 

Jenis : Pencuci Muka Water Based

Kegunaan : Muka

Tekstur : Watery Soft Bubble

Isi Padu : 150ml, Size 5.29 fl.

 


 

 


Pencuci Muka Aloe Vera Untuk Kulit Berminyak - Review by Cuya

 


 

Selepas menggunakan Aloe AC Clean Bubble Cleanser, Cuya rasa kulit Cuya lebih bersih, segar dan penuh dengan kelembapan. Kulit muka Cuya dah tak berminyak macam dulu lagi dan tidak kering. Memang best pencuci aloe vera ni. Jerawat pon dah susah nak tumbuh dan cepat kecut. Sekali pakai terus in love!

 

 

 

Untuk lebih info, boleh la hubungi syarikat di bawah :

 

🍁Brand: Hansaegee Nature 

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 



 

 

 

 

 



Followers