Followers

Sunday, January 7, 2024

Print Planner Sendiri


Assalamualaikum, Hello  Coconuts!


Cuya tengah rajin nak print kertas warna warni supaya semangat nak menulis. Tahun lepas Cuya ada beli planner bentuk pdf bayar seikhlas hati. Apa? Ya! Seikhlas hati! Dah 2 tahun Cuya beli.

Baca sini:

Printable Planner 2023, Bayar Seikhlas Hati je!



Tahun ni pon penulis tu buat lagi.















conteng2's profile picture



Printable Planner 2024 | Softcopy | Bayaran Seikhlas Hati! πŸŽ‰

Yang dinanti sudah kembali! Printable Planner edisi 2024 kini lebih berwarna warni, lebih berseri dan masih ✨Seikhlas Hati!✨

Set planner unik ini mengandungi lebih 250 fail PDF dengan pelbagai trackers dan planners berwarna-warni. Semuanya tersusun rapi untuk menemani perjalanan anda sepanjang 2024 nanti.

Saya masih mengekalkan harga 'bayaran seikhlas hati', bermakna anda boleh tentukan sendiri berapa harga planner ini mengikut keperluan dan kemampuan anda sendiri.

Gunakannya pada tablet/ipad ataupun cetak mengikut keperluan anda. Terhad untuk kegunaan sendiri sahaja (tidak boleh dijual semula).

Untuk membuat pembelian, anda boleh membuat pembayaran ke 'Pixel Craft Studio' melalui:
1. QR code (disertakan dalam gambar di atas)
2. atau secara bank transfer ke Maybank (No. akaun: 514123699362)
3. Selepas pembayaran dibuat, dapatkan link untuk muat turun kesemua fail PDF melalui whatsapp: 601136128289 (link di bio @conteng2)

Terima kasih! 😊
__________________
πŸ™‹ FAQs πŸ™‹
1. Ini buku atau softcopy?
Ini adalah set softcopy (fail PDF). Anda boleh gunakan terus pada tablet/ipad (melalui app seperti GoodNotes, OneNote, dsb.) atau cetak mengikut keperluan.

2. Apa maksud Bayaran Seikhlas Hati? Pay as You Wish? Tiada bayaran minimum?
Bayaran Seikhlas Hati (Pay as You Wish) bermaksud anda boleh bayar mengikut harga yang dirasakan berbaloi untuk planner ini, juga mengikut keperluan dan kemampuan anda. Tiada bayaran minimum dikenakan kerana untuk projek ini, saya mahu semua orang dari pelbagai latar belakang dapat peluang memanfaatkan planner ini. 😊


Cuya pon  rasa nak beli nanti, kumpul planner daripada penulis favourite Cuya. Kasi support!



Semalam Cuya print sebahagian mukasurat dalam planner 2023
Cantik design dia, COLOURFUL!



Cuya hanya print bila perlu je. Planner 2022 pon Cuya ada.

Senang nak print sebab dekat rumah ada printer. 


Alhamdulilah moga Allah merahmati penulis conteng2 abang Fadhli Hamdan dan dimurahkan rezeki seluas lautan, selebat hujan yang turun dan sederas sungai yang mengalir. Aamin

Always be my favourite author!


Nota kaki : Cuya baru lepas habis baca buku conteng2 edisi pertama dan ketiga  serta buku  koleksi terbaik conteng2.

Dah kali berapa ulang baca!


Baca juga:


UPDATE:

Cuya dah beli planner 2024! Super cute and awesome design dia :D


34 comments:

  1. Sejak kahwin ni tak de physical planner dah. Merata rata planner. Kejap kat apps. Kejap kat whatsapp lepas tu kat notes. Caca marba dan bila nak trace pening kepala. Kalau dulu organized je. Sebab tu physical planner ni lagi mudah. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya physical planner lagi best daripada digital.. baru seronok and ada kick XD

      Delete
  2. comei sgt...sama mcm MA, memang kena ada planner every year...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya takde planner buku... jadi print je sendiri

      Delete
  3. Lama dah takde planner. Semuanya buat di HP atau tablet. Hehe... Bila tengok Cuya print, macam comel pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya lagi suka bentul fizikal daripada digital...
      tula comel planner dia, warna warni!

      Delete
  4. comel2 tp tak ada ipad. tp utk student mmg berguna sgt2 nk buat note.

    ReplyDelete
  5. Cantik" warnanya, menarik juga buat catatan dan arsip

    ReplyDelete
  6. Ada orang masih nak versi print lagi kan?

    ReplyDelete
  7. setakat conteng2 kat calender adala cuya,,, akak ni xde planner khas nk kena ada jugak kot bru lah rsa hidup ini teratur haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 ada jugak jenis orang yang tak perlukan planner.. macam mak Cuya pon conteng pada kalendar

      Delete
  8. Bagus juga bayar seikhlas hati...kalau jumpa yang pemurah pasti dibayar lebih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Moga2 ramai yang bermurah hati bayar lebih.. hehe

      Delete
  9. menarik.. br jumpa org jual set planner seikhlas hati ni

    ReplyDelete
  10. cantik tapi tu la sejenis kalau beli planner ni tahun depan belum tentu bertulis dalam tu. hihi. ok dah tu bayar seikhlas hati. selalunya planner ni mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu Cuya beli bentuk digital, hanya print bila perlu je hehe

      Delete
  11. lama dah x ada planner. kalau org bagi pun guna utk conteng2😁 kejadian planner kena rampas dan dimalukan dulu buat hati sy 'kering'... no diary no planner etc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham.... disebabkan satu insiden kita dah tawar hati.
      Cuya takde planner buku

      Delete
  12. MZ semua benda MZ tulis dlm notes hp jer...ada buku nota kecik2 in case terasa nak menulis secara konventional ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya tk rajin tulis dalam fon... kalau lukis rajin... hehehe

      Delete
  13. walau ada simpan dalam hp tapi tetap ada buku nota untuk rujukan cuma tidaklah berwarna-warni, cukup sekadar ada maklumatnya ok dah..

    ReplyDelete
  14. tiada kaitan dgn entri.. cuma boleh cuya share tak guna tablet/ipad apa utk melukis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya pakai hp je, jenama vivo . Lukis dalam apps

      Delete