Assalamualaikum,Hello Cooconuts.
Harini Cuya baru semangat nak sambung kisah Cuya. Jemput lah baca, dan ini adalah penamat kepada kisah kami berdua. Cuya ringkaskan saja ceritanya ya..
Bagi yang belum baca part 1 dan 2, Cuya sertakan link di bawah
Tahun 2023 juga dia kahwin
Tulisan purple tu Cuya tulis balik apa yang dia tulis.
Cuya jumpa kertas ni di meja Cuya, bila Cuya dapat tahu file kawan Cuya kena kelar dengan pisau.
Cuya pasti sebab dia marah Cuya . Sebabbbb dekat meja Cuya ada nama crush Cuya, tu yang dia naik angin. HAHHAHA
Dia ni nampak Cuya baik je, sebab tu agaknya dia berkenan. tapi apakan daya, tiada jodoh tertulis untuk kita Roy ( bukan nama sebenar)
Ni cerita positif yang korang boleh nampak...nampak sweet je kan?
Sebenarnya lepas Cuya kena ganggu dengan dia, gangguan tu tak berakhir disitu.
Cuya di bawa oleh ayah dan ibu untuk berjumpa doktor dan Cuya disahkan mengalami sakit.
Agak susah untuk Cuya jelaskan sakit apa sebab dia kena cakap dengan orang yang ada medical background baru faham.
Tapi Cuya boleh cakap sakit tu melibatkan otak Cuya.
Doktor beritahu , sakit ni membolehkan seseorang berfikiran sangat kreatif dan sakit orang pandai.
Cuya perasan Cuya boleh menulis lirik, puisi , pantun bila Cuya makin meningkat dewasa.
Padahal dulu2 takdelah kreatif gini.
Dengan sakit ni juga membolehkan Cuya tampil confident dengan apa2 yang Cuya lakukan.
Pada awalnya Cuya sukar untuk menerima kenyataan bila berada dalam situasi ' Aku kini pesakit'
Tapi Cuya cuba berfikiran positif dan tampil bahagia.
Selama ni Cuya tak cerita sebab Cuya takut judgement daripada orang ramai tapi tak salah sekiranya Cuya berkongsi serba sedikit.
Cuya happy, walaupun Cuya pernah sakit prestasi Cuya dalam pelajaran dan performance adalah lebih baik daripada orang lain yang tak sakit macam Cuya. Walaupun mungkin tidak lah hebat mana, tapi Cuya hebat dengan cara Cuya.
;
Sesungguhnya ini adalah rezeki yang Allah berikan tiada habis-habisnya. :)
Sekarang korang tahu kan, kenapa minat Cuya pada arts dan muzik? hehhe
Sekarang Cuya dah sembuh sepenuhnya jangan risau.. cuma otak ni semakin laju menulis lirik. Hahahahha
MZ baru baca citer ni...fuhhh menaik dan suspens jugak
ReplyDeleteiya.. dah sampai part 3 dh hahaha
Deleteitula....selalunya org yg kreatif ni imaginasi tggi..k.qin perasan ank no satu cmtu...suka lukis2 n sllu je dk sensorang bila kita nk tgk apa yg dilukis malu plak...
ReplyDeleteboleh pupuk minat dia melukis tu.. mana thu boleh pergi jauh.. hehe
Deletenot this makes me think of my ex (dah move on lama ye). dia dah ada newborn! wife pun lawo. haha
ReplyDeletehahaha..nasib baik yg ni bukan ex Cuya.., kalau tak frust gak
Deletetu laa hikmah di sebaliknya..
ReplyDeletekiranya dia kahwin muda ke? wife dia.lbh muda or sebaya?
This comment has been removed by the author.
Deletedia kahwin umur 26..bini dia tua setahun..sama skola dgn Cuya
DeleteKalau cam tu uncle ni pun sakit la kot...?
ReplyDeletesakit yang berguna uncle.. hehe
Deletesenang cerita...ia bukan jodoh
ReplyDeletememang benar dan tiada apa yang lebih benar dari ini... hehe
Deletebaru terbuka hati nak terima dia tp dh pindah sekolah pulak... plot twist betul... hehehehe...
ReplyDeleteerr... dlu cuya sakit apa lepas insiden tu? cuya pernah didiagnos PTSD ke dlu? sbb kena ganggu mamat roy tu?
itulah tu...kita baru nak merasakan cinta... kekeke
DeleteCuya takde diagnos PTSD...Cuya kena sakit lain, kira mcm ada depress sikit...lepstu gangguan emosi, doktor kata gangguan kat otak, mcm cell dlm otak dia shoot ke depan...tapi puncanya pon sebb triggered dgn Roy tu la.. macam otak terkejut.
it's okay sis cuyaa! ada jodoh yang lebih baik sedang menanti sis cuya ehekk. ^^
ReplyDeleteAamin..insyaAllah! :DD
DeleteAlhamdulillah Cuya dah ok, doa yang terbaik buat Cuya & teruskan menulis + apa2 yg Cuya minat.
ReplyDeleteAlhamdulilah.. insyaAllah Cuya akan buat apa yang happykan Cuya <3
DeleteXpe Nasuha..Allah nak uji dgn pelbagai cara..insyAllah awk kuat
ReplyDeleteinsyaAllah..amin..moga-moga ya...terima kasih ^^
DeleteBagus novel Cuya ni kan.. dah kreatif melukis.. boleh jadi macam2 yang melibatkan lukisan seperti perekabentuk pakaian, arkitek, jurutera dan yang berkaitan dengannya. Semoga Cuya maju jaya dalam hidup dunia dan juga akhirat. Aaamin Ya Rabb 🤲🤲🤲🤲🤲
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya.. Aamin Ya Rabb... moga doa itu berbalik pada tuan juga Aamin
DeleteMasih terkenang -kenangkah ?pasti akan datang seseorang yang lebih segalanya.
ReplyDeletetak mungkin dilupakan peristiwa hitam ini...huhuhu
Deletemoga ada yang terbaik untuk saya
Memang bakat cuya itu dibidang entertainment, arts atau music. Jiwa cuya terlihat entertainer sejati 👍. Semua orang pun yg dekat cuya pasti selalu happy dan terhibur
ReplyDeleteiya moga2 ya.. hehehe Aamin :D
DeleteSemoga yang baik-baik sahaja ye buat Cuya.. Aamiin..
ReplyDeleteAamin terima kasih kak Sha
DeleteOk patut la kreatif lukis dan nyanyi2 huhu... Apa pun semoga life seterusnya sentiasa dlm keadaan baik amin
ReplyDeleteAamin insyaAllah
DeleteDi sebalik pengalaman ngeri yang awak alami, Allah kurniakan awak satu kelebihan yang tak ramai yang perolehinya.. Pengalaman lalu mengajar kita erti matang dalam kehidupan.. Apapun syukur awak dah sembuh dari sakit awak...
ReplyDeleteAlhamdulilah kak..terima kasih atas kata-kata tu :)
Deletemenarik cinta monyet nih., hehe wak x jd pm la cuya ;p
ReplyDeletehahhahha terima kasih sebab baca sampai habis xD
Delete