Followers

Tuesday, October 24, 2023

Ada Apa Cuya dengan lukisan/doodle?



Assalamualaikum, Hello Coconuts! Terima kasih kepada yang sudi datang ke blog Cuya. Kalau rajin, click la advertisement kat blog Cuya supaya Cuya boleh menabung duit kahwin. Eh? 😂

Bagi yang sudah lama mengenali blog Cuya, mesti tahu yang Cuya sinonim dengan lukisan kartun yang comel-comel dan lucu. Kalau siapa nak tahu, nama blog Cuya dinamakan sebagai Drawing The Words adalah disebabkan  Cuya minat melukis dan menulis. 

Melukis - Drawing
Words- Perkataan ( berkaitan dengan penulisan)

Maka tercetuslah Drawing The Words untuk menyatakan minat Cuya terhadap kedua-dua perkara ini iaitu melukis dan menulis. Dan sejak bila pulak Cuya ada melukis dalam blog? Sejak Cuya membaca blog penulisan contengconteng.com di mana penulisnya ada seorang yang suka melukis watak-watak yang simple secara tradisional di atas kertas kuning.

Cuya fikir, Cuya ada minat melukis so why not contohi penulis favourite Cuya tu. Namun begitu Cuya tidaklah rajin sangat masa tu untuk melukis di atas kertas kosong biasa. Sejak PKP, Cuya baru tahu boleh melukis dalam phone dengan menggunakan pen khas. Jadi Cuya pon beli, dan akhirnya kerja Cuya untuk melukis menjadi lebih mudah. Lukis dalam phone je uolls kartun-kartun ni.

Sebab tulah Cuya dah rajin nak melukis sekali banyak sebab semua dah hujung jari. Cuya ada beli tablet juga, tapi dah lama tak pakai. Membazir je. Tapi takpela, mungkin boleh digunakan pada masa akan datang.

Tapi itu bukan tujuan Cuya menulis entri harini. Harini Cuya nak share doodle yang Cuya buat. Saja nak save sini, kalau hilang senang rujuk sini je.

Ni komik pendek, saja2 support giveaway di Insta.


Konon buat doodle ni nak print untuk kaler kaler.. hehehe

Lukisan ringkas untuk kaler-kaler jugakkkk




Doodle ringkas Cuya buat. Cuya suka buat doodle, tapi bila ada mood jela.. Hahahha

Doodle tema makanan campur-campur.
Nak makan tapi takut gemuk . Eheks




Semua doodle- doodle ni Cuya buat on the spot tanpa sebarang rujukan. Kira macam speed drawing la.
Lukis je apa ada dalam otak secara random.

Cuya suka lukis doodle sebab kita bebas nak lukis apa-apa. Cantik ke, buruk ke..bedal je.
Feel free to draw.

BTW, untuk pemenang GA Cuya akan umum kemudian ya. Jemputlah blogwalking jumpa kawan baru.








21 comments:

  1. nice..suka tgk org2 yg kreatif mcm cuya ni.. masa sekolah ada sorang, memang cantik sgt dia lukis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih... ada minat bolehlah lukis2... hehe

      Delete
  2. hari tu x sempat nk follow GA cuya.. kebetulan bz masa tu x sempat nk mengarang

    akak suka tgk org yg ada bakat melukis ni... sbb akak x reti... nk lukis doodle pn x pandai.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah tkpe..next time boleh.
      Doodle ni akak taram je nak lukis apa.. tak perlu perfect

      Delete
  3. Melukis tu satu hal...

    Idea yang nak dilukiskan tu pun satu hal besar juga, kan?

    ReplyDelete
  4. Bagus2 memang doodle cuya. Ada yg bilang Doodle nih tak payah lukis, Krn sebenarnya coretan apa saja pun bisa menjadi Doodle. Tapi saya pernah coba, ntah kenapa itu2 saja bentuknya. Kalo cuya kan beragam 😁👍.

    Jadi karena memang tak bakat menggambar, saya prefer coloring lah. Ada banyak buku coloring di rumah. Kalo sedang bad mood, mewarnai lah saya 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau colouring saya kurang sikit...sebab tak pandai bermain warna. banyak yang perlu belajar

      Delete
  5. adudu...kakLinda boleh lukis org lidi je cuya...anak sulung ritu pndai gak lukis2...tp nie x nmpk dah dia melukis...malas dah kot..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akk support anak akk tu, mana tahu boleh pergi jauh enn.. heheh

      Delete
    2. Tanya2 jugak dia.. X lukis lagi ke.. Dia sendri kabo, malas... Hahaha

      Delete
  6. beza tgn org seni dgn tgn org tak berseni eehehehe~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... biasa2 je ni, orang lain lagi dasyat XD

      Delete
  7. bestnya sbb cuya so talented in drawing!! my adik bongsu pun sgt talented bab2 drawing ni tp dia bz sbb keje doctor, zmn2 dia student memang dia sgt pandai la lukis2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kadang-kadang kekangan masa menyebabkan minat melukis tu makin berkurangan.
      Cuya pon kadang on off.. hehe

      Delete
  8. Along ammi pun suka doodling dan ammi pernah cuba tp hahahah bila seni itu tiada mcm memaksa diri gitu. Tak keluar apapun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham tu...bila tak minat, susah juga nak buat kan

      Delete
  9. dulu2 zaman anak dara minat lukis2 loni bila dah 30 an hobi dah hilang hahaha, minat ke arah jahitan pulak hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak tu jahitan, boleh buat duit,... hehe

      Delete