Pages

Saturday, September 30, 2023

GIVEAWAY GIFT BOX TUDUNG LADYDINI EXCLUSIVE BY SYAFIQA HATTA (First Giveaway)


Nak join klik Gambar di atas.

Saya ditag oleh : JMBELOG


Melati kuntum tumbuh melata,
sayang merbah di pohon cemara,
pemanis kalam awal kata,
awal bismillah pembuka bicara






Pergi ke kedai makan ikan,
ikan digoreng sambal lada.
ayuh semua rakan dan taulan,
join GA yang ada.



Bunga raya bunga kemboja,
apa pula hadiahnya?

















Tuah ayam di kaki,
tuah manusia Tuhan yang tahu,
Manalah tahu ada rezeki,
Hadiah utama milikku.




Bukan sekadar menambah kenalan,
tapi support rakan perjuangan,
Bolehkah kalau kita menjadi teman,
Pertalian erat kita kekalkan.

Selain dapat teman baru,
hadiah menarik idaman kalbu,
nak menang sudah tentu,
pilihlah saya no satu kamu.




Syarat-syarat mudah sahaja,
bole lawat ke blog si dia,
cepat semua join sama,
rugi kalau tak join juga!









Friday, September 29, 2023

Cerito Hari Den




Seri Menanti, Negeri Sembilan.



Minta maaf tak dapat BW sebab post pakai fon je, sebab ada di kampung.

Monday, September 25, 2023

Apabila Cuya Menulis Surat Cinta Part 2

Assalamualaikum , Hello Coconuts!

Siapa kat sini dah baca part 1? Kalau belum silalah baca.



Kalini Cuya masih menulis surat cinta untuk kawan-kawan sekerja. Cuya memang takde kerja, tu yang suka tulis surat. Just for fun gitu. Kita taknak Monday Blues bagai. Kita kena send some love and positive energy pada orang lain. Surat- surat ni dengan harapan penerimanya stay happy sepanjang hari.







Kalini Cuya bagi sepaket coklat NIPS. Cuya selitkan sikit unsur lawak
Kak Aina cakap habis surat Cuya dibaca dengan kuat dalam ofis oleh staff lelaki yang Cuya amanahkan untuk beri coklat ni 😂😂 Semua orang dengar la agaknya..

Seolah-olah Cuya ni boyfriend diorang.. Hhahaha

Bukan selalukan gembirakan hati orang. Kita happy, orang lagi happy. insyAllah

Tadi sambil jalan-jalan, Kak Aina hulurkan lah coklat NIPS yang Cuya bagi. Cuya tergelak, dia pon tergelak. Masing-masing rasa lucu entah kenapa, mungkin disebabkan nota Cuya tu.


Okayla, tu saja update kalini. Penat pulak harini padahal tak banyak kerja. Hahaha


Adios Amigos!


Saturday, September 23, 2023

Wordless Saturday?

Assalamulaikum, Hello Coconuts!

Cuya sebenarnya tak tahu nak tulis apa. Mulut dah menguap beberapa kali ni. Takde cerita menarik yang boleh dikongsikan, melainkan Cuya tepek muka Cuya yang penuh ekspresi ni. 😂

Btw, Sabtu Ahad memang Cuya cuti. Cuma phone company Cuya pegang, jadi ada jelah customer yang call dan Cuya pon kenalah angkat memandangkan Cuya pon tak sibuk. Begitulah kerja tourism, kadangkala cuti kita akan diganggu juga.


Tiba-tiba Cuya teringat haritu ibu dia tiru cara Cuya posing.
Kejap dia buat muka buruk, kejap dia jelir lidah.
HAHAHAHA Sumpah lawak gila!

Orang muda cakap, ni kes nganjing ni HAHAHA
Ibu pon kuat nganjing ni.... 😂😂

Ibu Cuya memang kelakar orangnya, Cuya rasa Cuya ikut perangai ibu juga. Hahaha

Okay, see you in next entry insyaAllah :D




Friday, September 22, 2023

Dapat Matawang Baru Untuk Koleksi!

Assalamualaikum, Hello Coconuts! 

Baru-baru ni Cuya dapat matawang luarnegara daripada keluarga Cuya. 

Matawang Turkiye,Turkish Lira diberi oleh Busu.


Matawang Sweeden , krona SEK diberi oleh cousin Cuya , Ishbir.


Matawang syiling Sweeden dan Norway daripada Ishbir juga. Banyak betul syiling dia bagi.

Singapore Dollars diberi oleh Makngah 


Duit Singapore la paling banyak Cuya ada...
Apa nak buat ni? Patut ke convert to RM?

Ke tunggu Cuya travel ke Singapore? Dah la Cuya belum pernah menjejakkan kaki ke Singapore.
Ke simpan je duit dollar ni sampai reput? HAHA 

Sebenarnya nilai dia tak penting, yang penting memori yang terhasil daripada matawang ni. Bila ada matawang asing dalam simpanan, seolah-olah kita telah travel satu dunia. Kadang-kadang sebelum tidur Cuya akan belek album duit ni, dan berdoa agar satu hari nanti Cuya akan berpeluang untuk menjejakkan kaki di negara orang. Itulah impian Cuya .

Semoga tercapai impian seketul Cuya :D

Entah manalah datang hobi mengumpul matawang ni, Cuya satu-satu dalam family yang kumpul matawang asing. Cuma cousin Cuya pon pernah kumpul gak. Dulu-dulu tak terpengaruh, dia macam tiba-tiba je nak kumpul. Dulu sekerat jalan kumpul, sekarang baru start balik.

Moga akan ada banyak lagi penambahan koleksi Cuya!










Menang Giveaway Bulan September!

Assalamualaikum, holaa holii kuberi nama cikibum cikibum!
Lain pulak opening entri kalini ya..  Biasa guna " Hello Coconuts!" 😂😂 Saja tukar angin. Maklumlah entri kali ni adalah entri tanda bahagia . 

Alhamdulilah, syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk terus menaip entri perkongsian bersama rakan-rakan blogger. Bulan lepas Cuya ada join dua giveaway. Dan tak disangka-sangkakan, dua-dua GA tu Cuya ada menang hadiah.

Yang GA pertama : 

GIVEAWAY 12 YEARS BLOGGING BY FAEZAH MDNOR


Entri Pemenang:

Cuya dapat tempat ketiga. Hadiah dia apa? Suprise! Nanti Cuya update. Haritu dah contact blogger Faezah, dan Cuya dah pilih hadiahnya. Nantikan,...


GA kedua: 

Birthday Giveaway FarhanaJafri.com 2023


Entri Pemenang: 

Tak sangka jadi pemenang khas. Alhamdulilah.. rezeki sungguh!














Terima kasih sebab sudi pilih Cuya sebagai pemenang. Semoga penganjur diluaskan rezekinya seluas lautan dan selebat hujan yang turun ke bumi. Aamin...

Masheh! Arigato gozaimase! Xie Xie ni! Mucha graseas! Gumawo! Nandre!

Sentiasa percaya, kalau kita usaha lebih sikit pasti ganjaran akan tetap ada untuk kita

Wednesday, September 20, 2023

Tempahan Keychain Perler Beads

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Alhamdulilah haritu dapat tempahan keychain perler beads daripada makcik Cuya. Memandangkan dia ada reunion dengan kawan-kawan. Pada awalnya makcik Cuya tengok Cuya buat keychain untuk kawan-kawan training, dia pon berminat.

Baca juga entri Cuya yang Cuya bagi keychain pada kawan sama training: 

Kerana Pertemuan Juga Menemui Titik Perpisahan





Alhamdulillah.. siap sudah..
Cuya jarang  nak jana pendapatan daripada hobi Cuya yang satu ni. Tapi kadang-kadang rezeki datang tak diundang gitu.. 

Syukur :D

Monday, September 18, 2023

Apabila Cuya Menulis Surat Cinta

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Kalau siapa yang kenal Cuya, mesti tahu Cuya suka hargai orang dengan memberi hadiah. Memang habit Cuya, cuma Cuya takdelah update di blog sangat. Hehe

Semalam, Cuya beli roti coklat di kedai. Cuya berhajat untuk beri staff yang memang Cuya dah kenal sejak tahun lalu. Cuya sengajalah selitkan nota cinta sweet bersemut untuk diorang dan mengharapkan hadiah Cuya yang tak seberapa ni dapat mengukir senyuman diorang. Cuya kesian diorang sibuk kerja, entah sempat sarapan ke tak. Hakikatnya Cuya tak bekerja sama company dengan diorang, Cuya di company lain tapi satu kawasan dengan diorang.

Susah nak explain... hehe. Cuya kerja relax, tapi diorang sibuk je. Kita empati gitu la..


Sweet bersemut tak? ngeh3

Kak Aina kata habis staff lain pon baca nota cinta Cuya ni. 
Alaaa... bukan selalu Cuya nak sweet2 gini.
Nak sweet dengan boyfriend, ermmm tu kita fikir kemudian la ekk 😂😂


Gitulah cara Cuya menunjukkan bahasa cinta :')
Kadang-kadang bukan sebab hadiahnya besar atau kecil, tapi cara kita sampaikan tu yang boleh mengusik hati seseorang.




Saturday, September 16, 2023

Random Photo Di Tempat Kerja

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Masih ingat ke entri Cuya pergi training di TH Hotel di Kelana Jaya? Alhamdulilah Cuya dah masuk kerja pada 5 Sept 2023. Tapiiii.... Kerja Cuya tu seperti lari scope daripada apa yang dijanjikan. Jadi, disebabkan Cuya rasa Cuya tak boleh teruskan, Cuya telah lalui proses penukaran ke syarikat yang baru.

Rabu, 13  Sept 2023

Cuya dah masuk ke company baru yang memang sesuai dengan job scope dijanjikan. Kerja Cuya juga fleksibel. Cuya boleh buat kerja sambil lepak dimana-mana Cuya suka. Jadi, kadangkala Cuya akan pergi lepak cafe sambil on laptop dan menghirup kopi ais yang dipesan. Pegawai Cuya cakap, Cuya boleh duduk dimana-mana asalkan kerja tetap jalan. Memang Syurga betul kerja macam ni. Hehe

Cuya kerja kat mana? Dekat tourist attraction di Melaka. Buat sementara waktu ni Cuya belum boleh nak kongsikan, sebab Cuya memang jenis tak suka share selagi belum confirm sepenuhnya samada Cuya akan kekal disini, sebab perlukan approval daripada employer Cuya untuk bertukar company.


First outfit kerja ofis

Singgah makan Marry Brown dekat dengan ofis . Jalan kaki je gi sini

Second outfit, baju batik sebab hari Khamis. Pernah tak korang jumpa perempuan pakai kemeja batik?
Jarang sekali kan.. Sekarang korang dah jumpa 😂 Baju kemeja ni memang ditempah khas untuk Cuya, jadi kemeja perempuan la.

First time try Stuart's Coffee
Cuya order  Ice Stuart's Little Latte ( Rm14.80). Asalkan kopi semua sedap bagi Cuya. Hehe



Outfit day 3, kena pakai pant suit sebab nak pergi event.







Day 3 masih di Stuart's Coffee
Cuya order  Chocolate Caramel Frappe ( RM16.80) . Kalini try minuman coklat dia pulak. Sedap ajerr


Day 3, pergi event untuk Tahun Melawat Melaka 2024.


Maskot rasmi Tahun Melawat Melaka.
Cuya muka excited gitu.. Eheks

Dengan slogan tahun melawat Melaka 2024
MANA LAGI? MELAKA LER....

Dapat makan petang free.

Dapat berjumpa dengan pengurus kanan Tourism Melaka, tempat Cuya intern semasa diploma.
Puan Asmaliana.

Outfit kerja untuk harini (Hari Malaysia). Semangat kan Cuya? Maklumlah, Cuya hanya boleh pakai baju ni semasa Merdeka dan Hari Malaysia saja 😂

Aura dia pakai baju ni lain macam, Cuya nampak outstanding sampai ada orang yang tegur Cuya semasa Cuya beli burger.
"Lawa baju awak...sempena Hari Malaysia ya?"

Cuya mengiyakan sambil senyum kambing. Hahahha

Harini kita try Chocolate Belgium lak.
Cuya dah macam customer tetap lak. Kopak duit nanti. HAHAHA


Tu jela gambar yang Cuya ambil. Cadangnya nak selfie setiap hari untuk outfit. Tengoklah selama mana boleh konsisten macam uncle Gedek. Hehe


Okay, till then.
Adios amigos!