Followers

Sunday, August 13, 2023

Hobi Mengumpul Mata Wang Lama

Assalamualaikum, Hello Coconuts!

Pada tahun 2018, Cuya ada share entri berkenaan hobi Cuya dari dulu. Dan salah satunya adalah mengumpul mata wang dari dalam dan luar negara.


BACA DISINI : 

Hobi Zaman Kanak-kanak Sehingga Dewasa



Setelah pandemik , Cuya dah takde koleksi baru . Alhamdulilah, tahun ni ada koleksi baru walaupun tak banyak. Disebabkan Cuya dah bersemangat nak kumpul mata wang, Cuya pon belilah album untuk mata wang ni. Sebelum ni masuk sampul je, macam tak proper so Cuya decide beli album.

Jom tengok koleksi mata wang Cuya!



Album Cuya beli. Mestilah pink! Eheks


Setiap mata wang ada nilai sentimental yang tersendiri :)



Matawang Singapore yang diberi oleh Mak Mentua saudara Cuya yang baru pertama kali datang ke kampung Cuya



Mawatang Arab oleh ibu dn ayah semasa mereka ke Mekah. Walaupun kondisi dia tak berapa cantik, tapi masih boleh digunakan.


Atas: Matawang Baht Thailand yang Cuya dapat semasa Cuya pergi ke Thailand semasa Diploma atas tugasan assignment.
Bawah : Matawang Jordan..Cuya tak pasti dapat daripada siapa, rasanya abang Cuya, sebab dia je gi Jordan dulu 


Atas: Matawang Korea. Tak silap Cuya cousin Cuya bagi semasa dia bercuti ke Korea
Bawah : Matawang Thailand masa Cuya gi Thailand waktu diploma


Atas : Matawang China. Rasanya masa Busu Cuya bercuti ke sana.
Bawah: Matawang Turki pon masa busu gi Cuti. Busu yang banyak jalan2 ke luarnegara. Hehe


Atas: Matawang lama Brunei, Cuya minta ayah Cuya. Walaupun dah kena conteng, Cuya tetap nak simpan.
Bawah: Matawang China , pon dari Busu


Matawang Indonesia yang diberi oleh Makcik Maryam kawan Busu sebab baru-baru ni diorang pergi Padang. Cuya yang mintak dia, sampai 3 helai dia beri. Masyeh makcik!


Matawang Indonesia yang atas  Cuya tak pasti siapa bagi. Mungkin dulu2 kot Busu gi Indonesia.
Bawah tu makcik Maryam bagi.


Atas: Matawang lama Singapore Ayah punya tapi Cuya minta dia. LOL
Bawah: Matawang Indonesia lama yang diberikan oleh orang gaji Cuya yang dah melarikan diri dulu2. Ada juga ya kenangan dri dia...kekeke


Atas : Matawang Malaysia yang masih digunakan sehingga kini. Saja simpan
Bawah: Ada 3 helai duit lama RM2. Dulu Cuya nak bayar duit RM2 ni kat kedai di sekolah, akk tu kata  " Awak tak nak simpan ke duit ni? Dah takde lagi"
Maka Cuya pon triggered dan akhirnya simpan sebagai kenangan. Hehe


Matawang lama Ringgit Malaysia. Lupa lah mana Cuya dapat.. Rasanya daripada Ayah.

Duit-duit ni semuanya memberi nilai sentimental value. Adakah Cuya seorang yang romantik sebab suka benda-benda gini? HAHAHA

Walaupun Cuya tak pernah merasa pergi sebahagian besar negara2 di atas, moga ada rezeki juga Cuya berjalan ke negara orang satu hari nanti. Aamin 

Cuya pon ada kumpul syiling dari negara lain, tapi Cuma mampu letak dalam kotak biasa je. Kena fikir mana nak simpan tempat yang lebih elok.

Macam mana dengan korang? Ada tak hobi sama macam Cuya atau ada hobi lain ?
Kongsikan di ruang komen, Cuya pon nak tahu! :D







46 comments:

  1. Banyaknya! Hobi tu takda, tapi memang disimpan beberapa duit yang takda dipakai lagi Dan mana yang dapat Dari negara lain tu, Nona simpan sebab memang takda nak guna lagi...so simpan aje ler sendiri.. Huhu.. RM2 ngan syiling RM12, Nona simpan lagi...Mana tahu da tetua nanti..ada yang cari ... Boleh jual .. kan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ada simpan juga ya? Syiling RM12? Syiling mcm mne tu....ke syiling yang singgit emas tu?
      hehe

      Delete
  2. Semestinya setiap satu tu ada kenangan tersendiri kan..

    ReplyDelete
  3. Lumayan juga koleksi mata uang kalau di kumpulin, wah idenya boleh juga nih...kebetulan sayapun ada beberapa mata uang walo gak banyak...boleh nih di tiru😀🙏

    ReplyDelete
  4. dulu wak rajin kumpul setem jugak., hehe

    ReplyDelete
  5. Uncle tak boleh hobi macam ni...

    Duit tak lekat dengan uncle... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..takpe uncle
      Uncle ada hobi selfie hari2... hehe

      Delete
  6. Duit RM2 yang lama tu, ada nampak orang jual harga RM35 kat Carousell. Tak mustahil harga dia akan meningkat, sebab dah tak dikeluarkan lagi.
    Dulu, akak kumpul stamps, dari sekolah lagi. Masih simpan album stamps, dari dalam dan oversea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya tkthu la harga untuk duit kertas lama mcm mana...
      Cuya pon kumpul stem, tapi tak berkembang pon.. hahaha

      Delete
  7. Arwah ayah ada tinggalkan koleksi dia, tapi takde yang minat. Tak tau mak simpan mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klo tak minat, boleh je jual kat org lain...mana thu ad org nak kan

      Delete
  8. Kalau simpan lama2 silap2 boleh buat duit ni Cuya. Ada orang beli wang tunai lama2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, tapi duit lama kalau nak jual kena ada ciri2 tersendiri. Kadang2 orang tengok no siri dia

      Delete
  9. Hobi yang boleh buat orang jadi kaya tau...kumpul duit negara lain...jaga elok-elok tau agar dapat tahan berpuluh tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah... Cuya akan cuba jaga baik2 ^^

      Delete
  10. Bagus ni. Kumpul sebab sentimental value. Dulu pernah kumpul setem tapi jarang pulak berutus surat lepas telefon makin canggih. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula..dah tkde setem pulak nak dikumpul.. haha

      Delete
  11. Macam mak akak cuya. Suka betul dia kumpul duit lama dengan setem lama

    ReplyDelete
  12. wah byk koleksi mata wang tu...best tgk...akak dlu2 suka kumpul paperbag tp bila dh lama2 ni rasa mcm semak plak so dh byk bg org paperbag tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu Cuya suka kumpul keychain..last2 bagi org jugaa...hhhaaha

      Delete
  13. rajin cuya. akak ada simpan. tapi tak letak dlm album. duit masa jenjalan dulu lah. ni aim nak bawak balik duit pakistan. doakan menjadi akak ke sana ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...moga dipermudahkan untuk ke Pakistan inshaAllah :)

      Delete
  14. wahhh bagus ni cuya... so ada join x kelab pengumpul duit ni? mana tau nanti boleh tukar2 dgn diorg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kak.. tak mencari pulak kelab macam tu sebab Cuya pon macam newbie, tkde banyak koleksi pon.
      Tapi ada la tengok kt fb group org jual2 duit... saja2 je nak tengok apa ada.. hehehe

      Delete
    2. tak apa walaupun baru...kita tambah2 kan ilmu kan...lg pun berkongsi minat sama. cuma kena hati2 laa tkt2 scammer je...

      Delete
    3. Haah takut jugak scammer meluas. Nanti Cuya tengok kalau ad apa2 kelab boleh join

      Delete
  15. saya suka kumpul setem . gigih ya pengumpul tegar ni kann .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuya pon suka setem, tpi sekrg susah nk dpt setem.. hahha
      Takdelah pengumpul tegar, kalau ada duitnya simpan la.. klo tkde duk diam2 je Cuya.. hahahha

      Delete
  16. Ammi pun ada satu album yg letak notes dr luar negara…tp sikit jelah sbb ammi punya “RM notes” tak banyak nak bawak ammi gi melancong ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestlah ada album.. Cuya ingt nk beli album untuk syiling pula..

      Delete
  17. bagus hobi cuya ni.. jarang budak² baya cuya ni ada hobi mcm ni... mcm zaman skrg mcm xde dah org hobi kumpul setem.. hahaha... rasanya anak akak setem tu pun mst dia x tau kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula tak nampak pula orang muda2 kumpul matawang mcm ni.
      Semua dah sibuk dgn gajet agaknya. Setem pon dulu Cuya kumpul, sikit jela

      Delete
  18. Wah.. Rajinnya Cuya mengumpul mata wang lama.. Hobi yang bernilai di masa hadapan ini..

    ReplyDelete
  19. Rajin dan banyak juga koleksinya. Akak tak banyak lagi tapi masih mengumpul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh best... Akk pon minat ya kumpul, geng laa

      Delete
  20. bagus lah cuya..akak pun ada duit dari luar negara yang tak habis masa melancong...tak tau nak letak mana..boleh lah buat macam cuya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak.. letak dalam album duit tu semua

      Delete
  21. Kita ada banyak currency duit negara lain.. Meh email..

    ReplyDelete