Assalamualaikum, Hello Coconuts!
Pada tahun 2018, Cuya ada share entri berkenaan hobi Cuya dari dulu. Dan salah satunya adalah mengumpul mata wang dari dalam dan luar negara.
BACA DISINI :
Hobi Zaman Kanak-kanak Sehingga Dewasa
Setelah pandemik , Cuya dah takde koleksi baru . Alhamdulilah, tahun ni ada koleksi baru walaupun tak banyak. Disebabkan Cuya dah bersemangat nak kumpul mata wang, Cuya pon belilah album untuk mata wang ni. Sebelum ni masuk sampul je, macam tak proper so Cuya decide beli album.
Jom tengok koleksi mata wang Cuya!
Album Cuya beli. Mestilah pink! Eheks
Setiap mata wang ada nilai sentimental yang tersendiri :)
Matawang Singapore yang diberi oleh Mak Mentua saudara Cuya yang baru pertama kali datang ke kampung Cuya
Mawatang Arab oleh ibu dn ayah semasa mereka ke Mekah. Walaupun kondisi dia tak berapa cantik, tapi masih boleh digunakan.
Atas: Matawang Baht Thailand yang Cuya dapat semasa Cuya pergi ke Thailand semasa Diploma atas tugasan assignment.
Bawah : Matawang Jordan..Cuya tak pasti dapat daripada siapa, rasanya abang Cuya, sebab dia je gi Jordan dulu
Atas: Matawang Korea. Tak silap Cuya cousin Cuya bagi semasa dia bercuti ke Korea
Bawah : Matawang Thailand masa Cuya gi Thailand waktu diploma
Atas : Matawang China. Rasanya masa Busu Cuya bercuti ke sana.
Bawah: Matawang Turki pon masa busu gi Cuti. Busu yang banyak jalan2 ke luarnegara. Hehe
Atas: Matawang lama Brunei, Cuya minta ayah Cuya. Walaupun dah kena conteng, Cuya tetap nak simpan.
Bawah: Matawang China , pon dari Busu
Matawang Indonesia yang diberi oleh Makcik Maryam kawan Busu sebab baru-baru ni diorang pergi Padang. Cuya yang mintak dia, sampai 3 helai dia beri. Masyeh makcik!
Matawang Indonesia yang atas Cuya tak pasti siapa bagi. Mungkin dulu2 kot Busu gi Indonesia.
Bawah tu makcik Maryam bagi.
Atas: Matawang lama Singapore Ayah punya tapi Cuya minta dia. LOL
Bawah: Matawang Indonesia lama yang diberikan oleh orang gaji Cuya yang dah melarikan diri dulu2. Ada juga ya kenangan dri dia...kekeke
Atas : Matawang Malaysia yang masih digunakan sehingga kini. Saja simpan
Bawah: Ada 3 helai duit lama RM2. Dulu Cuya nak bayar duit RM2 ni kat kedai di sekolah, akk tu kata " Awak tak nak simpan ke duit ni? Dah takde lagi"
Maka Cuya pon triggered dan akhirnya simpan sebagai kenangan. Hehe
Matawang lama Ringgit Malaysia. Lupa lah mana Cuya dapat.. Rasanya daripada Ayah.
Duit-duit ni semuanya memberi nilai sentimental value. Adakah Cuya seorang yang romantik sebab suka benda-benda gini? HAHAHA
Walaupun Cuya tak pernah merasa pergi sebahagian besar negara2 di atas, moga ada rezeki juga Cuya berjalan ke negara orang satu hari nanti. Aamin
Cuya pon ada kumpul syiling dari negara lain, tapi Cuma mampu letak dalam kotak biasa je. Kena fikir mana nak simpan tempat yang lebih elok.
Macam mana dengan korang? Ada tak hobi sama macam Cuya atau ada hobi lain ?
Kongsikan di ruang komen, Cuya pon nak tahu! :D
Banyaknya! Hobi tu takda, tapi memang disimpan beberapa duit yang takda dipakai lagi Dan mana yang dapat Dari negara lain tu, Nona simpan sebab memang takda nak guna lagi...so simpan aje ler sendiri.. Huhu.. RM2 ngan syiling RM12, Nona simpan lagi...Mana tahu da tetua nanti..ada yang cari ... Boleh jual .. kan π
ReplyDeleteWah ada simpan juga ya? Syiling RM12? Syiling mcm mne tu....ke syiling yang singgit emas tu?
Deletehehe
Semestinya setiap satu tu ada kenangan tersendiri kan..
ReplyDeleteBetul, ada nilai sentimental gitu
DeleteLumayan juga koleksi mata uang kalau di kumpulin, wah idenya boleh juga nih...kebetulan sayapun ada beberapa mata uang walo gak banyak...boleh nih di tiruππ
ReplyDeletebisa aja... ,best kumpulin uang hehe
Deletedulu wak rajin kumpul setem jugak., hehe
ReplyDeleteCuya pon...tpi stem biasa je.. hahaa
DeleteUncle tak boleh hobi macam ni...
ReplyDeleteDuit tak lekat dengan uncle... huhu
Haha..takpe uncle
DeleteUncle ada hobi selfie hari2... hehe
Duit RM2 yang lama tu, ada nampak orang jual harga RM35 kat Carousell. Tak mustahil harga dia akan meningkat, sebab dah tak dikeluarkan lagi.
ReplyDeleteDulu, akak kumpul stamps, dari sekolah lagi. Masih simpan album stamps, dari dalam dan oversea.
Cuya tkthu la harga untuk duit kertas lama mcm mana...
DeleteCuya pon kumpul stem, tapi tak berkembang pon.. hahaha
Arwah ayah ada tinggalkan koleksi dia, tapi takde yang minat. Tak tau mak simpan mana.
ReplyDeleteklo tak minat, boleh je jual kat org lain...mana thu ad org nak kan
DeleteKalau simpan lama2 silap2 boleh buat duit ni Cuya. Ada orang beli wang tunai lama2 ni.
ReplyDeleteaah, tapi duit lama kalau nak jual kena ada ciri2 tersendiri. Kadang2 orang tengok no siri dia
DeleteHobi yang boleh buat orang jadi kaya tau...kumpul duit negara lain...jaga elok-elok tau agar dapat tahan berpuluh tahun
ReplyDeleteinsyaAllah... Cuya akan cuba jaga baik2 ^^
DeleteBagus ni. Kumpul sebab sentimental value. Dulu pernah kumpul setem tapi jarang pulak berutus surat lepas telefon makin canggih. π
ReplyDeleteTula..dah tkde setem pulak nak dikumpul.. haha
DeleteMacam mak akak cuya. Suka betul dia kumpul duit lama dengan setem lama
ReplyDeleteWahh.. tak menurun ke akk ke? hehe
Deletewah byk koleksi mata wang tu...best tgk...akak dlu2 suka kumpul paperbag tp bila dh lama2 ni rasa mcm semak plak so dh byk bg org paperbag tu...
ReplyDeleteDulu Cuya suka kumpul keychain..last2 bagi org jugaa...hhhaaha
Deleterajin cuya. akak ada simpan. tapi tak letak dlm album. duit masa jenjalan dulu lah. ni aim nak bawak balik duit pakistan. doakan menjadi akak ke sana ye.
ReplyDeleteAamin...moga dipermudahkan untuk ke Pakistan inshaAllah :)
Deletewahhh bagus ni cuya... so ada join x kelab pengumpul duit ni? mana tau nanti boleh tukar2 dgn diorg...
ReplyDeleteTak kak.. tak mencari pulak kelab macam tu sebab Cuya pon macam newbie, tkde banyak koleksi pon.
DeleteTapi ada la tengok kt fb group org jual2 duit... saja2 je nak tengok apa ada.. hehehe
tak apa walaupun baru...kita tambah2 kan ilmu kan...lg pun berkongsi minat sama. cuma kena hati2 laa tkt2 scammer je...
DeleteHaah takut jugak scammer meluas. Nanti Cuya tengok kalau ad apa2 kelab boleh join
Deletesaya suka kumpul setem . gigih ya pengumpul tegar ni kann .
ReplyDeleteCuya pon suka setem, tpi sekrg susah nk dpt setem.. hahha
DeleteTakdelah pengumpul tegar, kalau ada duitnya simpan la.. klo tkde duk diam2 je Cuya.. hahahha
menarik hobi ni.. best best!!!
ReplyDeleteYeah...semestinyaaa :D
DeleteAmmi pun ada satu album yg letak notes dr luar negara…tp sikit jelah sbb ammi punya “RM notes” tak banyak nak bawak ammi gi melancong ahaksss
ReplyDeleteBestlah ada album.. Cuya ingt nk beli album untuk syiling pula..
Deletebagus hobi cuya ni.. jarang budak² baya cuya ni ada hobi mcm ni... mcm zaman skrg mcm xde dah org hobi kumpul setem.. hahaha... rasanya anak akak setem tu pun mst dia x tau kot
ReplyDeleteTula tak nampak pula orang muda2 kumpul matawang mcm ni.
DeleteSemua dah sibuk dgn gajet agaknya. Setem pon dulu Cuya kumpul, sikit jela
Wah.. Rajinnya Cuya mengumpul mata wang lama.. Hobi yang bernilai di masa hadapan ini..
ReplyDeleteInsyaallah moga ada hasilnya nanti
DeleteRajin dan banyak juga koleksinya. Akak tak banyak lagi tapi masih mengumpul.
ReplyDeleteWahh best... Akk pon minat ya kumpul, geng laa
Deletebagus lah cuya..akak pun ada duit dari luar negara yang tak habis masa melancong...tak tau nak letak mana..boleh lah buat macam cuya ni...
ReplyDeleteBoleh kak.. letak dalam album duit tu semua
DeleteKita ada banyak currency duit negara lain.. Meh email..
ReplyDeleteDah email, nanti balas ya :)
Delete